Skip to main content

Terang lagi bersuluh.....

Semasa PR mula-mula menang di Selangor, semua orang yang berjumpa saya berkata mereka orang kita.

Sebagai kerajaan negeri, kita wajar melayani semua rakyat dengan adil. Tidak kira mereka menyokong parti mana. Tetapi dari sudut politik ia memeningkan kepala kita. Kalau semua orang kita maka tidak perlu berkempen lagi. Tetapi kalau semua orang kita, kenapa majoriti kita di Chempaka hanya 1,000 lebih sahaja?

Akhirnya kita hilang fokus. Kita terkeliru, siapa sasaran kita yang sebenarnya. Bak kata Jay Jay dalam Rindu Bayangan, 'Manis dibibir, pandai bermain lidah'.

Tetapi setelah 2 tahun, segala lakonan tidak berkesan lagi. Opera Cina hanya boleh bertahan dua minggu. Wayang kulit hanya hingga jam 3 pagi. Tukang karut dikir Barat pun perlu ke tandas. Tidak ada pelakon yang dapat memainkan watak mereka untuk selama-lamanya.

Maka terungkailah ia satu demi satu. Peristiwa demi peristiwa. Kejadian demi kejadian. Hati perut mereka dimuntahkan satu demi satu.

Dari segi gerak kerja politik atau lebih tepat lagi gerak kerja pilihan raya, ia memudahkan kerja. Kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Kita tidak teraba-teraba lagi.

Kerajaan negeri tetap adil kepada semua. Terpulang kepada rakyat hendak memilih siapa. Kita hanya berusaha. Tetapi tindak balas politik adalah hak orang politik.

Gambar-gambar : Perabot Chempaka dengan banner gergasi Satu Malaysia sempena sambutan Merdeka.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...