Skip to main content

Lagi isu projek perumahan terbengkalai : Jawapan Exco kepada komen.

Hanya setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor terdapat usaha yang bersungguh untuk memulihkan projek-projek terbegkalai.

Barulah ada fokus dengan tertubuhnya satu Task Force. Sebelum ini tidak ada. Saya memahami kenapa kerajaan BN sebelum ini lepas tangan. Masalahnya besar kerana ia melibatkan masalah kewangan dan perundangan. Tetapi kerajaan baru mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini.

Terbukti apa yang kita capai dalam masa 2 1/2 tahun lebih baik dari BN dalam masa 10 tahun. Di Bukit Botak, Selayang contohnya masalah 20 tahun telah hampir selesai. Di Ukay Bistari, kemajuan di bawah pemantauan Task Force lebih 2 kali ganda dari sebelum ini. 146 unit rumah kos rendah telah juga diserahkan kunci pada Februari lepas. Fakta-fakta ini terang dan jelas dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Tetapi mungkin ada yang buat-buat tidak nampak.

Walau bagaimanapun pembeli-pembeli rumah telah menunggu begitu lama, ada yang lebih dari 5 tahun. Oleh itu tahap kesabaran mereka adalah terlalu rendah. Mereka mahu rumah mereka dengan segera. Tetapi untuk memulihkan mengambil masa yang lebih sedikit dari biasa.

Terdapat pembeli apabila melihat pemulihan mengambil masa yang lebih sedikit akan melemparkan pelbagai tohmahan kepada Kerajaan Negeri. Tidak buat kerja, penipu dan banyak lagi. Kami memahami tindakan mereka ini. Mereka telah merana dan menderita begitu lama.

Tetapi mereka lupa yang masalah ini diwarisi dari orang lain maka memerlukan masa. Tetapi mereka tidak peduli. Kemarahan mereka akan ditujukan kepada kerajaan sekarang.

Sekarang saya memahami kenapa Kerajaan BN Selangor tidak ada rancangan yang bersungguh-sungguh untuk membantu memulihkan projek-projek terbengkalai.

Kalau dibantu dan lambat, sudah tentu akan dihentam. Kalau tidak dibantu memanglah akan dihentam. Mungkin pendapat mereka kalau kedua-duanya kena hentam maka lebih baik tidak berbuat apa-apa. Masa dan tenaga boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Buat apa tolong!

Tetapi sikap Pakatan Rakyat adalah berbeza. Kita mesti membantu walau apa yang dilemparkan kepada kita.

Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Memahami apa yang terpaksa kita hadapi. Tetapi terdapat yang mahu Kerajaan Negeri menyuntik dana ke dalam projek mereka. Mungkin RM15 juta, mungkin RM20 juta.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri tidak menyuntik wang ke dalam mana-mana projek terbengkalai. Kerajaan Negeri atau dengan lebih tepat lagi Task Force bertindak sebagai fasilitator. Menjadi penghubung di antara pihak-pihak yang terlibat.

Kalau Kerajaan Negeri mahu menyuntik wang ke dalam satu projek, ini bermakna Kerajaan Negeri perlu menyuntik wang ke dalam semua projek. Jumlahnya akan melebihi RM1 billion. Bajet tahunan Selangor adalah hanya RM1.5 billion!

Tidak adil jika Kerajaan Negeri memberi suntikan wang kepada sesuatu projek semata-mata kerana pembeli-pembelinya atau wakil pembelinya pandai mendapatkan publisiti atau mempunyai “contact” dengan “orang-orang besar”.

Tetapi projek-projek lain di mana pembeli-pembelinya merupakan mereka yang berpendapatan rendah atau tidak ada “contact”, kita tidak diberikan suntikan wang.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...