Skip to main content

Kenyataan Akhbar YB Iskandar A. Samad - PROJEK PEMBANGUNAN UKAY BISTARI : KEMAJUAN DI BAWAH PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK DARI BARISAN NASIONAL.

Projek pembangunan Ukay Bistari, Hulu Kelang telah mendapat perhatian media sejak kebelakangan ini.

Pada awal bulan ini, Datuk Seri Noh Omar telah mengadakan lawatan tapak. Pada 20 September ini pula, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dilaporkan akan turut mengadakan lawatan tapak.

Projek ini telah diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia telah mula dibangunkan dalam tahun 2004 ketika pentadbiran Barisan Nasional di Selangor.

Task Force Projek Perumahan Terbengkalai yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memantau projek-projek terbengkalai telah ditugaskan untuk memantau projek ini. Ia juga telah bertindak sebagai fasilitator.

Di bawah Kerajaan Barisan Nasional Negeri Selangor, kemajuan projek tersebut adalah terlalu perlahan. Tidak nampak sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk memulihkan projek ini. Hanyalah apabila Pakatan Rakyat mengambil alih, perhatian telah diberi kepada projek ini dan projek-projek terbengkalai yang lain.

Perhatian yang diberikan oleh Task Force telah berjaya mempercepatkan kemajuan projek Ukay Bistari.

Contohnya bagi Blok A projek itu, sepanjang 4 tahun 3 bulan sebelum projek ini dipantau oleh Task Force, peratus kerja yang dapat disiapkan adalah 65%. Tetapi di bawah Task Force, dalam hanya 1 tahun 8 bulan peratus kerja yang dapat disiapkan adalah 30%. Blok ini dijangka siap pada bulan November ini.

Sementara bagi Blok B, sepanjang 4 tahun 5 bulan sebelum projek ini dipantau oleh Task Force, peratus kerja yang dapat disiapkan adalah 55%. Tetapi di bawah Task Force, dalam hanya 1 tahun 6 bulan peratus kerja yang disiapkan adalah 25%. Blok ini pula dijangka siap pada bulan Disember ini.

Statistik penuh perbezaan pencapaian peratusan kerja di bawah
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah seperti berikut,

BLOCK : A
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 214
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 65%
Jangkamasa - 4 tahun 3 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 30%
Jangkamasa - 1 tahun 8 bulan
JANGKA SIAP : NOV 2010

BLOCK : B
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 2003
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 55%
Jangkamasa - 4 tahun 5 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 25%
Jangkamasa - 1 tahun 6 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : C
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 257
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 50%
Jangkamasa - 4 tahun 5 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 30%
Jangkamasa - 1 tahun 6 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : D
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 240
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 50%
Jangkamasa - 4 tahun 6 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 35%
Jangkamasa - 1 tahun 5 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : E
JENIS : RUMAH KEDAI & RUMAH KELAB
BIL. UNIT : 14
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 45%
Jangkamasa - 4 tahun 6 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 50%
Jangkamasa - 1 tahun 5 bulan
JANGKA SIAP : OKT 2010

BLOCK : F
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 212
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 30%
Jangkamasa - 5 tahun 11 bulan
BELUM LAGI DI BAWAH TASK FORCE

BLOCK : -
JENIS : PANGSAPURI KOS RENDAH
BIL. UNIT : 146
TARIKH MULA : JUN 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 75%
Jangkamasa - 4 tahun 8 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 25%
Jangkamasa - 1 tahun
JANGKA SIAP : TELAH SERAH KUNCI FEB 2010

BLOCK : -
JENIS : PANGSAPURI KOS RENDAH
BIL. UNIT : 256
TARIKH MULA : FEB 2005
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 65%
Jangkamasa - 4 tahun 3 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 27%
Jangkamasa - 1 tahun 4 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : -
JENIS : PANGSAPURI KOS SEDERHANA RENDAH
BIL. UNIT : 120
TARIKH MULA : MAC 2006
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 30%
Jangkamasa - 3 tahun 2 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 15%
Jangkamasa - 1 tahun 4 bulan
JANGKA SIAP : JUL 2011

BLOCK : -
JENIS : PANGSAPURI KOS SEDERHANA
BIL. UNIT : 60
TARIKH MULA : APR 2006
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 30%
Jangkamasa - 3 tahun 1 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan - 18%
Jangkamasa - 1 tahun 4 bulan
JANGKA SIAP : JUL 2011

Penglibatan Task Force telah berjaya mempercepatkan pemulihan projek Ukay Bistari walaupun projek ini dibelenggu dengan pelbagai masalah. Peratus kerja yang dapat disiapkan adalah jelas lebih tinggi di bawah Pakatan Rakyat.

Oleh itu, adalah tidak waras jika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mahu menjadikan projek Ukay Bistari sebagai satu isu politik. Kalau benar mereka mahu membantu rakyat, kenapa menunggu sehingga kehilangan kuasa? Bukankah pentadbiran mereka yang telah meluluskan begitu banyak projek pemaju tersebut?

Tetapi tujuan mereka adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan talibarut-talibarut mereka akan terus berusaha untuk menafikan peranan yang telah dimainkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Task Force Projek Perumahan Terbengkalai. Kejayaan Kerajaan Negeri dan Task Force hanya akan mendedahkan kelemahan dan kegagalan mereka ketika pentadbiran Barisan Nasional di Selangor.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai di Selangor. Kami sedia berkongsi pengalaman kami untuk membantu rakyat.

Lesen-lesen pemaju telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan maka oleh itu mereka tidak boleh mengambil sikap lepas tangan.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
15 September 2010

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...