Skip to main content

TAWARAN UNTUK MENYEWA RUMAH PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR), TAMAN PERMAI, LEMBAH SUBANG

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia untuk menyewa di PPR tersebut.

Syarat-syarat untuk menyewa adalah:

1. Telah berkeluarga
2. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2000 sebulan
3. Ibu tunggal
4. OKU (Orang Kurang Upaya)

Kadar sewa bulanan RM124 atau RM250 sebulan bergantung kepada pendapatan bulanan isi rumah dan bilangan ahli keluarga.

Bayaran kemasukan yang perlu dibayar adalah RM 546 atau RM 1050 bergantung kepada sewa bulanan yang dikenakan.

Pertimbangan akan diberi kepada mereka yang hendak membayar bayaran kemasukan ini secara ansuran jika menepati syarat-syarat yang ditetapkan seperti pendapatan bulanan isi rumah dan bilangan ahli keluarga.

Terdapat 3004 unit kediaman di Taman Putra Permai dan terdapat 716 unit kediaman kosong untuk disewa.

Adalah diharapkan tawaran ini akan dapat memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan kediaman yang sempurna.

PPR ini adalah dikhususkan untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kediaman sementara sehingga mendapat rumah yang kekal.

Mereka yang berminat untuk menyewa rumah PPR ini diharap dapat menghubungi Encik Norhanizan bin Sahib (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor) di talian 03-5544 7646 dan Puan Azizah binti Ali (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) di talian 03-7954 5986.


Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
22 September 2010

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...