Skip to main content

Sedarkah mereka terdapat orang Islam di Malaysia?

Kadang kala terfikir juga, adakah orang luar sedar di Malaysia ini ada orang Islam?

Tadi saya menerima jemputan makan malam dari sebuah kedutaan asing sempena hari kemerdekaan negara mereka. Walau bagaimanapun majlis bermula jam 7 malam. Tidakkah kedutaan itu tahu masuk waktu Maghrib ialah pada lebih kurang jam 7.30 malam?

Saya yakin kedutaan itu tahu majoriti pimpinan negara adalah orang Islam. Mereka juga mesti tahu majoriti pegawai tinggi kerajaan adalah orang Islam. Mustahil mereka tidak tahu yang orang Islam akan bersolat Maghrib pada lebih kurang jam 7.30 malam.

Seorang pegawai sebuah kedutaan asing pernah membuat kunjung hormat ke pejabat saya dan beliau tahu banyak perkara tentang diri saya. Blog saya pun dia telah membaca. Pendekata dia telah membuat 'homework'. Oleh itu, mustahil mereka tidak tahu waktu-waktu solat.

Kalau mereka tahu, kenapa ini berlaku? Selalunya kedutaan begitu teliti dengan adat istiadat negara mereka berada. Mereka berhati-hati dengan perkara-perkara yang sensitif. Adakah ianya berlaku kerana orang Islam tidak ada 'value' di mata mereka? Oleh itu, keperluan-keperluan mereka tidak perlu diambil kira. Atau adakah kebanyakan orang Islam yang berurusan dengan mereka tidak solat belaka?

Sebelum ini saya pernah menghadiri makan malam anjuran sebuah pertubuhan luar negara, keadaannya juga sama. Mereka yang ingin solat Maghrib terpaksa keluar ketika para jemputan sedang makan. Tetapi sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang tidak solat.

Bukan kedutaan dan pertubuhan asing sahaja, majlis resmi anjuran rakyat tempatan juga banyak bermula pada jam 7.00 malam atau 7.30 malam ketika umat Islam hendak menunaikan solat Maghrib.

Mungkin kita kurang melakukan kerja-kerja dakwah sehingga orang tidak tahu yang umat Islam perlu solat 5 waktu. Mungkin juga kita terlalu 'apologetic'. Kadang kala kalau hendak keluar solat tidak pula berkata, 'I want to pray' tetapi berkata, 'I want to go to toilet'.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi