Skip to main content

JEMPUTAN KARNIVAL MASJID AL-AZIM PANDAN INDAH, JALAN PANDAN MEWAH OLEH Y.B. TUAN ISKANDAR ABDUL SAMAD

Adalah sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama meraikan karnival di atas yang akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)

Masa : 9.40 pagi

Tempat : Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Perasmian oleh : Y.B. Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali
EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Kerajaan Negeri Selangor


Pameran akan diadakan sepanjang karnival tersebut iaitu melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital Ampang, Hospital Pantai Indah, Alam Flora dan Pusat Khidmat ADUN Chempaka.

Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:

- Pertandingan sepak takraw.
- Pertandingan mewarna kanak-kanak.
- Permainan "outdoor" dan "indoor".
- Pertandingan menggubah buah-buahan.
- Pertandingan memasak.
- Pertandingan menggubah daripada bahan-bahan terbuang.
- Kempen derma darah.
- Konsert oleh Ringgo dan Nazrey Raihan.
- Motivasi oleh Ustaz Akhwan Affendi.
- Ceramah kesihatan oleh pakar sakit puan, pakar otopedik dan pakar am.
- Pemeriksaan kesihatan (BMI).
- Bazar jualan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Rodzi Man di talian 012-364 5634. Kehadiran Tuan/Puan amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

PEJABAT EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi