Usrah Gabungan yang dipimpin oleh Ustaz Musa merupakan program bulanan untuk pimpinan Kawasan, Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan.
Di dalam usrah 29 Julai itu, Ustaz Musa telah membentangkan 5 halangan yang akan dihadapi oleh umat Islam yang berada di dalam gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan Islam.
5 halangan itu adalah dari,
1. Orang Islam yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadapnya.
2. Orang munafiq
3. Orang kafir yang membenci Islam.
4. Syaitan
5. Nafsu yang mendorong untuk melakukan kejahatan


