Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR : MESYUARAT UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MIGRASI DARI METER PUKAL KE METER INDIVIDU UNTUK KEDIAMAN BERSTRATA.

Satu mesyuarat telah diadakan pada 1 Julai lepas di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kediaman berstrata seperti pangsapuri untuk mendapatkan meter individu.
 
YB Tuan Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan telah mewakili Kerajaan Negeri dan Syabas telah diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Y.Bhg. Ir. Dato' Lee Miang Koi. Turut hadir adalah Pengerusi Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Tuan Haji Ahmad Zainal Mohd. Noor dan pegawai-pegawai dari LPHS dan Syabas.
 
Mesyuarat juga diadakan kerana terdapat keputusan yang tidak konsisten di antara Syabas di peringkat daerah-daerah
 
Berikut adalah perkara-perkara utama yang telah dibincangkan atau dipersetujui
 
1.) LPHS akan menyiap jadual untuk migrasi menurut pembangunan bagi setiap daerah dalam masa satu ( 1 ) bulan dari tarikh mesyuarat agar sasaran bulanan dan tahunan dapat ditetapkan. Syabas pula akan mengambil kira jadual ini bila hendak melakukan "turun padang" atau publisiti. Walau bagaimanapun pembangunan yang telah bersedia untuk melakukan migrasi boleh memohon untuk melakukannya lebih awal.
 
2.) Syabas membenarkan penggunaan paip-paip UPVC dan ABS jika pemilik bersedia menandatangani akujanji akan bertanggung jawab sekiranya paip mereka pecah akibat kerja-kerja pemasangan meter atau kerja-kerja yang berkaitan.
 
3.) Syabas bersetuju membenarkan migrasi tanpa bayaran tertunggak meter pukal perlu dilunaskan terlebih dahulu tetapi diagihkan kepada setiap unit-unit kediaman untuk dibayar secara ansuran tertakluk kepada syarat-syarat berikut,
 
i.) Badan Pengurusan Bersama ( Joint Management Body ), Perbadanan Pengurusan ( Management Corporation ) atau ejen pengurusan mempunyai rekod bayaran tertunggak bagi unit-unit.
 
ii.) Jumlah bayaran tertunggak tidak terlalu tinggi. Syabas akan menetapkan jumlahnya setelah berunding dengan LPHS.
 
iii.) Jangka masa pembayaran akan ditetapkan Syabas setelah berunding dengan LPHS.
 
4. Mesyuarat telah membincangkan cadangan agar unit-unit di mana akaun tidak dapat dibuka, akaun boleh dibuka di atas nama Badan Pengurusan Bersama ( Joint Management Body ) dan Perbadanan Pengurusan ( Management Corporation ) dengan syarat mereka menandatangani akujanji akan bertanggung jawab ke atas akaun-akaun tersebut. Cadangan ini pernah dibincangkan dengan Syabas sebelum ini. Syabas akan mempertimbangkan dan memuktamadkan cadangan ini dalam masa satu ( 1 ) bulan dari tarikh mesyuarat.
 
5. Syabas bersetuju persetujuan membuka akaun atau "consent" untuk kelulusan migrasi dikecualikan bagi unit-unit yang tidak terjual, unit-unit yang ditinggalkan, unit-unit yang dalam proses lelongan dan unit-unit yang pemiliknya tidak dapat dihubungi seperti yang berada di luar negara.
 
6. Halangan-halangan teknikal akan ditangani menurut kes ( on a case by case basis ) tetapi Syabas digesa agar memberi sedikit kelonggaran supaya proses migrasi dapat dipermudahkan dan akan mengadakan perbincangan dengan LPHS dari masa ke semasa.i
 
7. Syabas memaklumkan adalah menjadi polisi mereka untuk mengalakkan migrasi.
 
Diharapkan perkara-perkara yang dibincangkan dan keputusan-keputusan yang dihasilkan akan dapat mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham agar proses migrasi akan dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Ia merupakan penyelesaian jangkapanjang bagi masalah bekalan air bagi kediaman berstrata sama ada untuk mendapatkan bekalan air percuma atau pemotongan bekalan kepada mereka yang telah membayar bil-bil mereka.
 
Dengan migrasi, penduduk boleh mendapat 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri dan hanya mereka yang tidak membayar bil akan dipotong bekalan air.
 
YB Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
4 Julai 2010

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi