Skip to main content

RENT TO OWN ( SEWA MILIK ) : 4 CADANGAN UNTUK MENTERI PERUMAHAN.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Perumahan ( KPKT ), Hajjah Zuraida Kamaruddin, kerana mengumumkan skim Rent To Own yang akan dilancarkan bulan September ini. Rent To Own merupakan satu inisiatif penting yang dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Ketika saya Exco Perumahan Negeri Selangor skim sama yang dinamakan DANASEL telah dilancarkan dalam tahun 2015. Skim tersebut dimulakan untuk membantu peneroka bandar Kg Rimba Jaya, Shah Alam membeli pangsapuri kos rendah yang ditawarkan kepada mereka. Di bawah skim ini, mereka menyewa pangsapuri tersebut dan mempunyai pilihan untuk membelinya apabila mereka berupaya mendapat pinjaman bank.

Berdasarkan pengalaman saya dengan skim ini, berikut adalah 4 cadangan saya untuk pertimbangan Menteri Perumahan,

1.) Sebahagian dari sewa yang dibayar dari mula menyewa hingga penjualan rumah ditolak dari harga rumah.

Contohnya seorang peserta skim ini membayar sewa RM800 sebulan. Jika peserta itu membuat keputusan untuk membeli rumah selepas 5 tahun, jumlah sewa yang telah dibayar adalah RM48,000. Sekiranya 75 peratus dari jumlah ini ditolak dari harga rumah maka peserta akan mendapat diskaun RM36,000. Peserta hanya perlu membayar RM164,000 bagi rumah yang dijual dengan harga RM200,000.

2.) Sekiranya peserta tidak mahu membeli rumah dan mahu berpindah, sebahagian dari sewa yang dibayar akan dipulangkan.

Seorang peserta yang membayar sewa RM800 sebulan dan membuat keputusan untuk berpindah selepas 5 tahun akan mendapat balik RM36,000 jika 75 peratus dari sewa yang dibayar dipulangkan semula. Wang yang dipulangkan dapat membantu peserta membeli rumah di tempat lain. Ketika saya Exco Perumahan Selangor terdapat skim pembayaran balik sewa seperti ini yang dinamakan SMART SEWA.

3.) Jika seorang peserta gagal sama sekali mendapat pinjaman bank kerana kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan, sewa yang dibayar akan dijadikan bayaran ansuran pembelian rumah. Terpulang kepada kerajaan untuk menentukan jumlah bulan yang perlu dibayar sebelum harga rumah itu dapat dibayar sepenuhnya. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun tetapi ia tidak sepatutnya lebih mahal dari pinjaman bank.

4.) Harga jualan rumah adalah nilai ketika peserta mula-mula berpindah masuk dan bukan nilai semasa ketika rumah itu dijual.

Rent To Own berpotensi memastikan perumahan mampu milik dapat dimiliki oleh rakyat terutamanya mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar deposit pinjaman perumahan atau mereka gagal sama sekali untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Kerajaan Persekutuan dengan sumber yang besar mesti memastikan skim ini berjaya.

Dato' Iskandar A. Samad
Ketua Penyelaras
REACH
( Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan )
25 Julai 2019

Popular posts from this blog

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...