Skip to main content

PEMILIKAN RUMAH : JANGAN ABAIKAN MEREKA BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH, BANTU RAKYAT MEMBAYAR DEPOSIT PINJAMAN.

REACH mengalu-alukan keputusan Kerajaan Pusat untuk melonggarkan syarat pembelian rumah mampu milik dengan membenarkan mereka berpendapatan kurang dari RM4,360 sebulan membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 di bawah skim Dana Rumah Mampu Milik. Sebelum ini hanya mereka dengan gaji di bawah RM2,300 dapat membeli rumah tidak melebihi RM150,000.

REACH bersetuju dengan kerajaan bahawa pelonggaran ini akan dapat melonjakkan pemilikan rumah oleh rakyat di negara ini. Walau bagaimanapun kami berharap golongan yang berpendapatan kurang dari RM2,300 sebulan tidak akan diabaikan. Sehubungan itu kerajaan mesti memastikan rumah kurang dari RM150,000 sebuah terus dibina oleh pemaju.

Masalah hari ini adalah bukan rumah yang tidak mencukupi tetapi rumah yang dibina tidak mencukupi untuk golongan tertentu iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Polisi baru ini memang berupaya meningkatkan pemilikan kediaman kerana ia melibatkan kelompok yang baru. Tetapi usaha juga mesti dilakukan untuk memastikan pemilikan rumah di kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah dapat ditingkatkan.

Selain dari itu, kami menggesa kerajaam agar membantu pembeli rumah untuk mendapatkan deposit 10 peratus bagi pinjaman perumahan mereka. Ramai yang tidak dapat membayar deposit ini maka terpaksa melupakan hasrat untuk membeli rumah idaman mereka.

Jika rumah mereka berharga RM150,000 sebuah, ini bermakna mereka perlu menyediakan RM15,000 untuk deposit bagi pinjaman mereka. Untuk mereka yang berpendapatan RM2,000 sebulan dan menabung RM200 sebulan maka mereka memerlukan 75 bulan atau lebih 6 tahun untuk mengumpul jumlah tersebut. Tetapi lebih baik jika kerajaan boleh mendahulukan deposit ini dan pembeli membayar secara berperingkat-peringkat selepas membeli rumah.

Kerajaan Pusat memang memiliki skim seperti ini. Pada zaman kerajaan sebelum ini, terdapat Skim Rumah Pertamaku yang menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus dan skim pembiayaan deposit 10 peratus, MyDeposit yang telah ditutup. Kerajaan Persekutuan hari ini juga menyediakan skim pinjaman untuk membayar deposit iaitu skim DepositKu. Tetapi skim ini adalah untuk skim FundMyHome sahaja di mana pembeli perlu membayar deposit 20 peratus dari harga rumah dan pinjaman maksima adalah RM30,000. Oleh itu, pembeli yang membeli rumah RM300,000 perlu membayar RM60,000 dan mereka masih perlu mencari RM30,000 lagi dari sumber-sumber yang lain.

Kami berpandangan halatuju Kementerian Perumahan untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri adalah tepat tetapi perlu ditambahbaik. Kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan deposit ini perlu diperluaskan dan dipermudahkan. Skim DepositKu perlu diperluaskan dan bukan untuk skim FundMyHome sahaja tetapi untuk semua pembelian sepertimana skim MyDeposit sebelum ini.

Semasa saya adalah Exco Perumahan Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan skim pembiayaan deposit yang dinamakan Selangor Smarthome Buyer untuk pembeli-pembeli rumah mampu milik, Rumah Selangorku, yang dibina oleh PKNS.

Dato' Iskandar Abdul Samad
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)
29 Zulhijjah 1440 / 29 Ogos 2019

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi