Skip to main content

5 KAWASAN PANGSAPURI DIPILIH UNTUK PROGRAM SEROJA.

SHAH ALAM, 29 OGOS - Lima kawasan pangsapuri di bawah lima pentadbiran PBT di Selangor dipilih untuk dilaksanakan Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) mulai Oktober ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, lima pangsapuri tersebut melibatkan 2,298 unit kediaman dengan jumlah penduduk hampir 10,000 orang.

“Kawasan terlibat ialah di Pangsapuri Megah Villa di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Pangsapuri Seri Era Desa Latania di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pangsapuri Mawar & Cempaka di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pangsapuri Laksamana Jaya A di Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 900 unit kediaman terdapat di Pangsapuri Megahvilla, 315 unit di Pangsapuri Seri Era Desa Latania, 300 unit di Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30, 613 unit di Pangsapuri Mawar & Cempaka dan 170 unit di Pangsapuri Laksamana Jaya A.

Iskandar berkata, pemilihan dibuat berdasarkan maklum balas dari pelbagai pihak seperti PBT dan pihak polis di mana setiap kawasan akan diperuntukkan geran maksimum RM10,000 setahun untuk menganjurkan program kemasyarakatan.

“Program Seroja ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga keselamatan tetapi untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

“Selain dari itu, setiap kawasan akan juga menerima peralatan-peralatan seperti cota, wisel, lampu suluh dan jaket keselamatan. Untuk tahun 2014, sebanyak 25 lagi akan dilaksanakan program Seroja ini,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran bagi lima kawasan untuk tahun ini akan diadakan di salah satu kawasan tersebut akhir September.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...