Kementerian Kerja Raya perlu dengan segera memberi kebenaran agar laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa didedahkan kepada umum jika tidak mereka akan dituduh sebagai melindungi pihak tertentu. Tragedi Bukit Antarabangsa telah mengorbankan nyawa. Rakyat perlu tahu kerana mereka yang bertanggung jawab menyebabkan kejadian itu perlu dihukum dengan sewajarnya. Kedua laporan ini perlu didedahkan agar kesilapan yang sama tidak akan diulangi. Saya yakin para profesional seperti arkitek dan jurutera serta pemaju sedang menunggu laporan itu supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama. Kerajaan Persekutuan janganlah menganggap laporan itu akan digunakan untuk memburukkan mereka tetapi ianya akan digunakan untuk memperbaiki cara kita melakukan pembangunan. Laporan ini tidak sepatutnya dilihat dari perspektif politik tetapi ianya satu laporan teknikal yang boleh mengelakkan sebarang musibah di masa akan datang. Laporan ini perlu didedahkan demi kepentingan rakyat. Iskandar A. Samad Exco Ke...
Dato' Iskandar Abdul Samad