Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

MASUKLAH KE DALAM PADANG, JANGAN HANYA BERSORAK DI LUAR SAHAJA .....

Sebagai sebahagian dari pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, saya mengalu-alukan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub, di Muktamar di Ipoh bahawa beliau akan memantau kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat. Sebelum ini Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi, telah menyatakan bahawa beliau akan memantau Kerajaan Negeri Selangor. ‘Check and balance’, teguran dan nasihat adalah amat penting bagi mana-mana kerajaan. Seorang profesor dari Universiti Islam Antarbangsa Malaysia memberitahu saya bahawa kerajaan Barisan Nasional yang tumbang di Selangor adalah terlalu angkuh. Sikap ini merupakan di antara penyebab kejatuhannya. Jika ia merupakan kenyataan seorang ahli politik mungkin kita akan mengatakan yang ianya “bias” tetapi dari seorang ahli akademik maka sudah tentu ianya adalah satu pendapat yang tidak didorong oleh sebarang sentimen politik. Kerajaan mesti mendengar kepada rakyat. Kepada akar umbi. Saidina Umar Al-Khattab R.A. pernah diberi amaran dengan ...

ADAKAH IBRAHIM ABU SHAH BERBOHONG?

Kononnya perarakan pelajar UiTM ke Bangunan SUK Shah Alam 12 Ogos 2008 merupakan tindakan sukarela. Itu kata VC UiTM, Ibrahim Abu Shah. Tetapi laporan diterima ada pelajar mendakwa dipaksa berarak atau akan dikenakan tindakan disiplin. Yang paling menarik adalah ulasan Prof. Dr. Khoo Kay Kim. Katanya dulu pun pernah dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera tetapi tidak ada sambutan. Anih sekali, saya tidak ingat sebarang perarakan ketika UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dulu. Tetapi sekarang ada? Mungkin ini disebabkan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan tiba. Jadi si Ibrahim Abu Shah ini memaksa pelajar-pelajar berarak sebab nak menangkan BN di Permatang Pauh. Kejam sekali........

NEGARA KEBAJIKAN ALA SINGAPURA

Beberapa minggu lepas seorang penghuni sebuah “council home” (rumah sewa majlis perbandaran) telah datang ke pejabat saya memohon kerajaan membatalkan kenaikan sewaan bulanannya. Kenaikan itu adalah satu dari legasi dari pentadbiran BN di Selangor. Menurutnya, beliau terpaksa membayar RM250, dinaikkan dari RM125 dan dengan gaji bulanan sebanyak RM750 ini bermakna lebih dari 1/3 dari gajinya adalah untuk sewa rumah. Dengan ansuran bulanan kereta RM360, tidak ada apa yang tinggal untuk beliau dan keluarganya. Bandingkan dengan penduduk Singapura. Baru-baru ini saya telah ke sana untuk melihat cara-cara negara tersebut menyelesaikan masalah perumahan dan pengurusan kawasan perumahan awam. Saya telah diberitahu bagi rakyat berpendapatan rendah atau tidak mempunyai anak atau pasangan tua yang duduk bersendirian, mereka boleh menyewa pangsapuri 1 bilik atau “studio flat” dengan kadar 25 dollar sebulan. Walau bagaimanapun pendapatan bulanan mereka mestilah kurang dari 800 dollar sebulan. Ini ...

PERMATANG PAUH : "REFERENDUM" ORANG MELAYU

Akhirnya segala tanda tanya terjawab. Datin Seri Wan Azizah akan berundur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Permatang Pauh. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pilihanraya kecil yang akan menyusul adalah lebih dari hanya satu pertandingan di Permatang Pauh tetapi keputusannya akan menjawab beberapa persoalan. Adakah Anwar masih mempunyai tarikan? Adakah BN telah pulih dari kekalahan teruk 8 Mac yang lalu? Adakah orang Melayu yang akan kali ini bersama-sama gelombang yang mengenepikan BN di lima negeri? Pada saya soalan terakhir adalah yang paling penting. Memang tidak dinafikan, kemenangan Pakatan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor adalah hasil dari sokongan pengundi bukan Melayu. Kerajaan yang baru di negeri-negeri itu “dipaksa ke atas orang-orang Melayu oleh pengundi-pengundi bukan Melayu”. UMNO masih dapat mempertahankan kebanyakan kerusi-kerusi mereka. Di kawasan “Malay belt” Selangor seperti di Tg. Karang dan Sabak Bernam, undi BN dilaporkan bertambah. Tetapi setelah hamp...