Skip to main content

Tarikh Pilihanraya Umum : Perlukah Kerajaan Negeri Ikut Kerajaan Pusat?

Heboh baru-baru ini bahawa pilihan raya akan diadakan lebih awal. Ini berikutan kenyataan PM Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya akan datang akan mengejutkan semua orang. Ramai yang mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan lebih awal.

Ini bukan kali pertama rakyat mendengar tentang Barisan Nasional akan mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 lebih awal. Pilihanraya umum tidak perlu diadakan sehingga Mac 2013.

Saya tidak tahu apa sebabnya jika benar-benar BN hendak mengadakan pilihanraya umum lebih awal. Mungkin PM hendak mendapatkan mandat baru. Wakil-wakil rakyat lepas dipilih semasa zaman Pak Lah. Mungkin PM hendak menggantikan mereka dengan orang-orang beliau dan membersihkan kerajaan dari saki baki orang-orang Pak Lah.

Atau PM dan penasihat-penasihat beliau merasakan jika diadakan pilihanraya awal, BN boleh memperolehi keputusan yang lebih baik dari 2008.

Tetapi perlukan Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri apabila PM membubarkan Parlimen? Sebenarnya tidak perlu.

Dalam tahun 2008 Kerajaan PAS Kelantan dan pada tahun 2004, Kerajaan PAS Terengganu membubarkan Kerajaan Negeri selepas pembubaran Parlimen. Pilihanraya untuk memilih ADUN-ADUN Kelantan dan Terengganu diadakan semasa pilihanraya umum. Mungkin kerajaan negeri beranggapan jika pilihanraya untuk kerusi-kerusi ADUN diadakan berasingan dari pilihanraya umum, jentera BN akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihanraya negeri.

Walau bagaimanapun hari ini terdapat 4 negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kenapa tidak Dewan Undangan Negeri di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dibubarkan serentak? Menurut keperluan Pakatan bukan menurut keperluan BN. Jika pilihanraya negeri di 4 negeri ini berjalan serentak maka jentera BN terpaksa memberi tumpuan kepada 4 negeri. Lainlah jika 1 atau 2 negeri sahaja yang tidak dikuasai BN.

Oleh itu, jika Parlimen dibubarkan pada awal 2011 maka negeri-negeri Pakatan boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri bila-bila masa sebelum Mac 2013.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan terutamanya yang hanya mendapat kuasa dalam tahun 2008 sudah tentu memerlukan masa untuk melaksanakan program-program mereka agar dapat membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan mereka telah berjaya menggantikan BN. Dua atau tiga tahun adalah terlalu singkat. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun membuktikan kepada rakyat. Contohnya program-program pembangunan seperti projek-projek perumahan perlu sekurang-kurangnya empat tahun untuk disiapkan.

Mungkin juga itu sebabnya BN mahu pilihanraya lebih awal. Agar agar agenda-agenda kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat hanya siap separuh jalan ketika pilihanraya umum.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...