Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

CABARAN NOH MENUNJUKKAN BELIAU TIDAK PRIHATIN KEPADA PENDERITAAN RAKYAT.

Cabaran Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar Kerajaan Negeri Selangor membeli saham majoriti di dalam syarikat konsesi lebuh raya jika mahu membantah kenaikan tol menunjukkan beliau tidak prihatin kepada penderitaan rakyat. Beliau tidak sepatutnya menempelak usaha Kerajaan Negeri untuk menghalang kenaikan ini tetapi sama-sama memikirkan cara-cara untuk memastikan kenaikan ini tidak berlaku. Kenaikan tol ini sepatutnya dibantah oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana yang akan terbeban dengan kenaikan tersebut adalah seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Dengan kenaikan ini kos barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lebuhraya sudah tentu akan meningkat. Contohnya kos barangan yang dihantar melalui lebuh raya sudah tentu akan naik dan ini bermakna kenaikan tol ini akan juga memberi kesan kepada rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai kerajaan negeri berkebajikan komited untuk memastik

BUKA SELUAS-LUAS RUANG UNTUK MEREKA YANG MAHU BERPERANAN DI DALAM PAS - ISKANDAR

Klang, 17 Dis - Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, mahu seluas-luas ruang dibuka untuk mereka yang mahu berperanan di dalam PAS. Beliau berucap sedemikian ketika membuat lawatan ke Klang malam tadi untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS di sana. Iskandar yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya 1 Disember lepas berkata terdapat ramai  yang bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran maka ia seharusnya digembelingkan untuk memacu PAS ke hadapan. "Mereka seharusnya diberi peranan sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana masih terdapat banyak ruang di dalam PAS untuk semua," katanya. Menurut beliau juga, ahli-ahli PAS hendaklah mengamalkan sikap bersangka baik dan mengenepikan budaya label melabel yang sengaja diwujudkan oleh musuh. Iskandar juga menasihatkan pimpinan PAS di Selangor agar memandang ke luar dengan menganjurkan program-program bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi untuk seluruh masyarakat sesuai dengan tema Muktamar PAS tahu

SAF PIMPINAN PAS SELANGOR LENGKAP.DIPILIH.

Malam tadi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama sejak Muktamar PAS 2013. Sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan PAS, berikut adalah perlantikan-perlantikan yang dilakukan malam tadi untuk memimpin PAS Selangor bagi sessi 2013-15, Timbalan Pesuruhjaya 1 - YB Ustaz Sallehin Mukhyi Timbalan Pesuruhjaya 2 - YB Mohd Shafie Ngah Timbalan Pesuruhjaya 3 - YB Dr Siti Mariah Mahmud Setiausaha - YB Mohd Khairuddin Othman Bendahari - YB Dr Ahmad Yunus Khairi Pengarah Pilihanraya - Cikgu Jaafar Shamsuddin Ketua Penerangan - YB Haji Zaidy Abdul Talib Penolong Setiausaha 1 - Muhd Azeman Muhd Yunus Penolong Setiausaha 2 - Khairulfami Matsom Penolong Setiausaha 3 - Azri Mohd Arish Sebelum ini, Pesuruhjaya telah dilantik oleh Presiden PAS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 1 Disember 2013. Sementara Ketua Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Zain Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim  dan K

PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A SAMAD KETIKA MENJAWAB PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN ( BUKIT GASING ).

Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan Bukit Gasing terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri ( RSN ) Selangor 2035. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor sedang menyediakan RSN Selangor 2035 selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172. Kajian semula ini apabila diwartakan akan menggantikan RSN Selangor 2020. Kerja-krja telah dimulakan pada 4 Jun 2012, beberapa siri bengkel dan mesyuarat teknikal dan mesyuarat pemandu bersama-sam agensi / jabatan kerajaan termasuk negeri-negeri bersempadanan telah diadakan bagi memastikan penyediaan kajian RSN Selangor 2035 ini menepati keperluan semasa dan lebih menyeluruh. RSN Selangor 2035 merupakan kajian perancangan bersepadu yang melibatkan kajian 20 sektor perancangan antaranya adalah, 1.) Pengangkutan dan lalulintas 2.) Perumahan 3.) Gunatanah fizikal. 4.) Perniagaan dan perkhidmatan 5.) Perindus