Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI MAJLIS PERUNDINGAN RAKYAT CHEMPAKA (MPRC)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera, Pada kempen pilihan raya umum 2008 saya telah berjanji untuk meningkatkan penglibatan rakyat di dalam pentadbiran kerajaan jika menang di Chempaka. Sehubungan itu saya telah mencadangkan diwujudkan Parlimen Rakyat untuk memberi peluang kepada wakil-wakil masyarakat memberi pandangan. Janji ini telah ditunaikan setelah kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat di Chempaka apabila majlis-majlis dialog bersama rakyat kerap diadakan. Kali terakhir dialog ini diadakan adalah Dialog Isu-Isu Keselamatan pada 1 November lepas bersama pihak Polis dan MPAJ. Walau bagaimanapun untuk meningkatkan lagi penglibatan rakyat secara formal saya mencadangkan diwujudkan satu majlis perundingan yang dinamakan Majlis Perundingan Rakyat Chempaka (MPRC). Penubuhan MPRC ini adalah selari dengan matlamat Jawatankuasa Tetap Kehidupan Bandar Negeri Selangor iaitu "Memberdayakan Rakyat" atau "Empowering The People". MPRC akan dil