Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Penstrukturan semula industri air satu berita baik untuk penduduk pangsapuri.

Penstrukturan semula industri air di Selangor memang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini. Menurut MOU yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan hari ini, Kerajaan Negeri akan mengambil alih 4 syarikat konsesi air di Selangor dan satu konsortium yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri akan menguruskan industri ini. Apabila industri tersebut diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri maka kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan yang secara langsung dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat. Contohnya dalam usaha untuk memastikan penduduk pangsapuri mendapat air percuma dengan melakukan migrasi dari meter pukalkepada meter individu, Kerajaan Negeri terpaksa berunding dengan Syabas agar syarat-syarat migrasi ini dapat permudahkan. Syarat-syarat seperti peratus persetujuan (consent) penduduk yang tinggi menghalang kelulusan banyak permohonan-permohonan migrasi. Kerajaan Negeri terpaksa menunggu kelulusan pengurusan Syabas sekiranya terdapat permohonan di mana peratus

AHLI-AHLI MAJLIS MESTI SETARAF EXCO DAN MENTERI.

Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sessi yang baru telah mula mendapat surat perlantikan mereka mulai minggu lepas. Ada di antara mereka yang terdiri dari orang-orang yang baru dan ada yang terdiri dari orang-orang yang lama. Kerajaan Negeri telah menetapkan separuh Ahli-Ahli Majlis diganti. Ia untuk memberi peluang kepada orang-orang baru dan supaya idea-idea baru dapat disuntik ke dalam pentadbiran PBT. Walau bagaimanapun demi kesinambungan dan untuk memastikan terdapat mereka yang berpengalaman maka telah dikekalkan separuh dari bilangan Ahli-Ahli Majlis dari sessi yang lalu. PBT adalah peringkat yang penting di dalam sistem pentadbiran negara kita. Ia sering dikenali sebagai "kerajaan ketiga" selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. PBT menetap dan memungut cukai seperti cukai pintu dan lesen perniagaan; meluluskan pembangunan melalui OSC (One Stop Centre); merancang, menyediakan dan membaikpulih kemudahan awam serta meluluskan undang-undang kec

PERBINCANGAN MEJA BULAT KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN CHEMPAKA SIRI 1-2014.

Majlis di atas akan berlansung sepertimana butiran berikut, Tarikh - 14 Februari 2014 (Jumaat) Masa - 3.30 hingga 5.30 petang Tempat - Hotel De Palma, Ampang. Tujuan majlis di atas adalah untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak tanpa mengira fahaman politik tentang langkah-langkah bagi memastikan masalah jenayah di Kawasan Dewan Negeri Chempaka dapat dibanteras. Adalah diharapkan perbincangan tersebut akan dapat membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab menjadikan Chempaka lebih selamat dan lebih sejahtera. Jemputan untuk menghadiri majlis ini akan disampaikan kepada, 1.) Jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dan Agensi Dadah Kebangsaan. 2.) Wakil-wakil penduduk yang mewakili JKKK, persatuan penduduk, Rukun Tetangga, JMB dan MC turut dijemput. 3.) Institusi pendidikan seperti sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat da

PAS SELANGOR BUKA BILIK GERAKAN PILIHAN RAYA DI KAJANG.

Sukacita dimaklumkan bahawa PAS Selangor telah melantik Cikgu Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Negeri Kajang. Sehubungan itu, Bilik Gerakan Utama  PAS Selangor adalah di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang. Petugas-petugas  PAS dari dalam dan luar Selangor yang ingin bertugas di Kajang bolehlah menghubungi Mohd Shariff Din, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dewan Negeri Kajang di +60133883700 untuk penyelarasan. Iskandar Abdul Samad Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor 6 Februari 2014