Skip to main content

PERBINCANGAN MEJA BULAT KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN CHEMPAKA SIRI 1-2014.

Majlis di atas akan berlansung sepertimana butiran berikut,

Tarikh - 14 Februari 2014 (Jumaat)
Masa - 3.30 hingga 5.30 petang
Tempat - Hotel De Palma, Ampang.

Tujuan majlis di atas adalah untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak tanpa mengira fahaman politik tentang langkah-langkah bagi memastikan masalah jenayah di Kawasan Dewan Negeri Chempaka dapat dibanteras.

Adalah diharapkan perbincangan tersebut akan dapat membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab menjadikan Chempaka lebih selamat dan lebih sejahtera.

Jemputan untuk menghadiri majlis ini akan disampaikan kepada,

1.) Jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor dan Agensi Dadah Kebangsaan.

2.) Wakil-wakil penduduk yang mewakili JKKK, persatuan penduduk, Rukun Tetangga, JMB dan MC turut dijemput.

3.) Institusi pendidikan seperti sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat dan IPTA

4.) Masjid, surau dan rumah-rumah ibadat bukan Islam.

5.) Parti-parti politik seperti PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan.

Adalah diharapkan semua pihak dapat mengenepikan sebarang perbezaan dan duduk semeja untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang sedang membelenggu masyarakat.

Pihak media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
12 Februari 2014

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...