Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2007

BAGAI SINGA YANG LAPAR!

Pada 6 Mac lalu telah diadakan majlis perasmian serentak mesyuarat agung Cawangan-Cawangan PAS di Pandan. Tetamu pada malam itu adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Saudara Roslan Dato’ Mohd. Shahir. Sungguhpun Sdra. Roslan bukanlah “crowd-puller” seperti Haji Mohammad Sabu atau Dato’ Hassan Ali namun kehadiran pada malam itu adalah di luar dugaan. Pejabat kita di Jalan H yang boleh menampung sehingga 150 orang penuh sesak. Ramai yang terpaksa duduk di luar. Kehadiran malam tersebut adalah jauh lebih ramai dari majlis yang sama pada tahun lepas yang dirasmikan oleh Dato’ Hassan Ali. Tidak ada makanan istimewa pada malam itu, hanya biskut kering tetapi ramai ahli-ahli tetap tidak berganjak selepas majlis perasmian itu. Ramai yang menggunakan peluang yang ada untuk bertemu dan bersembang sesama mereka. Kita telah mengadakan satu mesyuarat agung khas pada 23 Januari lepas juga di Jalan H dan pejabat kita juga penuh sesak. Mesyuarat agung itu telah dirasmikan oleh Saudara Mohd. Rad

KENAPA KHIDMAT MASYARAKAT?

Di antara slogan yang paling disebut-sebut sekarang adalah “Memasyarakatkan PAS”. Tetapi apakah itu “Memasyarakatkan PAS”? Adakah ianya satu “publicity stunt” yang dilakukan dua tiga bulan sekali untuk menunjukkan bahawa PAS itu prihatin? Mungkin kita akan menganjurkan hari kesihatan, memanggil Harakah, mengambil gambar dan berharap dunia akan menyanjung kita. Kemudian kita akan kembali seperti sediakala sehingga program kemasyarakatan yang akan datang. Pada pendapat saya itu bukanlah “Memasyarakatkan PAS” tetapi ia sepatutnya merupakan satu anjakan pradigma dan perubahan sikap. Bukannya program-program yang memasyarakatkan PAS tetapi setiap ahli menjadi agen untuk memasyarakatkan PAS. Ahli-ahli perlulah prihatin dan responsif setiap masa dan ketika, bukannya bermusim. Tetapi sikap seperti ini tidak boleh dibuat-buat atau dipaksa-paksa. Bukan semua ahli yang mampu. Jika ia dipaksa, kepura-puraan kita akan satu hari tersingkap terutamanya apabila kita berhadapan dengan kes-kes yang menc