Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

DARI CORETAN YDP SIRI 59 : SEBUAH BASIKAL CHOPPER

Saya masih ingat ketika Darjah 5 di mana saya teringin sangat hendak memiliki sebuah basikal berjenama "Chopper”. Ketika itu ramai rakan-rakan di Seksyen 14, Petaling Jaya atau di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya memiliki basikal tersebut. Walau bagaimanapun hajat saya tidak kesampaian kerana saya tidak dibelikan basikal "Chopper" tetapi basikal yang seperti "Chopper". Walaupun bentuknya seperti "Chopper" tetapi ia tetap bukan "Chopper". Saya tidak ingat apakah jenamanya, mungkin  "Dragon" atau "Crane". Saya tidak faham kenapa ibu bapa saya tidak membeli jenama "Chopper". Ia hanya beberapa puluh ringgit lebih mahal dari jenama yang ibubapa saya belikan. Ibubapa saya boleh membeli barang yang lebih mahal dari basikal tersebut tetapi tidak mahu membeli basikal "Chopper" saya. Selama beberapa tahun saya tertanya-tanya kenapa saya tidak dibelikan basikal berjenama tersebut. Saya hanyalah faham

Dari CORETAN YDP Siri 60 : CAMEROON OH CAMEROON

Ketika coretan ini ditulis 3 negara telah disahkan akan pulang awal dari kejohanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil kerana telah kalah 2 perlawanan. Negara-negara itu adalah pemenang kejohanan yang lepas, Sepanyol, Cameroon dan Australia. Mungkin ramai yang terkejut akan nasib yang menimpa Sepanyol dan ramai juga yang mengandaikan pemain-pemain negara itu telah menjual perlawanan mereka. Kalau benar, memang hebat bookie-bookie yang terlibat. Mungkin dari Malaysia agaknya. Walau bagaimanapun, pada saya iktibar yang patut kita ambil adalah nasib yang menimpa Cameroon. Tentang Australia, tidak ramai yang menjangkakan mereka boleh pergi jauh walaupun negara itu mempunyai ramai pemain yang beraksi di Eropah. Terdapat kisah yang tersendiri bagi Cameroon yang boleh menjadi pengajaran kepada kita semua. Cameroon pertama kali menyertai Piala Dunia dalam tahun 1982 di Sepanyol. Mereka tidak pernah kalah pada kejohanan tersebut. Mereka seri 3 kali tetapi telah tersingkir