Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2007

PERSOALAN TARBIYYAH

Baru-baru ini terdapat satu cadangan agar setiap ahli PAS dibekalkan dengan satu buku rekod usrah. Buku itu akan tercatit kitab-kitab dan topik-topik yang telah dilalui oleh mereka ketika usrah dan program-program tarbiyyah yang lain. Cadangan ini telah dibuat agar ahli-ahli dapat mengukur tahap pentarbiyyahan yang telah diperolehi. Kadang-kala terdapat ahli yang terpaksa melalui kitab atau topik berulang-ulang kali kerana menyertai usrah yang baru apabila berpindah Kawasan atau Cawangan atau kumpulan usrah mereka telah mati. Dari sudut ini, cadangan tersebut adalah baik kerana setiap ahli mempunyai rekod akan sukatan-sukatan tarbiyyah yang telah dilalui. Walau bagaimanapun saya tidak bersetuju sekiranya kemampuan atau komitmen ahli-ahli dinilai semata-mata melalui buku ini. Program-program tarbiyyah seperti usrah, tamrin, qiyamulail dan mukhaiyyam penting di dalam pembentukan ahli. Tetapi kita tidak boleh menilai kualiti seorang ahli semata-mata melalui program-program tarbiyyah yang

PEPERANGAN SUDAH BERMULA

Pada 29 Julai lepas satu pertemuan telah diadakan di antara pimpinan tertinggi PAS Pusat dan pimpinan tertinggi PAS Negeri Selangor. Pertemuan tersebut merupakan siri pertemuan yang diadakan pada hari itu di antara pimpinan PAS Pusat yang diketuai oleh Dato’ Seri Presiden dan pimpinan negeri-negeri. Ketika saya tiba, pimpinan Pahang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat dan pimpinan Perak pula baru sahaja masuk. Pada lebih kurang jam 5.30 petang kami telah dipanggil masuk setelah pimpinan Perak keluar. Agenda pertemuan tersebut hanyalah satu, persiapan pilihanraya. Sepanjang saya menjadi ahli PAS, jarang saya mendengar Dato’ Seri Presiden menyentuh perkara-perkara teknikal tentang pilihanraya. Tetapi pada hari itu beliau telah hanya memberi penekanan kepada tiga perkara iaitu daftar pemilih, penculaan dan penipuan pilihanraya. Kami telah digesa agar menumpukan seluruh perhatian dan tenaga kepada gerakerja pilihanraya dengan memberi keutamaan kepada pendaftaran pengundi baru, semakan