Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Ismail dan Ilyas

Pertandingan Marhaban Piala ADUN Chempaka anjuran Biro Wanita Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam 1 Ogos 2010.

Di antara kumpulan-kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut di Dewan JKKK, Jalan H, Kg Pandan Dalam pada 1 Ogos 2010. Di antara hakim-hakim adalah komposer terkenal Mahzan Manan dan Ustaz Sobri dari Masjid Negeri. Kumpulan nasyid jemputan Ar-Rayan telah turut menyampaikan persembahan

'Pelakon filem lucah' tidak layak menilai PAS

Tajuk muka depan Sinar Harian semalam adalah kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek bahawa kalau Pakatan Rakyat menang bukan Anwar Ibrahim atau PKR yang akan menjadi Perdana Menteri tetapi PAS. Katanya organisasi PAS lebih tersusun dan dengan ahli yang lebih ramai maka PAS akan menjadi Perdana Menteri. Apakah muslihat Chua untuk berkata sedemikian? Adakah untuk memuji PAS? Atau untuk menakutkan-nakutkan orang Cina supaya tidak akan mengundi Pakatan Rakyat? Kalau untuk menakut-nakutkan orang Cina, betulkah PAS dipandang serong dan tidak dipercayai oleh masyarakat Cina? Atau itu hanya pandangan Chua? Tetapi pokoknya adakah Chua yang pernah menjadi 'pelakon' dalam 'filem lucah' layak untuk menilai sama ada PAS boleh dipercayai atau tidak? 1 Ogos 2010

Malam Amal Mengumpul Dana SJK (C) Batu 14 Hulu Langat 31 Julai 2010

Perasmian Program Memasyarakatkan Surau anjuran Surau Darus Salam, Taman Nirwana oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor 31 Julai 2010.

Perasmian Ekspo Niaga sempena Program Memasyarakatkan Surau anjuran Surau Darus Salam, Taman Nirwana, Ampang 31 Julai 2010.

AHLI DEWAN HIMPUNAN HADIR USRAH GABUNGAN

Sejarah dicipta semalam apabila ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas telah menghadiri Usrah Gabungan Pas Kawasan Pandan. Semoga Allah membuka hati mereka dan menjadikan mereka pejuang-pejuang Islam yang komited. Usrah Gabungan yang dipimpin oleh Ustaz Musa merupakan program bulanan untuk pimpinan Kawasan, Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan. Di dalam usrah 29 Julai itu, Ustaz Musa telah membentangkan 5 halangan yang akan dihadapi oleh umat Islam yang berada di dalam gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. 5 halangan itu adalah dari, 1. Orang Islam yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadapnya. 2. Orang munafiq 3. Orang kafir yang membenci Islam. 4. Syaitan 5. Nafsu yang mendorong untuk melakukan kejahatan

Hati-hati bila beli durian bungkus

Petang tadi saya telah singgah di pasar malam Cheras Flats dekat Bandar Tun Razak. Hajat hati hendak membeli durian. Selalunya saya lebih suka membeli durian yang telah dikopek dan dibungkus. Terjamin boleh dimakan. 3 bungkus RM1O. 1 bungkus ada 3 atau 4 ulas. Dapatlah 10 hingga 12 ulas untuk RM10. Kalau beli durian biji, belum tentu. Kalau bernasib baik, dapatlah lebih dari 20 ulas untuk 3 biji. Kalau 3 biji RM10 maka lebih untung dari membeli durian bungkus. Tetapi kalau busuk atau muda macam mana? Rugilah jawabnya. Tetapi tadi saya telah membatalkan hasrat untuk membeli buah tersebut. Saya telah lalu di satu gerai dan amatlah terkejut dengan apa yang saya lihat. Seorang wanita Indonesia mengopek durian dengan tangan dan tanpa membasuh tangan atau memakai sarung tangan mengambil ulas-ulas durian untuk dibungkus. Selalunya sarung tangan nipis akan digunakan. Entah apa yang dipegang beliau sebelum memegang ulas-ulas durian itu? Jadi petang tadi saya hanya membeli popia dan apam balik.

Ceramah 'Jangan tinggalkan Bukit Uhud' 28 Julai 2010.

Ceramah motivasi dalaman ahli-ahli PAS Kawasan Pandan 'Jangan tinggalkan Bukit Uhud' oleh YB Senator Yusuf Husin dari Kedah telah diadakan pada 28 Julai lepas di Dewan Orang Ramai Taman Mawar. Di antara isi-isi utama ceramah itu adalah, - Niat menyertai PAS kena betul dan jelas. - Niat untuk mencari keredhaan Allah SWT mesti dikongsi dengan orang terdekat seperti suami, isteri, abang, adik dsb. - Kalau orang terdekat faham barulah kerja-kerja jemaah tidak terganggu. - Kita mesti memahami organisasi PAS. - Oleh itu, kena memahami Perlembagaan PAS. - Memegang jawatan dalam PAS adalah memegang amanah bukan sahaja ahli-ahli PAS tetapi umat Islam seluruh dunia. - Kena ada pelan tindakan diri. - Kena ada pelan tindakan organisasi yang kita pegang. - Kerja jemaah tidak boleh ditangguh. - Bila ditangguh akan gagal. - Bila gagal akan mencari alasan. - Apa yang diperolehi oleh kawan kita adalah rezeki dia, jangan dengki. - ADUN PAS Kedah telah ditawarkan rasuah satu hari selepas mengangk

Sindrom anak gajah melanda Cawangan-Cawangan PAS

Kisah ni diceritakan masa Munaqasyah PAS Selangor baru-baru ni. Tetapi ini versi saya. Ceritanya seekor gajah telah didapati mati rentung apabila sebuah sarkis telah terbakar. Ramai yang hairan kenapa gajah itu tidak lari walhal rantai yang mengikat kakinya begitu halus. Sepatutnya sekali rentap gajah itu boleh melepaskan diri. Ceritanya gajah ini semasa ianya anak gajah telah cuba merentap rantai itu tetapi gagal memutuskannya. Berkali-kali ia cuba tetapi masih gagal. Akhirnya anak gajah itu pun berputus asa dan tidak cuba untuk melarikan diri. Walaupun ia telah menjadi gajah yang besar tetapi ia masih menyangka rantai itu tidak akan dapat direntap sehingga putus. Begitu juga Cawangan-Cawangan PAS yang dulu ditekan dan ditindas oleh Umno. Tetapi itu dulu, sekarang Umno bukan lagi kerajaan di Selangor. Tetapi malangnya Cawangan-Cawangan kita berfikiran seperti gajah yang mati itu. Mereka masih takut kepada Umno sepertimana gajah yang masih menganggap rantai yang halus itu tidak boleh d

Dialog YDP PAS Negeri Selangor 27 Julai 2010 di Shah Alam

Turun padang bersama Suhakam di Taman Kinrara, Puchong 27 Julai 2010.

Telah turun ke tapak bersama Pesuruhjaya Suhakam untuk melihat masalah air yang dihadapi oleh penduduk rumah kos rendah ini. Turut hadir adalah wakil dari SPAN, Syabas, LPHS dan MPSJ. Syarikat penyenggaraan bangunan telah memotong paip-paip air mereka yang ada tunggakan bayaran penyenggaraan. Ini salah di sisi undang-undang kerana penduduk ada meter individu dari Syabas dan bukan masih menggunakan meter pukal. Syarikat boleh didenda sehingga RM50 ribu bagi setiap kesalahan.

Peruntukan mereka yang tidak hadir Majlis Dialog Bajet 2011 akan dipotong

MB Selangor hari ini mengumumkan bahawa peruntukan ahli-ahli Parlimen Selangor yang tidak hadir dialog tesebut akan dipotong. RM10,000 itu akan dipotong dari peruntukan tahunan RM150,000. Dialog pada 26 dan 27 Julai 2010 telah diadakan di SACC Convec, Shah Alam.

Lagi gambar-gambar Program Aqiqah Sepanjang Zaman dan Bicara Gaza di Kg. Sg. Lang Baru, Kuala Langat 24 Julai 2010.

Program Aqiqah Sepanjang Zaman dan Bicara Gaza di Kg. Sg. Lang Baru, Kuala Langat 24 Julai 2010.

Taklimat Komunikasi Politik Kepada JK Penerangan PAS Kawasan Pandan Oleh Sdra. Nathaniel Tan 26 Julai 2010.