Saturday, October 27, 2018

THE BEAUTIFUL RAILWAY BRIDGE.


Tidak ramai yg akan "appreciate" jambatan keretapi ini di Salak Selatan. Saya beritahu isteri saya ia sungguh menakjubkan. Pada saya inilah di antara "railway architecture" yang hampir pupus di negara kita. Susah hendak melihat "brickwork" seperti ini di Malaysia hari ini. Kesemuanya telah digantikan dengan konkrit.

SAWAH PADI DI SG. BESAR.


Suasana tenang di tepi sawah @ Sg Besar.

KONVENSYEN SETIAUSAHA PAS PAHANG.

24 Oktober 2018 - Pagi tadi saya telah menyampaikan ucaputama pada Konvensyen Setiausaha PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau. Kompleks ini dibina oleh PAS Pahang melalui sumbangan ahli-ahli dan orang-ramai.





TAKLIMAT PERSIAPAN BANJIR SEBELUM MUSIM TENGKUJUH.



24 Oktober 2018 - Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat KHIDMAT MALAYSIA di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Pahang yg membincangkan persiapan menghadapi banjir negeri-negeri di Pantai Timur.

Kenduri Kahwin Anak Tuan Haji Abu Hanifah.


27 Oktober 2018 - Malam ini telah menghadiri majlis perkahwinan anak mantan Ketua Kampung Kg Pandan, Tuan Haji Abu Hanifah Abd Rahman, Aiman Farhan dan pasangan beliau Nur Adeela bte Zulkipli. Tuan Haji Abu Hanifah telah berkhidmat dengan cemerlang ketika menjadi Ketua Kampung. Tak boleh miss majlis ini walaupun ada final Piala Malaysia. Tahniah