Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

EXCO PERUMAHAN MAHU PEMAJU DAN PENDUDUK BINCANG "WIN-WIN SOLUTION".

Taman Nirwana, Ampang, 30 Jun 2012 - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad, mahu pemaju Sri Seltra dan penduduk membincangkan satu "win-win solution" (penyelesaian menang-menang) untuk projek pemaju tersebut yang sedang dibina di Taman Nirwana. Beliau berkata sedemikian setelah mempengerusikan satu majlis penerangan awam petang tadi di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana. Penerangan awam itu adalah di atas arahan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES berikutan bantahan dari penduduk tempatan terhadap projek itu. YB Iskandar berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menangguhkan kelulusan projek pembangunan perniagaan dan apartment servis itu apabila penduduk telah membantah tetapi telah meluluskannya pada bulan Disember 2011 setelah pemaju mengurangkan jumlah tingkat dari 25 tingkat kepada 16 tingkat. Walau bagaimanapun penduduk hingga ke hari ini terus membantah. Menurut mereka projek itu akan

EASIER PAYMENT TERMS FOR SKIM CERIA RECIPIENT.

SHAH ALAM : Recipients of the state government's Skim CERIA no longer need to pay a deposit before repairs and upgrades on their flats can begin. Pangsapuri Teratai had its blocks' roofs repaired and upgraded under the Skim CERIA programme. Pic by Nurul Syazana Rose Razman State executive councillor for Housing, Building Management and Squatters, Iskandar Abdul Samad, said repairs could begin as long as the management committees, joint management bodies or residents' associations signed agreements  to pay the amount owed. "Previously, they had to pay  five per cent advance on their share of 20 per cent for repairing low-cost flats," he said, adding that the state had decided to relax the scheme's criteria during an exco meeting that was held recently. The residents could later pay the  balance 15 per cent with a monthly maximum repayment of RM50  over a number of months or years, while the state bears 80 per cent of the costs. The flats' committees or asso

KENYATAAN AKHBAR : ISU PADANG KOMPLEKS SUKAN PKNS, KELANA JAYA.

Saya bersetuju dengan tuntutan agar Kerajaan Negeri menyiasat untuk mengenalpasti siapa yang menukar status tanah padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya selepas ia diluluskan oleh Mesyuarat Exco dan Mesyuarat JK Perancang Negeri. Sebagai Pengerusi kepada JK Pendengaran Awam untuk Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2), saya berpandangan tindakan menukar rancangan tempatan itu tidak menghormati pendengaran awam yg telah dijalankan. Sebarang pindaan bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi seolah-olah memperlekehkan usaha dan pandangan mereka yang terlibat dengan pendengaran awam itu. Siasatan ini juga perlu untuk membersihkan nama MBPJ dan PKNS kerana terlampau banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepada mereka. Ianya juga akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa perkara yang sama tidak akan berulang lagi. YB Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 28 Jun 2012

WAKAF UNTUK TINGKATKAN HUBUNGAN MASYARAKAT.

AMPANG 24 JUN: Kewujudan wakaf komuniti yang menelan kos RM20,000 di Taman Dagang diharap akan meningkatkan lagi hubungan sesama penduduk di sini. Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad ketika merasmikan Wakaf Rakyat Taman Dagang pagi ini. "Dengan adanya wakaf ini, saya percaya pelbagai kegiatan dapat dijalankan di sini sekaligus dapat lebih menceriakan dan mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk. "Pembinaan wakaf ini adalah sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Selangor termasuklah bagi masyarakat yang mendiami pangsapuri," ujar beliau. Menurut Iskandar program 'Bersih, Ceria dan Harmoni' ini akan diteruskan di seluruh Selangor. Selain fokus untuk pembinaan wakaf, program ini turut menyediakan peruntukan untuk sudut belajar dan membaca dan pejabat yang lebih selesa untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk mentadbir. Sementara itu, beberapa penduduk

25 Jun 2012 - Lawatan tapak bersama MPAJ untuk kerja-kerja menurap jalan di Taman Chempaka bawah peruntukan MARRIS.

Majlis perasmian wakaf rakyat flat Taman Dagang 24 Jun 2012.

24 Jun 2012 - Ribuan di Masjid Al Azim, Pandan Indah untuk forum bersama Ustaz Azhar Idrus dan Dato' Ismail Kamus.

LAWATAN TAPAK KERJA-KERJA MENURAP JALAN DAN MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR DI DALAM KAWASAN DEWAN NEGERI CHEMPAKA.

Satu lawatan tapak untuk perkara di atas akan dilakukan oleh YB Iskandar A. Samad sepertimana berikut, Tarikh :  25 Jun 2012  ( Isnin ) Masa : 3.00 petang Tempat berkumpul : Restoran D'Klasik, Jalan Chempaka 8, Taman Chempaka, 68000 Ampang. ( Dekat Axis Atrium ). Sebanyak 6 kawasan telah terlibat dengan kerja-kerja menurap jalan dan membaikpulih infrastruktur di bawah peruntukan MARRIS tahun ini. YB Iskandar mahu melihat sendiri kualiti kerja yang telah dilaksanakan. Wartawan dan jurufoto dijemput untuk membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Haji Suhaimi di  019 759 8622 . Nurliyana Zainal Pegawai Khas Kepada YB Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka 23 Jun 2012

MAJLIS PERASMIAN WAKAF KOMUNITI FLAT TAMAN DAGANG.

YB Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka akan merasmikan Wakaf Komuniti Flat Taman Dagang sepertimana berikut, Tarikh : 24 Jun 2012 ( Ahad ) Masa : 9.30 pagi Tempat : Wakaf Komuniti, Berhampiran Blok E, Flat Taman Dagang, Jalan Dagang 1, Taman Dagang, Ampang. ( Berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya ). Wakaf ini telah dibina dengan menggunakan peruntukan YB Iskandar dan adalah khusus untuk program-program kemasyarakan dan rekreasi penduduk setempat. Wartawan dan jurufoto dijemput untuk membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Haji Suhaimi 019 759 8622. Nurliyana Zainal Pegawai Khas Kepada Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 21 Jun 2012

SWIFT RESPONSE FROM SELANGOR GOVERNMENT TO ULTIMATUM

PETALING JAYA, 21 JUNE 2012 - The Selangor state government, in a swift response to an ultimatum by former Kampung KTM Railway Line residents, today offered them low cost houses. Selangor exco for housing Iskandar Abdul Samad said the double storey terrace houses, in Taman Matang Jaya, would be offered to the residents for RM28,000. Frustrated by the Selangor government's inaction to their two-decade old demand of land promised to them, the residents held a protest outside the state secretariate building yesterday. They even issued an ultimatum and threatened to abstain from voting for Pakatan Rakyat in the general election after their request to meet to Selangor MB Khalid Ibrahim was turned down. Iskandar said the latest offer was endorsed by Khalid yesterday. "Another option for them is to purchase low cost flat units in Kuang for the same price," he said. About 229 families of KTM Railway Line were evicted from their homes by the then state government in 1992 and were

18 Jun 2012 - Lawatan tapak ke Pangsapuri Teratai, Bukit Subang setelah bumbung-bumbung yang rosak akibat ribut dibaikpulih di bawah Skim CERIA.

EXCO RASMIKAN AGM PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TERATAI - Dari Laman Web PAS Cawangan Taman Bukit Subang.

Pusat Khidmat Rakyat:  Mesyuarat Agung Tahunan  1431/2010  Persatuan Penduduk Pangsapuri Teratai (PPPT) pada 17-01-2010 yang lalu mencatatkan kenangan istimewa apabila Exco Kerajaan Negeri Selangor (Portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) iaitu YB Iskandar Abdul Samad telah merasmikannya. Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka Komuniti Blok 9/10, bermula pada pukul 10.00 pagi dan dihadiri oleh 100 orang ahli persatuan (pelbagai bangsa dan agama) yang berdaftar untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab bersama kepada persatuan. Encik Mohammad Ariffin b. Baba (pemangku pengerusi) sedang memberikan ucapan Turut memberikan ucapan adalah Pegawai Khas (PA) kepada Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang, Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim. Ucapan yang cukup bernas dengan maklumat terkini untuk rakyat daripada YB Ir. Iskandar b. Abdul Samad yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Ahli Jawatankuasa

COMMUNITY LIBRARY GETS 1,000 VISITORS PER DAY.

THE recently launched Pandan Jaya community library located along Jalan Pandan 4, Ampang has been a hit with locals who have been fully utilising the various modern facilities and equipment available. "From what I was told, the library is visited by up to 1,000 people a day. "We hope that this library will change the perception of locals regarding community libraries that are usually seen as old and outdated," Selangor education, higher education and human resources development committee executive Dr Halimah Ali said at the launch of the facility recently. Cool comfort : The open and air-conditioned new Pandan Jaya community library encourages visitors to linger and pick up a book. The 510.96sq m library has several features including seven free-to-use computers including an iMac as well as broadband Internet access. There are also two 52-inch plasma televisions in the children and magazine sections while other facilities include a surau, baby room, cafeteria, multi-purp

LEBIH 100 LAGI PANGSAPURI BAKAL DI"CERIA"KAN.

SHAH ALAM 18 JUN 2012 : Sebanyak 100 lagi pangsapuri di Selangor bakal dicat semula dan mendapat kemudahan baru seperti lif, apabila mereka menyertai skim CERIA Kerajaan Negeri. Majoriti pangsapuri-pangsapuri tersebut yang berada di dalam kawasan Petaling Jaya dan Shah Alam disasarkan akan menyertai skim tersebut selewatnya pada akhir tahun ini. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Samad berkata sebanyak 70 buah pangsapuri yang sudah menyertai CERIA di seluruh Selangor akan dibaik pulih pada tahun ini. Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM8.5 juta untuk 70 bangunan tersebut. Setakat ini, sebanyak 51 pangsapuri sudah siap dibaik pulih dengan kos RM15.19 juta. "Saya berharap penduduk menggesa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Persatuan Penduduk supaya berbincang dengan Kerajaan Negeri dan bersetuju untuk sertai skim ini. "Projek baik pulih ini bukan hanya pembaikian dalam jangka masa pendek tetapi ia melibatkan jangka masa panjang," ka

Himpunan Hijau PAS Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam 17 Jun 2012.

16 Jun 2012 - Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan tanah lebih 120 keluarga setinggan di Kg Keretapi, Klang.

ANAK GEMBIRA HAJAT IBUBAPA TERRTUNAI DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.

KG. PANDAN, 10 JUN 2012 : Dangmega Abd Latip, 45, terharu dan gembira apabila usaha hampir 40 tahun kedua ibu bapa mendapatkan hak milik tanah tercapai apabila menerima notis 5A hari ini. Dengan nada sebak, beliau mengimbau kembali pahit jerih kedua orang tuanya yang tidak pernah berputus asa menuntut hak mereka meskipun ketika itu beliau baru berusia 8 tahun. "Kalau nak kira permohonan memang lama. Dari Pejabat Tanah Dataran Merdeka, kemudian arwah mak pergi ke Kajang dan Bangi. Waktu itu saya baru darjah dua. "Alhamdulillah sekarang baru dapat. Rasa gembira tapi mak ayah dah tiada. Mereka tidak sempat untuk meraikan kegembiraan kami sekeluarga. Mana lagi nak dapatkan tanah di kawasan Kuala Lumpur," luahnya lagi. Menurut beliau, sebelum bapanya meninggal, Allahyarham turut bertanya mengenai permohonan hak milik tanah. "Mak meninggal tahun 1992, ayah tahun 2011. Sebelum itu dia (ayah) ada bertanya bagaimana nasib permohonan sebab terlalu lama memohon. Dia pesan kepa

14 Jun 2012 - Penyampaian sumbangan dari Pejabat Daerah Hulu Langat dan Lembaga Zakat Selangor kepada mangsa-mangsa kebakaran Lorong B5, Kg Pandan.

"PENDUDUK KURANG FAHAM FUNGSI JMB"

AMPANG, 31 OGOS 2009 - Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bukanlah satu penyelesaian dalam mana-mana kawasan kediaman seandainya tiada pemahaman yang jelas daripada penghuni mahupun pihak pengurusan berkait dengan JMB. Pengarah Operasi, Focus Facilities Management Sdn Bhd, Ablah Othman berkata, pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi dalam menguruskan dan menyelenggara harta bersama seperti di flat, pangsapuri dan kondominium. Menurutnya, perkara yang kerap dihadapi mana-mana pengurusan adalah keengganan penghuni membayar yuran penyelenggaraan sebagai contoh, pemilik yang tidak tinggal di perumahan tersebut tetapi menyewakan kepada orang lain. "Kebiasaannya penyewa ini kurang rasa tanggungjawab untuk membayar yuran penyelenggaraan sehingga sukar untuk membuat kutipan sepenuhnya. "Begitu juga bilangan unit rumah yang sedikit akan menyebabkan dana tidak setara dengan jumlah perbelanjaan pengurusan bangunan terutama perumahan kos rendah yang mempunyai lif. "M

Lawatan ke ibu pejabat China Press di Jalan Riong 12 Jun 2012.

Wakaf di flat Taman Dagang siap dibina dengan peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka untuk kegunaan penduduk.

PENDUDUK LAPOR POLIS ALAMAT DIGUNAKAN 15 INDIVIDU TIDAK DIKENALI.

AMPANG, 13 JUN 2012 : Bimbang dengan keselamatan keluaga, bekas ketua kampung Kampung Pandan, Arshad Ahamad membuat satu laporan polis di IPD Ampang Jaya ekoran penemuan nama 15 individu meragukan yang di daftarkan di alamat rumahnya sebagai pengundi. Berdasarkan semakan Daftar Pemilih 2011 yang dipaparkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 19 nama yang didaftarkan dan hanya empat daripada mereka merupakan ahli keluarga Arshah di alamat no 10, Lorong C 8, Kampung Pandan. Menurut Arshad, laporan ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya bimbang keselamatan keluarga kerana khuatir alamat berkenaan digunakan untuk aktiviti jenayah. Katanya, individu berkenaan tidak dikenali melainkan isteri dan tiga adik ipar beliau. "Keraguan dan kebimbangan yang berlaku terhadap diri saya kalau alamat saya digunakan untuk aktiviti jenayah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keselamatan keluarga saya boleh tergugat memandangkan anak-anak saya masih bersekolah. "Ini bukan ma