Friday, February 23, 2018

PUSAT KHIDMAT YB DATO' ISKANDAR A. SAMAD TERBITKAN AKHBAR MANDARIN.







MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN 2018.


PENYERAHAN KAD KISS FASA PERTAMA ADN CHEMPAKA.


UMNO BAKAL BERPECAH PADA PILIHAN RAYA UMUM KE 14.

UMNO dijangka akan berpecah pada Pilihan Raya Umum Ke 14.

Masalah pemilihan calon dijangka akan menjadi penyebab kepada perpecahan ini.

Lazimnya sebarang perpecahan dapat ditutup dan susah dihidu oleh media dan orang ramai tetapi ia tetap akan menyebabkan gerakerja pilihan raya terganggu.

Setelah berlaku perpecahan dengan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tuan Razak sudah tentu mahu membersihkan parti itu dari mereka yang masih setia kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tun Mahathir Mohamed.

Akibatnya dijangka akan berlaku keputusan-keputusan yang mengejutkan akar UMNO. Rasa tidak puas hati akan timbul jika wakil-wakil rakyat yang popular tidak dicalonkan semula. Atau calon-calon dari luar akan terpilih.

Maka selain dari ancaman dari parti-parti pembangkang, ancaman dari dalam akan turut menimbulkan masalah kepada UMNO. Peluang ini sudah tentu akan dimanfaatkan oleh musuh-musuh mereka.

Dato' Iskandar A. Samad
23 Februari 2018

MENGHADIRI RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA KL SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL 16 FEB LEPAS.






22 FEB 2018 - SEBAHAGIAN DARI PENERIMA SUMBANGAN TAHUN BARU CHINA DARIPADA PERSATUAN ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT SELANGOR (PEKAWANIS).













PAGI TADI BERTUGAS DI PUSAT KHIDMAT.

SEBAHAGIAN DARI PENERIMA KAD KISS ADN CHEMPAKA UNTUK FASA PERTAMA 21 FEB 2018.



Thursday, February 15, 2018

EDARAN LIMAU MANDARIN DI PASAR MALAM CHERAS INDAH 14 FEBRUARI 2018.


Edaran Limau Mandarin Di Pasar Malam Pandan Jaya 13 Februari 2018.


MASALAH PENIAGA PASAR PAGI INAI, PANDAN INDAH PERLU PERHATIAN MPAJ.






Saya telah melakukan tinjauan ke Pasar Pagi Inai dekat Stesyen LRT Pandan Indah pagi tadi.

Saya mendapati jumlah peniaga semakin berkurangan dan begitu juga pengunjung.

Oleh yang demikian para peniaga telah mengadu kepada saya bahawa pendapatan mereka semakin berkurangan.

Seorang peniaga, En Koo Ting Ming yang menjual suratkhabar dan roti telah  menerangkan kepada saya secara terperinci masalah yang beliau hadapi.

Kata beliau, beliau boleh menjual di antara 30 hingga 40 akhbar setiap hari dan pulangan bagi setiap akhbar adalah 50 sen.

Beliau juga menjual pelbagai jenis roti dan purata pulangan bagi setiap roti yang dijual adalah 30 sen.

Pendapatan beliau adalah sekitar RM20 sehari.

Walau bagaimanapun beliau perlu membayar RM4 setiap hari kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) untuk kos pembersihan dan pengurusan pasar tersebut.

Oleh yang demikian pendapatan bersih harian beliau adalah sekitar RM15 hingga RM16 sehari.

Beliau merayu agar bayaran kepada MPAJ ini diturunkan ke RM2.

Saya berpandangan permohonan dari En Koo ini wajar memandangkan bilangan peniaga yang kecil di pasar tersebut dan tidak menjana banyak sampah.

Tambahan pula para peniaga menguruskan sendiri pasar itu.

Saya akan membawa perkara ini kepada MPAJ untuk pertimbangan mereka.

Saya mencadangkan MPAJ tidak memungut caj ini setiap hari tetapi dua atau tiga hari sekali untuk meringankan beban peniaga.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
Selangor D.E.
17 Januari 2018.

BN GAGAL MEMASTIKAN SEMUA RUMAH KOS RENDAH DI ZAMAN MEREKA DIBINA.

Tindakan UMNO mempolitikkan keputusan untuk membatalkan 9 projek rumah mampu milik Rumah Selangorku merupakan satu usaha untuk menutup kelemahan mereka dan ia menunjukkan mereka tidak memahami proses pembangunan sebuah projek perumahan.

Pembatalan 9 projek itu menunjukkan jawatankuasa yang bertanggungjawab telah melaksanakan tugas mereka.

Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku sentiasa memantau pemaju-pemaju yang mendapat kelulusan membina Rumah Selangorku dan memberi peringatan dan notis apabila terdapat projek yang lewat.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) juga bersedia membantu pemaju-pemaju yang menghadapi masalah dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Hanya apabila tidak ada tindakan dari pemaju, kelulusan akan dibatalkan.

Dengan pembatalan tersebut, pemaju tidak boleh memulakan pembinaan rumah harga bebas pada projek tersebut.

Di bawah kerajaan negeri hari ini, Rumah Selangorku wajib dibina terlebih dahulu atau serentak dengan rumah harga bebas.

Oleh yang demikian, pemaju yang dibatalkan kelulusan Rumah Selangorku mereka perlu mendapatkan kelulusan semula dan memulakan pembinaan Rumah Selangorku mereka sebelum boleh membina rumah harga bebas.

Ini berbeza dari zaman BN di mana pemaju boleh membina rumah harga bebas tanpa perlu membina rumah mampu milik kos rendah terlebih dahulu. Akibatnya terdapat rumah-rumah tersebut yang tidak dibina hingga ke hari ini.

Contohnya menurut rekod LPHS untuk 2 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja sebanyak 4,638 Rumah Kos Rendah yang diluluskan di zaman BN masih belum dibina. Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,755 unit dan Majlis Perbandaran Kajang 2,883 unit.

Keadaan lebih merumitkan apabila terdapat pemaju yang menjual tanah atau projek mereka kepada pemaju lain. Pemaju baru ini kemudian memohon pembinaan Rumah Kos Rendah dikecualikan di atas alasan mereka tidak mengetahui terdapat syarat membinanya.

Sekiranya pemaju-pemaju diberi amaran seperti hari ini, mereka tidak akan sewenang-wenangnya menangguhkan pembinaan rumah kos rendah sehingga bertahun-tahun lamanya.

Oleh itu, bukan kerajaan negeri hari ini yang gagal tetapi kerajaan negeri BN sebelum 2008 yang gagal. Mereka dilihat takut untuk mengambil tindakan ke atas pemaju-pemaju. Tetapi kerajaan negeri selepas 2008 bersedia mengambil tindakan ke atas pemaju-pemaju yang dilihat tidak serius untuk membina Rumah Selangorku.

Walau bagaimanapun bilangan projek yang dibatalkan adalah kecil berbanding dengan bilangan projek yang telah mendapat Kebenaran Merancang atau sedang dalam pembinaan.

Bilangan projek yang telah mendapat Kebenaran Merancang adalah 179 projek (100,533 unit) dan bilangan yang sedang dalam pembinaan adalah 29 projek (20,627 unit). Manakala sebanyak 17 projek (3,620 unit) telah siap dan diduduki sejak 2014.

Terdapat juga dakwaan mengatakan dengan pembatalan projek-projek tersebut maka pembeli-pembeli akan teraniya.

Mereka yang membuat dakwaan ini tidak memahami proses pembangunan projek perumahan di negara kita.

Projek-projek yang dibatalkan kelulusan tidak ada Kebenaran Merancang. Sekiranya sesuatu projek itu tidak ada Kebenaran Merancang maka ia tidak memiliki Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) dan rumah-rumah tidak boleh dijual.

Oleh yang demikian mereka yang membuat dakwaan tersebut hanya sekadar membuta tuli membuat tuduhan.

Mereka juga mendakwa penjelasan YAB Dato' Menteri Besar dan kenyataan Exco Perumahan adalah bercanggah.

Dato' Menteri Besar menjelaskan pembatalan ini berlaku kerana pemaju mengutamakan pembinaan rumah mewah. Kenyataan Exco pula menyebut pemaju gagal memohon Kebenaran Merancang.

Kedua-dua kenyataan ini tidak bercanggah. Di antara sebab pemaju tidak memohon Kebenaran Merancang untuk Rumah Selangorku adalah kerana mengutamakan pembinaan rumah mewah.

Walaupun pilihan raya telah hampir tiba tetapi elakkan daripada mempolitikkan setiap ayat dan setiap perkataan. Pamerkan sedikit kematangan.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
13 Februari 2018

BAHAGIAN 2 - EDARAN LIMAU MANDARIN DI PASAR MALAM DAN PASAR PAGI DUN CHEMPAKA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018.












BAHAGIAN 1 - EDARAN LIMAU MANDARIN DI PASAR MALAM DAN PASAR PAGI DUN CHEMPAKA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018.