Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Jom Shopping Chempaka di Tesco Ampang 30 April 2012.

Jom Shopping Chempaka 30 April 2012 di Tesco Ampang.

LAWATAN KE PASAR MALAM TAMAN CAHAYA INDAH, AMPANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.B. Iskandar Abdul Samad, EXCO/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan mengadakan lawatan ke pasar malam Taman Cahaya Indah, Ampang sepertimana butiran berikut : Tarikh :  30 April 2012  (Isnin) Masa : 8.00 malam Tempat berkumpul : Di hadapan Food Court 218, Taman Cahaya Indah, Ampang.  (Dekat stesyen LRT Cahaya)   Lawatan ini dilakukan oleh Y.B. Iskandar yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka untuk meninjau perjalanan pasar malam tersebut. Buat masa ini perlantikan Ahli Majlis bagi zon di mana pasar malam itu berada, masih tertangguh. Y.B. Iskandar mahu memastikan pentadbiran pasar malam itu berjalan dengan lancar.     Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di talian  019-759 8622 . WARTAWAN DAN JURUFOTO DIJEMPUT HADIR MEMBUAT LIPUTAN.

Sah SPR berat sebelah!

Ucapan Penggulungan YB Iskandar A. Samad di Sidang Dewan Negeri Selangor 27 Mac 2012.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan dan teguran daripada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Insya Allah ianya amat bernilai di dalam meneruskan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat di negeri ini.   PEMBINAAN RUMAH KOS RENDAH   Walau bagaimanapun saya ingin menafikan dakwaan daripada Yang Berhormat Sg. Pelek bahawa di bawah Pakatan Rakyat tidak lagi dibina Rumah Kos Rendah (RKR) di Selangor. Sepertimana jawapan saya kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Permatang pada sidang ini bahawa RKR masih dibina di Selangor (Pertanyaan No. 48).   Perkara ini telah juga saya laporkan pada Sidang Dewan yang lepas ketika menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Lembah Jaya Pada 17 November 2011 (Pertanyaan No. 47).   Jawapan saya ketika itu adalah 3,317 unit RKR sedang dibina. Sejumlah 10,338 unit dalam proses pemulihan. Sementara 8,579 unit RKR telah mendapat kelulusan untuk dibina. Jumlah unit RKR yang akan memasuki pasaran adalah 22,234 uni

UCAPAN YB ISKANDAR A. SAMAD, YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN PADA 21 APRIL 2012.

Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita  berkumpul di Pusat Tarbiyyah Pandan pagi ini. Bagi pihak PAS Kawasan Pandan saya ingin mengucapkan selamat datang kepada tetamu khas kita pagi ini, Yang Berusaha Dr. Ahmad Suhaimi Mokhtar, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS. Saya yakin kehadiran beliau akan dapat menyemarakkan semangat para pejuang PAS di kawasan Pandan bekerja dengan lebih gigih lagi. Selamat datang juga kepada para jawatankuasa, para perwakilan, para permerhati dan para tetamu dari wakil parti-parti Pakatan Rakyat, masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah, JMB-JMB, MC-MC, KRT-KRT dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang telah sama-sama hadir untuk menyerikan dan menjayakan program kita hari ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah memberi sumbangan sehingga impian kita untuk memiliki sebuah bangunan menjadi realiti. Bangunan ini adalah milik kita bersama. Ia bukan milik mana-mana jawata