Skip to main content

Iskandar : Pembaikan Pangsapuri Teratai dipantau oleh MBSA.

SHAH ALAM, 12 APRIL 2012 : Kerajaan Selangor akan meletakkan seorang jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memantau kerja-kerja membaik pulih kerosakan bumbung dan rumah akibat ribut Februari lalu di Pangsapuri Teratai, Seksyen U16, Taman Bukit Subang, di sini sehingga selesai.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu dibuat kerajaan negeri selepas mengadakan mesyuarat tempoh hari bersama Penasihat Persatuan Penduduk, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Teratai, MBSA, Lembaga Perumahan dan Hasil Negeri (LPHS) serta wakil Ahli Parlimen Shah Alam.

Iskandar berkata, pihak JMB juga diminta untuk memberi kerjasama dengan memaklumkan kepada jurutera bertugas tentang pembaikan yang masih belum dilaksanakan.

"Berdasarkan hasil mesyuarat yang dilakukan pada 5 April lalu, kerajaan negeri mengarahkan pihak kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja di Blok 1 dan 2 serta memantau ke blok-blok lain dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dalam masa dua minggu (19 April)," katanya.

Iskandar juga memaklumkan, pihak kontraktor tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tuntutan sehingga semua kerja-kerja selesai.

Beliau berkata, sekiranya masih terdapat sebarang permasalahan, penduduk boleh melaporkan terus kepada pegawai LPHS, Mohd Azuan di talian 016-2262484.

"Penduduk-penduduk Blok 1 dan 2 yang mengadakan demonstrasi sebelum ini tidak dimaklumkan bahawa pihak JMB telah menerima arahan berhubung kerja-kerja pembaikan tersebut.

'Kerja-kerja pembaikan juga dianggarkan hanya sekitar RM160,000 sahaja dan bukan RM480,000 seperti yang didakwa," tegasnya.

Pada 5 Februari lalu, Blok 1 dan 2 di Pangsapuri Teratai yang dimiliki swasta mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung dan rumah akibat ribut petir.

Bagaimanapun atas keprihatinan terhadap permasalahan penduduk, kerajaan Selangor menawarkan pembaikan bumbung melalui Skim Ceria dengan mengarahkan MBSA untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut - Afeeqa Afeera, Media Selangorku.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...