Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Isu Ustaz Nasha : Pemimpin, ahli PAS dinasihati "tutup mulut".

Oleh Nurkhairini Jumari, Sinar Harian. SHAH ALAM –  Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad menasihati  pemimpin dan juga ahli Pas supaya berhenti mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung tindakan yang bakal dihadapi oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pada 9 September ini. Menurutnya, sepatutnya tidak perlu sebarang kenyataan dan spekulasi dari pemimpin mahupun ahli Pas kerana perkara tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan. "Kita tunggu sahajalah 9 September ini, tidak perlu sebarang spekulasi. "Kita terima apa juga keputusan yang dibuat Majlis Syura," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tindakan pemimpin yang membuat spekulasi mengenai sesuatu isu yang sudah diberi kuasa kepada Majlis Syura membuat keputusan umpama menghina Majlis Syura itu,. "Jika sesuatu kes dibawa ke mahkamah dan kita mengulas kes tersebut seumpamanya menghina mahkamah. "Begitu juga dalam hal ini. Jika sudah

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk pelajar-pelajar UPSR di Surau Taqwa, Pandan Indah.

30 Ogos 2012 - Mesyuarat tentang jenayah yang meningkat di Kg Baru Ampang.

30 Ogos 2012 - Mesyuarat tentang jenayah yang meningkat di Kg Baru Ampang.

Kerja-kerja pembinaan lebuhraya bertingkat Besraya di hadapan Blok L13 Pandan Jaya lewat 3 bulan kerana lambat mendapat kelulusan Syabas untuk mengalihkan saluran bekalan air. Satu lawatan tapak telah dilakukan petang tadi ( 28 Ogos 2012 ) bersama Besraya, IJM, LLM dan MPAJ.

j

KENYATAAN AKHBAR TENTANG AIR PERCUMA DI SELANGOR.

Migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas. Pada awalnya Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan. Tetapi setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan. Dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri. Satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu. Ini bermakna bagi pemilik yg tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu. Sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma. Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan 2 program utk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma. Ianya adalah, 1.) Program Kupon Air

12 Ogos 2012 - Berucap selepas kuliah Subuh Ustaz Farhan di Surau Mutmainnah, Pandan Perdana.

Edaran Khas Syawal 1433

15 OGOS 2012 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SURAU AL-HIDAYAH, LORONG BAHAGIA 5, KG. PANDAN DALAM.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DI SURAU RAHMANIAH, TAMAN DAGANG 15 OGOS 2012.

PENGURANGAN 25 PERATUS CUKAI TAKSIRAN UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH.

1. Kelayakan. a. Pangsapuri yang didiami sendiri oleh pemilik. b. Pangsapuri yang didiami oleh waris pemilik, sama ada pemilik masih hidup atau telah meninggal dunia. c. Pemilik yang tidak mempunyai tunggakan. 2. Berkuatkuasa serta-merta iaitu bagi tempoh Julai-Disember 2012. 3. Bagi yang telah membayar untuk tempoh tersebut, pengurangan 25 peratus ini akan dibawa ke hadapan untuk tempoh Januari-Jun 2013, oleh itu pemilik akan mendapat pengurangan 50 peratus untuk tempoh Januari-Jun 2013. 4. Pengurangan akan diberikan "on the spot" bila pemilik yang layak membuat membayaran di kaunter pembayaran Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dengan mengemukakan borang khas yang telah sahkan. 5. Borang ini boleh didapati daripada, a. Pihak Berkuasa Tempatan b. Dimuat turun ( download ) daripada laman web resmi Kerajaan Negeri Selangor. c. Dicetak di dalam Selangor Kini dan Selangor Times. 6. Tarikh borang-borang ini mula boleh diperolehi, muat turun atau cetak – Sebelum 15 September 2012. 7.