Friday, April 11, 2025

FIKIR SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA SMK PANDAN INDAH.











Pagi 9 April 2025, bagi pihak NGO Pertubuhan Forum Kesedaran Rakyat Negeri (Fikir Selangor), saya telah menyampaikan sumbangan-sumbangan untuk cabutan bertuah Mesyuarat Agung PIBG SMK Pandan Indah, Selangor. Sumbangan telah diterima oleh YDP PIBG, Tuan Muhammad Zaharuddin Ali dan wakil sekolah. Mesyuarat agung akan berlangsung pada 12 April 2025.

AL-FATIHAH UNTUK ABANG MOHAMAD B NORDIN.








Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allhlahyarham Abang Mohamad b Nordin yang telah kembali menemui Illahi di kediamannya di Taman Kencana sebelum waktu Subuh 9 April 2025. Takziah kepada isteri beliau Kak Ramlah serta seluruh keluarga Allahyarham. 

Didoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai Allah SWT. Diampunkan dosa-dosa dan dikurniakan Jannah.

Sedih juga apabila di saat-saat sedemikian merupakan peluang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang datang dari jauh dan dekat. Contohnya Tuan Haji Mustafa Zaine yang bertolak selepas Subuh dari Kuala Selangor untuk menziarahi Allahyarham.

Alhamdulillah saya telah sempat untuk menunaikan solat jenazah di Masjid Nurussaadah, Kg Cheras Baru. Anak Allahyarham, Ustaz Firdaus telah mengimamkan solat jenazah.

Friday, April 4, 2025

24 JAM ADALAH TERLALU LAMA DI DALAM POLITIK.

Manusia sentiasa berubah. Masyarakat sentiasa berubah. Suasana politik juga berubah dari masa ke semasa. Seorang Perdana Menteri UK pernah berkata seminggu adalah terlalu lama di dalam politik. Walau bagaimanapun di dalam dunia hari ini bukan seminggu tetapi 24 jam adalah terlalu lama di dalam politik. Mereka yang tidak berubah seiring dengan perubahan yang berlaku akan ketinggalan.


Telah hampir 5 tahun sejak Perikatan Nasional ditubuhkan. Ketika ia ditubuhkan, Perikatan Nasional adalah kerajaan Persekutuan. Tan Sri Muhyidin Yassin adalah Perdana Menteri. Hari ini beliau bukan lagi Perdana Menteri. Dulu Perikatan Nasional adalah kerajaan Persekutuan tetapi hari ini adalah pembangkang. Negara telah melalui 2 pilihan raya. Pilihan raya umum dan pilihan raya negeri. PAS hari ini memiliki 4 Menteri Besar. Ada yang dulu Ahli Parlimen bukan lagi Ahli Parlimen. Ada yang dulu bukan Ahli Parlimen hari ini adalah Ahli Parlimen.

Suasana politik hari ini telah berubah. Sudah tentu rakyat juga telah juga berubah. Harapan mereka, aspirasi mereka, pandangan mereka, keperluan mereka dan persepsi mereka telah juga berubah. Tambahan pula di bawah Pakatan Harapan tumpuan diberikan untuk menekan dan mewujudkan persepsi yang buruk terhadap Perikatan Nasional. Pembohongan yang diulang-ulang akan dilihat sebagai kebenaran. Perikatan Nasional perlu lebih bersih dari bersih.

Justeru Perikatan Nasional perlu responsif terhadap suasana politik yang baharu. Rakyat mengharapkan pembelaan tetapi rakyat hari ini lebih bijak. Mereka menilai dan menyuarakan pandangan mereka menerusi pelbagai saluran. Pemimpin politik tidak boleh memekakkan telinga atau membutakan mata. Mereka tidak lagi memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan. Rakyat akan mempertikai dan mempersoal walaupun mereka menyokong Perikatan Nasional. Kadang-kala mereka yang berada di luar kotak mempunyai pandangan yang lebih luas dan lebih tepat.

DIALOG URA BERSAMA PENDUDUK DI PETALING JAYA 25 MAC 2025.

Selepas dialog Akta Pembangunan Semula Bandar / Urban Renewal Act (URA) bersama penduduk di Petaling Jaya 25 Mac lepas.

Wednesday, April 2, 2025

SOLAT TARAWIH DI KUIZM.




Pada 19 Mac 2025, saya telah bersolat Tarawih di KUIZM, Taman Melewar, Gombak. Ada tazkirah yang menceritakan tentang strategi licik Yahudi untuk menubuhkan negara haram Israel. Sedikit demi sedikit mereka mengambil alih tanah di Palestin. Pada mulanya dengan membeli tanah-tanah penduduk berbangsa Arab dan akhirnya menghalau dengan kekerasan penduduk Arab dari kampung-kampung mereka. Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar kejadian di Palestin tidak berlaku di negara mereka.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PARA MURABBITUN.





















Saya telah merasmikan majlis penyampaian sumbangan kepada para Murabbitun oleh Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat pada 22 Mac 2025 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Tahniah kepada Dr Rosni Adam dan team beliau yang telah bekerja keras. Para Murobbitun adalah aktivis-aktivis parti yang ikhlas bekerja di peringkat akar umbi dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan atau pujian.

LAWATAN TUN MAHATHIR KE KG. SG. BARU, KG BARU.




























Saya telah turut serta pada lawatan dan sidang akhbar Tun Mahathir di Kg Sg Baru, Kg Baru, Kuala Lumpur pagi tadi, 23 Mac 2025. Semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kekuatan kepada penduduk.

PAS–UMNO : YANG PENTING PERSEFAHAMAN, BUKAN SIAPA MEMIMPIN.

Bagi saya, persoalan siapa yang mengetuai kerjasama antara PAS dan UMNO atau antara PN dan BN bukanlah perkara yang paling penting. Apa yang...