Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 & Penggantungan TYDP MPAJ

Mohon maaf kerana lama tidak update blog ini. Pada hari Isnin 22 Oktober, saya telah dimasukkan ke Hospital Pantai Indah, Pandan Indah kerana disyaki mengidap demam denggi. Di samping itu, saya juga telah terkena jangkitan paru-paru. Pada hari Rabu, doktor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengidap paru-paru berair atau "pneumonia". Hanyalah pada tengah-hari Jumaat 26 Oktober saya telah dibenarkan keluar setelah saya mendesak. Walau bagaimanapun, masih pening-pening dan tidak boleh meneruskan tugas seperti biasa. Amat mengecewakan kerana Ramadhan pertama sebagai wakil rakyat saya tidak dapat menziarahi kesemua surau-surau di dalam kawasan DUN saya, apa nak buat kita hanya dapat merancang. Walau bagaimanapun Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua. InsyaAllah rumah terbuka DUN Chempaka akan diadakan pada hari Sabtu 11 Okober 2008, 10.30 pagi hingga 1.00 petang di Padang Pebandaran Ampang Jaya. Depan Balai Bomba Pandan Indah. Seluruh rakyat Malaysia dijem

LEMAH DALAM KUAT?

Memang tidak dapat dinafikan program-program yang melibatkan pimpinan PAS di Selangor semakin bertambah sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac yang lalu. Kalau dulu hanya program-program Parti sahaja yang menonjolkan pemimpin-pemimpin Parti tetapi sekarang ini terdapat program-program kerajaan negeri yang memberi pendedahan kepada pimpinan Parti terutamanya yang menjadi ADUN atau Ahli Parlimen. Kalau dulu hanya di markas-markas sahaja tetapi sekarang di masjid, di surau, di dewan serbaguna, di balairaya malah di pejabat agensi-agensi kerajaan negeri, pimpinan PAS boleh berucap. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana kita akan berupaya melebar luas pengaruh Parti atau sekurang-kurang meletakkan pimpinan kita di tengah-tengah masyarakat tetapi saya agak bimbang dengan perkembangan sedemikian. Kenapa tidaknya kerana ramai di antara kita yang hanya bergerak di atas platform kerajaan negeri. Contohnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai ADUN, ADUN-ADUN akan menganjurkan program-p

Isu Kubur Taman Bukit Permai 2 Menjadi Rumit Dengan Campurtangan Orang Luar

Penglibatan YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras di dalam dialog membincang cadangan pembinaan tanah perkuburan Islam di Ampang telah menaikkan kemarahan umat Islam. Dialog yang diadakan pada 6 September lepas telah dianjurkan oleh ADUN Teratai, YB Jenice Lee Ying Ha, dan bertujuan untuk mendengar pandangan penduduk tentang cadangan tersebut. YB Tan telah dijemput oleh YB Jenice untuk mempengerusikan majlis dialog dan tindakan ini telah dibantah oleh penduduk yang menyokong pembinaan kubur kerana YB Tan adalah orang luar. YB Tan pula berkata beliau hadir kerana mahu menegakkan keadilan. Saya telah hadir pagi itu di atas arahan MB semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) dan terkejut kerana seorang ahli Parlimen dari Kuala Lumpur hadir untuk mempengerusikan dialog membincangkan isu negeri Selangor! Betul, beliau mahu menegakkan keadilan tetapi adakah negeri Selangor terlalu kekurangan orang-orang yang boleh menegakkan keadilan sehingga terpaksa memanggil orang luar? Kehadi

ORANG ISLAM PERLU JUGA PERHATIAN

DBKL mengambil tindakan pantas menukar tanda-tanda jalan dari yang mempunyai tulisan jawi kepada yang mempunyai tulisan Cina apabila dibantah oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputih. Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembankang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan? Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam. Saya yakin tindakan itu adalah untuk menimbulkan rasa “insecure” atau tidak selamat orang Melayu. Orang Melayu hendak ditakut-taku

KE MANA PERGINYA "ENGAGEMENT"?

Ada seorang pemerhati bukan Islam telah membuat ulasan di dalam internet bahawa Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini adalah lebih kurang sama dengan Perhimpunan Pemuda UMNO …… hanya keris sahaja yang tidak dicabut ( ….. everything but the keris ). Saya tidak mahu membincangkan kewajaran ulasan tersebut tetapi perlu diselami kenapa ulasan sedemikian boleh dihasilkan. Adakah ia pendapat seorang atau ramai yang berpendapat sedemikian? Kita boleh berhujjah bahawa ianya merupakan hak kita untuk berkata apa yang kita suka di Muktamar kita tetapi akhirnya kita perlu berdepan dengan mereka yang mula merasa curiga terhadap PAS. Mungkin bukan mereka yang berada di kawasan-kawasan “Malay heartland” seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tetapi yang akan merasakan sebarang kesan adalah mereka di kawasan-kawasan seperti di Lembah Kelang dan di sekeliling Lembah Kinta. Memang benar kita perlu membuat penegasan tentang dasar perjuangan kita tetapi kenapa begitu “defensive”? Seolah-olah apabila kita men