Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

KENYATAAN AKHBAR : KEROSAKAN LIF-LIF DI TAMAN PERMAI INDAH, KLANG.

Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri  Selangor telah bersetuju  membaikpulih lif-lif di 3 buah pemajuan.   Pemajuan-pemajuan tersebut adalah, 1.) Pangsapuri Desa  Mentari, Petaling Jaya - RM557,300 2.) Pangsapuri Taman Permai Indah, Klang - RM600,000 3.) Pangsapuri Taman Ampang Mewah, Ampang - RM480,000   Bagi Pangsapuri Taman Permai Indah, kerja-kerja membaikpulih 8 lif telah dimulakan pada 22 Mac 2010 .   Setelah kerja-kerja membaikpulih berakhir, Sijil Perakuan Siap Kerja telah dikeluarkan kepada 8 lif itu secara berperingkat-peringkat pada  27 Julai , 7 Julai, 10 Ogos dan 22 November 2010.   Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ) pula telah mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat ( PMA ) untuk mengesahkan bahawa lif tersebut selamat untuk digunakan pada 29 Disember 2010.   Walau bagaimanapun, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ( LPHS ) telah melakukan semakan inventori secara menyeluruh untuk bangunan bertingkat di selur

KERAJAAN NEGERI TUBUH JAWATANKUASA KHAS UNTUK PANTAU JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK - 5 Jun 2013.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memandang serius campur tangan ejen hartanah yang menawarkan harga yang tinggi kepada pemilik perumahan Bukit Botak, di Selayang, baru-baru ini. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk terbabit apabila didatangi ejen hartanah yang ingin membeli kediaman mereka pada harga RM290,000 seunit sebelum dijual kepada pihak lain yang diiklankan menerusi internet. "Kerajaan negeri pandang serius kerana tak mahu pembeli rumah bukit botak dieksplotasi ejen hartanah itu. "Kerajaan negeri tubuh jawatankuasa khas untuk bantu mereka yang benar-benar mahu menjual tersebut tanpa melibatkan orang tengah yang mengaut keuntungan tinggi," katanya pada sidang media di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini. Projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang melibatkan 1,400 pemilik tanah, merangkumi kawasan seluas 55.2 hektar. Projek terbengkal

SASARAN 5 TAHUN DILANCAR - Sinar Harian 2 Mei 2013.

Iskandar (dua, kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang media pelancaran Sasaran Lima Tahun Manifesto Dun Chempaka 2013 hingga 2018 di Pusat Tarbiyyah Pandan, semalam. PANDAN INDAH - Penyandang kerusi Dun Chempaka, Iskandar Abdul Samad melancarkan Sasaran Lima Tahun Manifesto Dun Chempaka 2013 hingga 2018 yang akan dilaksanakan sekiranya beliau terus diberi mandat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Iskandar berkata, selain manifesto ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan negeri, manifesto berkenaan adalah khusus untuk pengundi dan penduduk kawasan Chempaka. Beliau berkata, apa dibentangkannya itu bukan lagi di peringkat angan-angan, tetapi pihaknya sudah membuktikannya sebelum ini dan terdapat tambahan dan beberapa perkara baru yang terkandung dalam manifesto tersebut. “Banyak sasaran atau rancangan sebelum ini berjaya kami laksanakan dalam tempoh pentadbiran selama lima tahun ini. "Disebabkan permintaan yang sangat tinggi daripada masyarakat t