Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A SAMAD : PEMUSATAN GERAI-GERAI FLAT TAMAN DAGANG UNTUK MENGELAKKAN WABAK KENCING TIKUS DAN MENGEMBALIKAN KAWASAN REKREASI KEPADA PENDUDUK.

Sebagai Ahli Dewan Negeri saya telah menerima banyak aduan tentang masalah tikus di Flat Taman Dagang, Ampang. Berdasarkan beberapa lawatan tapak ke kawasan perumahan tersebut, saya bersetuju dengan pandangan bahawa sampah dan sisa-sisa makanan daripada gerai-gerai di situ merupakan salah satu punca berlakunya pembiakan tikus. Gerai-gerai yang dibina di atas kawasan rekreasi dan kawasan lapang termasuk di tepi-tepi jalan tidak mempunyai sistem pengurusan sampah dan sisa makanan yang efektif. Saya mendapati sisa-sisa makanan dan lebihan minyak masak tidak diuruskan dengan sempurna. Adalah tidak memadai usaha-usaha yang berasingan tetapi satu penyelesaian yang menyeluruh perlu dilaksanakan sekiranya masih ada keperluan untuk gerai-gerai tersebut. Oleh yang demikian, cadangan untuk memusatkan gerai-gerai itu berupaya menyelesaikan masalah yang selama ini ditanggung oleh penduduk. Saya berharap penduduk dapat menerima penyelesaian "menang-menang" ini walauun ada desakan yang mahu

Kenyataan Akhbar YB Iskandar A. Samad - PENDIDIKAN ANAK-ANAK PELARIAN ROHINGYA : KEMENTERIAN PENDIDIKAN TIDAK BOLEH LEPAS TANGAN.

Statistik terkini menunjukkan terdapat lebih 30,000 pendatang Rohingya di negara kita. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak di dalam peringkat umur persekolahan. Walau bagaimanapun kerana mereka berstatus pelarian, kanak-kanak tersebut tidak boleh memasuki sekolah-sekolah kerajaan. Sudah tentu mereka juga tidak mampu memasuki sekolah-sekolah swasta. Akhirnya mereka sama ada tidak bersekolah atau menerima pendidikan di sekolah-sekolah yang diwujudkan oleh komuniti mereka sendiri. Tidak hairanlah jika sekolah-sekolah ini serba kekurangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri, saya sering menerima permohonan bantuan dari sekolah seperti itu di kawasan saya. Kekurangan kelengkapan adalah satu masalah tetapi perkara yang lebih besar adalah kurikulum sekolah-sekolah tersebut. Walaupun kanak-kanak ini bukan rakyat Malaysia tetapi mereka menetap di Malaysia dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan. Lebih-lebih lagi kita tidak tahu berapa lama mer

Betul ke orang Melayu tidak mampu?

Isu UiTM kembali panas bila Setpol Lim Kit Siang, Dyana Sofya, telah bangkitkan isu itu baru-baru ini. Dulu pelajar-pelajar berarak ke SUK apabila MB Sgor cadang buka UiTM kepada semua bangsa. Tapi MB hanya sekadar melontar idea sahaja. Yg marah kata ini akan mengurangkan tempat utk pelajar Melayu. Ada juga dari mereka kata pelajar bukan Melayu walaupun sebilangan kecil akan mendominasi UiTM. Top  student mereka, pemimpin pelajar mereka dan juara sukan pun mereka. Teruk sangat ke org Melayu sehingga tak boleh bersaing dgn bangsa lain?  Saya berpandangan kalau dibuka utk peratus yg kecil pelajar bukan Melayu eg 1-2% mungkin akan memberi manfaat kpd pelajar-pelajar Melayu. Ia memberi peluang kpd mereka utk belajar bekerjasama dan bersaing dgn pelajar bukan Melayu. Apabila mereka keluar bekerja, semua bangsa akan bekerja dan bersaing bersama. Tentang masalah didominasi? Masa PAS hendak dibuka kpd org bukan Islam melalui Kelab Penyokong, terdapat juga di antara ahli yg mempu