Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Selcat lagi ......

Seperti kenyataan saya yang disiarkan oleh NST dan Malaysian Insider, isu Selcat ini merupakan permainan media-media BN. Isunya kecil sahaja. Dato' Hasan Ali tegur Selcat. Membuat beberapa cadangan. So what? Nak melenting buat apa? Tegur pun tak boleh ke? Pemimpin DAP pun ada mengkritik polisi kerajaan negeri Selangor secara terbuka tetapi tidak pula ia dibesar-besarkan. Mungkin BN tahu DAP lebih padu dari PAS. Tidak mudah dipecah-pecahkan. Sepatutnya isu ini sudah dapat dimatikan dua tiga hari lepas tapi berlaku sambut menyambut, sahut menyahut, hentam menghentam, belasah membelasah dan bantai membantai. Dalam seminggu dua lagi isu ini mungkin hilang. Hilang sebab akhbar-akhbar tidak lagi menyiarkannya lagi. Mungkin ada isu baru. Mungkin ada bencana alam di mana-mana. Mereka menghidupkan isu, mereka mematikan isu. Kita hanyalah biji-biji dam di atas papan yang ditolak sesuka hati. Yang pandai, yang bodoh, yang pintar, yang pekak, semua tidak terkecuali. Saya tahu, Allahyarham bapa

From JFK International Airport, New York.

From: Diplomat Walter James JFK International Airport, USA Tel: +2127846013 Email:nationaldiplomatss@megamail.pt Urgent Attention, I am a Diplomat Walter James. Mandated to deliver your inheritance to you in your country of residence. The funds total US$6.4 Million where package in two box and you were made the beneficiary of these funds by a benefactor Mallam Sanusi Lamido Sanusi the newly appointed Governor Central Bank of Nigeria. I am presently at JFK International Airport here in the United States of America and before I can deliver the package (funds) to you, you have to reconfirm the following information so as to ensure that I am dealing with the right person. 1. Full Name 2. Residential Address 3. Age 4. Occupation 5. Direct Telephone Numbers 6. A Copy of Your Identification. After verification of the information with what I have on file, I shall contact you so that we can make arrangements on the exact time I will be bringing your package to your resid

Beraya di Terengganu Pt. 3

Pagi tadi dapat call, katanya dari Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut. Dia membaca blog ini dan mendapati saya berada di Besut. Tidak disangka ada orang sejauh Terengganu yang membaca blog saya. Beliau menjemput saya ke majlis Hari Raya PAS Kawasan Besut pagi tadi. Yang Dipertuanya turut menghantar SMS menjemput saya. Di sana berjumpa dengan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang isterinya juga orang Besut. Beliau juga bertanya tentang isu Selcat dan berharap dapat diselesaikan segera. Saya menyatakan pendirian saya bahawa ianya non-issue. Tetapi teori lebih senang dari praktikal. Selepas majlis terus ke bandar Jerteh dan singgah di kedai nasi kandar. Mula-mula hendak makan roti canai tetapi anak saya yang Tahun 1 berkata, 'Telur dia tak basuh'. Memang benar, telur-telurnya bersalut tahi ayam. Menjijikkan, tangan yang memegang tahi akan menguli tepung. Jadi kami makan nasi. Walau bagaimanapun ketika kami hendak balik, sebakul telur-telur yang telah dibasuh bersih dibawa dari dapur. Nasi ka

Beraya di Terengganu Pt. 2

Pada saya isu ini sengaja dimainkan oleh media-media BN bertujuan untuk menggugat Kerajaan Pakatan Negeri Selangor. Jangan marahkan mereka, itu tugas mereka. Media Pakatan atau pro Pakatan pun melakukan yang sama terhadap BN. Mereka cuba menggambar Exco-Exco berpecah. Dato' Hasan duri dalam daging Kerajaan Pakatan. Sedang berlaku perebutan kuasa di antara MB dan Speaker. Ini perkara biasa bagi akhbar-akhbar. Itu sebabnya mungkin Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah berkata beliau tidak pernah risau sebab beliau tidak membaca Utusan Malaysia dan The Star. Yang salah kita, yang menyambar umpan media-media itu. Macam-macam ada. Malah ada ahli Parlimen bukan PAS yang mahu Dato' Hasan ditukarkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Mungkin beliau menyangka beliau lebih besar dari Presiden PAS atau saudara-mara beliau yang melantik Dato' Hasan. Kita janganlah jadi ikan keli di kolam yang apabila dicampak perut ayam terus menyambar atau beruk di sarkis apabila diumpan pi

Beraya di Terengganu

Akhirnya kami sampai di Besut jam 5.15 petang tadi. Anak-anak gembira sebab bukan selalu dapat balik berjumpa nenek mereka, mak mertua saya. Sebenar kami sekeluarga bertolak jam 6 petang semalam setelah 2 hari beraya di Pandan Indah dan Keramat, kampung saya. Tetapi sebab terlalu penat kami telah bermalam di sebuah hotel di Kuala Lipis. Jam 10.30 pagi tadi bertolak semula. Jangka hendak bertolak awal tapi kena menjawab emel dan update blog. Banyak isu-isu panas hari ini. Kuala Lipis atau Lipis sahaja memang indah. Dengan sungai dan hutannya, ianya mempunyai potensi sebagai pusat tarikan pelancongan. Di hotel yang kami bermalam terdapat beberapa Mat Salleh yang turut tinggal. Semasa saya minat 'jungle treking' masa muda-muda dulu, ada cita-cita hendak meredah hutan di Lipis. Lipis juga pernah menjadi ibu negeri Pahang. Ketika itu sungai merupakan penghubung utama bandar-bandar di Tanah Melayu bagaikan lebuh raya tetapi tidak ada tol. Yang ada mungkin lanun-lanun sungai yang meme

Kebebasan bersuara di dalam Pakatan Rakyat?

Saya amat terkejut apabila ada pihak yang begitu marah apabila Exco Selangor Dato' Hasan Ali membuat teguran tentang Selcat. Saya tidak ingin menyenaraikan nama mereka yang marah atau secara terperinci teguran-teguran itu kerana ianya tersebar luas di dalam akhbar-akhbar. Tetapi saya terkejut kerana Pakatan Rakyat mendokong kebebasan bersuara tetapi ada pemimpin-pemimpinnya yang cuba menyekat Dato' Hasan dari bersuara. Kenapa kita menjadi cakap tidak serupa bikin? Kita kerap mengkritik UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak memberi hak kebebasan bersuara atau menegur kepada pemimpin atau ahli-ahlinya. Tetapi sekarang nampaknya kita sudah hendak menjadi seperti UMNO dan Barisan Nasional kerana kita juga hendak mengamalkan polisi sekat-menyekat ini. Sesiapa yang bersuara akan dicap sebagai hendak menubuhkan kerajaan perpaduan atau bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar. Juga saya terkejut di dalam isu Selcat ada yang menganggap bahawa ianya sudah "perfect". Ingin say

Amaran Kepada Syarikat-Syarikat Pengurusan Bangunan

Saya memberi amaran keras kepada syarikat-syarikat pengurusan bangunan agar jangan mengugut penduduk pangsapuri-pangsapuri. Saya mendapat aduan bahawa terdapat syarikat-syarikat pengurusan yang telah memberi amaran akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penduduk jika mereka mendedahkan kegagalan syarikat-syarikat itu melaksanakan tanggung jawab mereka. Nama pengarah syarikat-syarikat tersebut akan diedarkan kepada semua pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan dipamerkan agar orang ramai dimaklumkan akan nama-nama mereka yang tidak bertanggung jawab itu. PBT-PBT tidak boleh melantik syarikat yang mempunyai pengarah yang telah disenarai hitam. PBT juga telah diarah untuk membantu sehingga penduduk dapat menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Board (JMB) yang akan mengendalikan pengurusan sesebuah pembangunan. Hanyalah apabila satu jawatankuasa tidak dapat ditubuhkan maka PBT boleh melantik syarikat pengurusan untuk menguruskan pembangunan itu. Pada 17 Septembe

Bukit pun hendak hendak memberitahu kita sesuatu......

Pada pagi Jumaat lepas, ketika ramai umat Islam sedang bersiap-siap untuk balik beraya di kampung, garis panduan pembangunan di tanah tinggi Kerajaan Negeri Selangor telah dibentangkan kepada para pemaju, profesional, NGO dan sesiapa sahaja yang berminat. Pada bulan April tahun lepas, Kerajaan Negeri telah melarang sebarang pembangunan di tanah-tanah kelas 3 dan 4. Tanah kelas 3 adalah yang mempunyai kecerunan 25 darjah hingga 35 darjah. Sementara kelas 4 adalah yang 35 darjah ke atas. Keputusan itu telah dibantah oleh pemaju-pemaju yang berkata teknologi masa kini membolehkan mereka membina di mana-mana dengan selamat. Tetapi tiba-tiba berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Beberapa nyawa telah terkorban. Maka redalah sedikit bantahan-bantahan itu. Tetapi Kerajaan Negeri sentiasa mendengar kepada pandangan semua pihak. Pemaju berkata mereka rugi kerana tanah yang mereka beli tidak dapat dimajukan. Terdapat kes-kes di mana peratusan tanah

Exco-Exco Selangor di pagi Raya 2009.

Kelihatan sebahagian dari Exco-Exco Selangor sebelum mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor sempena Hari Raya Aidil Fitri 20 September 2009. Dari kiri, YB Ronnie, YB Dato' Hasan, saya, YB Xavier dan YB Ean berbaju Melayu sebelum bertolak ke Istana Kayangan, Shah Alam.

Denial Syndrome : Jangan jadi macam UMNO!

Semua orang tahu selepas kalah teruk dalam PRU12, UMNO Pak Lah dilihat enggan mengakui kesilapan dan kelemahan mereka. Hidup diteruskan seolah-olah tiada apa yang telah berlaku. UMNO wujud di dalam keadaan menafikan bahawa terdapat sebarang kelemahan pada diri mereka. Hanyalah UMNO Najib membuat sedikit perubahan. Walau bagaimana pun, Samy Vellu dan MIC masih seperti dulu sehingga Tun Mahathir pun masuk campur. "Denial syndrome" ini amat bahaya tertutamanya di dalam politik. Seseorang atau sesuatu organisasi akan sentiasa merasakan ia betul atau "perfect", tiada cacat dan cela. Akhirnya apabila tiba keputusan pilihanraya, barulah terduduk! Itu sebabnya perlu ada "check and balance". Tidak boleh melarang perbezaan pendapat. Sama ada dibuat secara terbuka atau tertutup, itu subjektif. Bergantung kepada isu. Tetapi jika pakatan itu kuat, tidak perlu bimbang. Kita mesti bersikap terbuka. Kita mesti boleh menerima apa sahaja kritikan. Tetapi betul ke ada perb

Selcat : Saksi didakwa, pesalah terlepas???

Minggu terakhir Ramadhan heboh cerita tentang Selcat. Saya mendapat banyak komen dari orang ramai bahawa Selcat tu bagus tapi cara pengendaliannya dikatakan tidak berhemah. Kata mereka cara soalan-soalan diajukan agak kasar, menengking, mengherdik, memperbudak-budakkan dan tidak memberi peluang kepada mereka yang dipanggil untuk membela diri. Yelah kalau di mahkamah kurang-kurang ada peguam bela dan tertutup tetapi di Selcat tidak ada peguam bela dan "live" kepada seluruh dunia untuk melihat. Pada saya Selcat ini perlu kerana kita hendak membongkar penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu. Mereka yang enggan memberi kerjasama mesti diambil tindakan ke atas mereka. Kakitangan kerajaan mesti setia kepada "the government of the day". Tetapi tidak perlu kita "menghukum" para saksi walhal pesalah-pesalah yang sebenar terlepas begitu sahaja. Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mendengar kepada rakyat dan dalam hal ini Dato' Men

PENURUNAN SEWA RUMAH PPR UNTUK LEBIH RAMAI PENYEWA.

Kerajan Negeri Selangor telah menerima banyak rayuan dari penyewa-penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak mampu membayar sewa RM250 sebulan. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang lepas pada bulan Jun 2007 telah membuat keputusan sewa bulanan rumah ppr dinaikkan dari RM124 ke RM250 sebulan. Memandangkan ramai penyewa telah menghadapi masalah, pada bulan November 2008 Kerajaan Negeri Selangor telah menurunkan sewa balik kepada RM124 bagi mereka yang berpendapatan kurang dari rm 1,500 yang mempunyai lima orang ahli keluarga. Sukacita dimaklumkan mesyuarat Exco hari ini bersetuju untuk menurunkan sewa bagi lebih ramai penyewa. Semua mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan layak mendapat pengurangan sewa tanpa mengira bilangan ahli keluarga. Penyewa yang berpendapatan melebihi RM1,500 juga layak menerima pengurangan sewa bergantung kepada bilangan ahli keluarga mereka. Mereka yang mempunyai 4 hingga 7 orang anak layak mendapat pengurangan jika pen