Tuesday, December 25, 2007

BERHARGANYA UNDI KAUM INDIA!

Akhirnya 31 perserta himpunan Hindraf telah dilepaskan dari tuduhan cuba membunuh anggota Polis.

Pengguguran dilakukan hanya apabila Perdana Menteri meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas mereka atas alasan “mereka diperdaya pimpinan Hindraf dan sudah insaf”.

Dilaporkan juga bahawa Peguam Negara telah mempertimbangkan pendakwaan itu hanya selepas MIC menghantar wakil menemui beliau.

Ini menunjukkan kepada rakyat bahawa Peguam Negara bersedia untuk tunduk kepada kehendak-kehendak pemimpin BN.
Saya tetap dengan pendirian bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan mereka yang ditindas perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya tanpa mengira kaum. Tetapi sungguh mudah satu tuduhan yang begitu berat, cubaan membunuh, digugurkan atas dasar mereka yang dituduh telah insaf.
Jika begitu sesiapa sahaja boleh terlepas dari sebarang tuduhan dengan mengaku telah insaf dan tidak akan melakukannya lagi!

Keadilan ala Malaysia

Sama ada tuduhan membunuh itu adalah wajar adalah persoalan lain tetapi sungguh berkuasa Perdana Menteri Malaysia!

Beliau boleh sesuka hati mengarahkan Peguam Negara menarik balik mana-mana pertuduhan.

Begitu berkuasa juga kerana boleh mengarahkan sesiapa sahaja ditahan selama dua tahun di bawah ISA tanpa didakwa di mahkamah. Inilah keadilan ala Malaysia.

Saya melihat tindakan Perdana Menteri ini akibat dari sentimen di kalangan masyarakat India setelah himpunan Hindraf itu.

Pengundi India dikatakan akan menolak Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan beliau adalah semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan pengundi India.

Begitu berharga undi kaum India sehingga Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan mereka.

Pengundi Melayu “Dipandang sebelah mata”

Bandingkan dengan orang Melayu, orang Islam, di mana mereka hanya “dipandang dengan sebelah mata sahaja”!

Surau diroboh, penghuni setinggan dihalau seperti anjing, kawasan Melayu tidak dihiraukan, dan Islam dihina kerana pengundi Melayu tidak perlu dilayan dengan istimewa. Mereka tetap akan mengundi Barisan Nasional walau apa yang terjadi.

Berbanding dengan kaum-kaum lain orang Melayu adalah yang paling miskin. Peratus kemiskinan tegar di kalangan mereka adalah 8.3% sementara hanya 2.9% bagi India dan 0.6% bagi Cina.

Benar sungguh hadith Rasulullah SAW bahawa umat Islam di akhir zaman adalah seperti “buih-buih selepas banjir”, mereka ramai tetapi tidak memberi sebarang manfaat.

Are you and your family safe?

A former IGP, Tun Hanif Omar, in his column “Points Of View” (Sunday Star – 3rd August 2006) commenting on several snatch theft, rape and murder cases said, “They all make us worry about letting our womenfolk and daughters walk about or even drive in public places and carparks”.

If a former IGP feels unsafe, what about common people like us?

For us in Pandan, the attack on angkasawan Dr. Faiz Khaleed on 21st November shocked us all. He was robbed in front of his house in Taman Mawar.

Many Malaysians like Dr. Faiz had become victims of serious crimes. Our country is not that safe anymore with robberies, rapes and murders being very common these days. Even small children are not being sparred.

According to a study there is a marked increase in crimes commited :-

Violent Physical Crime
2003 - 22,790
2006 - 42,343
Increment - 85.6%

Rape
2003 - 4.0 per day
2006 - 6.7 per day
Increment - 65.8%

Overall Crime Comitted
2003 - 156,315
2006 - 226,836
Increment - 45.1%

Last year I had a meeting with the then Chief Police of Ampang Jaya, ACP Azri Ahmad, and was told that our police force is under strength.

How could this be allowed to happen?

If we can pay RM500 million in commissions to an agent when buying submarines then there is no excuse for not finding the extra cash for the security of the rakyat.

This year Petronas had already paid to the government RM48.3 billion in the form of taxes, dividends, royalties and export duties. I am sure that part of the money could be used to employ more policemen.

However, if the rakyat’s security is not on Barisan Nasional’s list of priorities then money would only be spent on extravagant projects that would only benefit the cronies and not ordinary rakyat like you and me.

The only way forward is to have a strong opposition in Parliament and the State Assemblies so that the Barisan Nasional could not just bulldoze their way through everything. Or better still, let us kick them out altogether.

Sunday, December 23, 2007

RESIDENTS IN DIRE NEED OF A BRIDGE - KALBANA PERIMBANAYAGAM ( MALAY MAIL )

Pandan Indah, 20 December 2007 - Residents of Taman Pandan Indah are flirting with danger every day as their children cross a busy road in Jalan Pandan Utama to reach a playground and schools on the opposite side.

Yesterday, some 20 parents and residents gathered in front of the Ampang Jaya Municipal Council’s field to express their concern. Hasnita Abdul Rahman, a 38-year-old teacher who was at the gathering, said she fears for her two children when they walk to their school daily.

“Though they are grown up and are able to cross the road on their own, I feel the traffic there is too dangerous for them.

“There have been three cases along the stretch involving two teenagers and an old man and I always fear for my children’s safety, ” she said.

Hasnita said the road is not only used by young children, but by many residents in the neighbourhood.

“Sometimes housewives and commuters of public transport cross the road to get to the mar- ket and bus stop,” she added. Another resident, Mohammed Taib Ismail, 40, shares the same sentiment and said that the MPAJ should help the residents by building a pedestrian bridge.

“It is the norm to see signs asking the public to use a pedestrian bridge rather than crossing at one’s own risk, especially on busy roads, but we don’t have a bridge here,” he said.

He said with a pedestrian bridge, the residents will be less worried about their children. Pandan Community Service Cent re ’s director Iskandar Abdul Samad, who had arranged for a Press conference, said he is worried for the safety of the residents, especially the children who use the road daily.

“There is an urgent need for a pedestrian bridge.” He also suggested that if the council could not build a pedestrian bridge, the least they could do is put a zebra crossing with a signal light to enable the children and residents to cross the road safely.

Iskandar drafted a formal letter regarding the pedestrian bridge which was submitted to the council officer yesterday.

He hopes that the council will give serious consideration to the proposal since lives are at stake.

Wednesday, December 19, 2007

MOTIVASI PELAJAR ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PANDAN 9 DISEMBER 2007.




SIDANG AKHBAR - PERMINTAAN PENDUDUK AGAR MPAJ MENYEDIAKAN JEJANTAS - 19 DIS '07.






PKMP / Am / 12-07 ( 2 )

18 Disember 2007

Kepada,
Tuan Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),
Menara MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah,
56100 Kuala Lumpur.

Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tuan,

PERMINTAAN PENDUDUK PANDAN INDAH (DEKAT SURAU AR-RAIHAN) AGAR MPAJ MENYEDIAKAN JEJANTAS DARI TAMAN MEREKA KE PADANG PERBANDARAN MPAJ, PANDAN INDAH.

Adalah dimaklumkan bahawa penduduk taman tersebut berharap pihak MPAJ dapat menyediakan sebuah jejantas menghubungi taman mereka dan Padang Perbandaran Ampang Jaya.

Menurut mereka, Jalan Pandan Utama di antara taman mereka dan padang itu adalah terlalu sibuk dengan lalulintas. Adalah amat merbahaya bagi penduduk terutamanya kanak-kanak untuk melintas.

Selain dari itu, terdapat pelajar-pelajar sekolah dari kawasan perumahan sekitar padang itu yang terpaksa melintasi jalan tersebut untuk ke sekolah-sekolah mereka di Jalan Pandan Ilmu.

Oleh itu, jejantas ini amat diperlukan oleh semua pihak maka perhatian dan tindakan pihak tuan adalah amat diharapkan.

Sekian. Terima kasih.


Yang benar,

T.T.

ISKANDAR ABDUL SAMAD
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PANDAN
019-298 9835

Wednesday, December 12, 2007

BUKAN SEKADAR ISU

Beberapa tahun lepas seorang kanak-kanak telah mati lepas di satu sungai di Selangor kerana menurut bapanya sungai tersebut telah menjadi merbahaya akibat dari aktiviti mencuri pasir.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidaklah boleh diharapkan untuk mengambil tindakan kerana rasuah di kalangan PBT sememangnya teramatlah kritikal.

Begitu juga dengan kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan yang boleh dilelong kepada pembida yang tertinggi.

Tetapi saya ingin mepersoalkan apakah tindakan ahli-ahli PAS, Cawangan atau Kawasan di mana tragedi ini berlaku?

Mustahil aktiviti mencuri pasir ini tidak disedari.

Kenapa tidak ada bantahan? Kenapa tidak ada memorandum? Kenapa tidak ada demonstrasi membantah tindakan yang boleh membahayakan rakyat itu?

Satu nyawa telah terkorban dan ahli-ahli Cawangan PAS di mana perkara ini berlaku, saya yakin ada Cawangan di situ, sepatutnya rasa berdosa kerana gagal berbuat sesuatu. Mereka tidak prihatin.

Jika saya merupakan Ketua Cawangan di mana kejadian ini berlaku dan saya tidak pernah melakukan apa-apa, saya akan merasakan seolah-olah saya sendiri telah membunuh kanak-kanak tersebut!

Kadang-kala apabila kita memperjuangkan isu-isu yang melibatkan PBT ada yang berkata kita sebagai jemaah Islam tidak boleh “mabuk isu” tetapi kadang-kala jika kita tidak berbuat sedemikian mungkin ada nyawa yang akan melayang seperti kanak-kanak yang mati lemas itu.

4 ZULHIJJAH 1428 / 14 DIS 2007

AWAS STRATEGI MUSUH!

Beberapa hari lepas saya diberitahu oleh seorang AJK penting Kawasan bahawa isteri beliau mendapat telefon dari seseorang bahawa beliau telah berkahwin dua. Maka berlakulah peperangan dunia ketiga.

Sehari selepas itu saya mendapat satu SMS yang kononnya dari seorang wanita yang memaklumkan bahawa beliau telah bertukar nombor telefon. SMS itu seolah-olah saya begitu mengenali “perempuan” itu.

Isteri saya telah terbaca SMS tersebut tetapi beliau masih lagi waras dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

Inilah taktik-taktik musuh yang hendak mengganggu kestabilan kita di saat-saat pilihanraya hampir tiba.

Banyak lagi cubaan-cubaan sedang dan akan dilakukan untuk mengkucar-kacirkan kita.

Sama ada kerja UMNO atau SB, inilah perkara-perkara “asam garam” perjuangan yang perlu kita hadapi.

Saya tahu ada usaha-usaha sekarang untuk melaga-lagakan pimpinan kita di Selangor. Ada yang menjaja cerita bertujuan untuk melaga-lagakan Dato’ Pesuruhjaya dan Kawasan-Kawasan. Ada juga yang cuba hendak melaga-lagakan Kawasan-Kawasan seperti kita dan Ampang.

Beberapa tahun lalu sebuah Cawangan kita pernah di”kacau” oleh seorang SB yang bernama Jali dan ianya tidak dapat dipulihkan hingga ke hari ini.

Saya yakin ahli-ahli kita sekarang telah cukup matang untuk menghadapi segala cabaran. Janganlah melulu mempercayai sebarang khabar-khabar angin. Janganlah melayan mereka yang cuba mendapatkan maklumat-maklumat dari anda. Jangan pula kononnya cuba hendak “turn-over” mereka kerana mereka itu jauh lebih terlatih dari anda!

Tetapi di samping itu marilah kita selalu mengerjakan solat hajat sama ada berseorangan atau berjemaah, memohon pertolongan Alllah SWT.

4 ZULHIJJAH 1428 / 14 DIS 2007

Sunday, December 9, 2007

“ORANG MELAYU YANG PALING BANGSAT TETAPI HINDU YANG MENGAMUK”

Pada 3 Disember lepas, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa pendapatan kaum Bumiputera adalah yang terendah di antara bangsa-bangsa utama di negara kita.

Menurutnya pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum kaum bumiputera ialah RM2,711 sementara kaum India sebanyak RM3,456 dan yang paling tinggi adalah kaum Cina sebanyak RM4,437.

Katanya lagi, peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus, manakala kaum Cina 0.6 peratus.

Tujuan statistik ini didedahkan adalah untuk mematahkan dakwaan Hindraf bahawa kaum India adalah yang paling miskin. Tetapi dengan sekali-gus ia menunjukkan sikap sebenar UMNO-BN terhadap orang Melayu-Bumiputera.

Kerajaan di dalam mendedahkan angka-angka tersebut langsung tidak gentar akan tindakbalas (backlash) orang Melayu terhadap fakta-fakta yang diumumkan.

Sepatutnya di dalam keadaan masyarakat India “mengamuk” apabila mendakwa merekalah yang paling miskin, orang Melayu pula mungkin akan “mengamuk” apabila mendapat tahu mereka sebenarnya yang paling merempat.

Walau bagaimanapun UMNO-BN dapat membaca sikap orang Melayu. Majoriti dari mereka tidak akan berbuat apa-apa walaupun diberitahu merekalah yang paling bangsat. Mereka tetap akan menyokong UMNO-BN. Mereka hanya perlu dipandang dengan “sebelah mata” sahaja. Tidak ada Israf, Musraf atau Malraf akan ditubuhkan sepertimana Hindraf.

Inilah orang Melayu yang boleh ditunjal, didera dan diterajang tetapi tidak akan melawan. Ingatkah lagi kita kisah anak Sultan Mansur Shah yang telah membunuh anak Tun Perak, Tun Besar?

Ceritanya, anak Sultan tersebut, Raja Mohammad telah membunuh Tun Besar kerana bola sepak raga Tun Besar telah terkena Raja Mohammad sehingga jatuh tengkoloknya ke tanah.

Tetapi adakah Tun Besar dijatuhkan hukuman yang sepatutnya? Tidak, beliau hanya telah diarahkan keluar dari Melaka dan telah menjadi Raja di Pahang. Tidak berlaku sebarang pemberontakan di Melaka. Tidak ada berlaku rampasan kuasa.

Inilah orang Melayu, ditarik telinga menurut, dicucuk hidung mengikut.

Yang duduk di rumah pangsa 600 kaki persegi bersama 5 orang anak pun sanggup mencium tangan YB walhal bilik tidur YB lebih besar dari seluruh rumahnya. Yang dilantik menjadi AJK UMNO Cawangan pun sudah cukup bangga walhal hanya berkereta Kancil seperti orang PAS. Yang bergaji 800 sebulan pun tetap bertungkus lumus untuk UMNO di masa-masa pilihanraya walhal orang-orang PAS yang melanyak UMNO setiap hari bergaji 10 kali ganda dari itu.

ORANG MELAYU KAYA RAYA?

Mungkin kenapa orang Melayu merasakan tahap ekonomi mereka lebih baik daripada orang India kerana begitu ramai orang-orang Melayu yang kaya. Ramai yang boleh membeli Mercedez mata kacang. Ramai yang boleh becuti diluar negara bersama keluarga. Ramai yang boleh berkahwin dengan artis. Tetapi pada hakikatnya hanya segelintir sahaja yang begitu. Yang merempat lebih ramai.

Mungkin juga orang Melayu yang kaya raya lebih menunjuk-nunjuk daripada yang kaya raya kaum-kaum lain. Mungkin itu sebabnya orang Melayu kelihatan lebih kaya dari orang India. Yang tidak kaya pun perasan kaya. Biar bergaya walaupun tiada.

DEB telah diwujudkan untuk membantu orang Melayu tetapi malang sekali setelah pemergian Tun Razak ia merupakan alat untuk mengkaya segelintir orang Melayu.

Tidak dinafikan yang ramai mendapat manfaat dari DEB. Ada yang mendapat biasiswa keluar negara dan menjadi para professional yang berjaya. Ada yang mendapat bantuan dan pinjaman kewangan sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Tetapi ramai lagi yang menjadi kaya, menjadi “filthy rich” kerana mengenali Pak Menteri dan YB-YB atau merupakan suku sakat mereka. Ramai lagi yang menjadi kaya kerana menjual projek kepada Ah Chong dan Ramasamy.

Yang paling sedih sekali ramai yang hidup merempat akibat polisi UMNOputra dan BNputra, satu “political cleansing” yang menyahkan mereka yang tidak menyokong kerajaan.

4 Zulhijjah 1428 / 14 Disember 2007

Thursday, December 6, 2007

Bantahan Caj Letak Kereta Di Pandan Indah


Persatuan Penduduk Membantah Caj Letak Kereta

PANDAN INDAH, 1 DISEMBER - Persatuan penduduk Talam Business Park, Pandan Indah membantah perlaksanaan caj letak kereta di kawasan mereka.

Menurut mereka, sistem caj berpalang itu tidak akan menggalakkan para pengunjung dan sekali-gus merugikan pekedai-pekedai di situ.

Tambahan pula cajnya, RM 1 sejam, adalah lebih mahal dari kawasan-kawasan lain di Pandan Indah iaitu hanya 50 sen sejam. Terdapat juga caj selepas jam 5 petang dan pada hari Ahad yang juga akan menakutkan para pengunjung.

Satu sidang akhbar telah diadakan pada 30 November lepas. Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad dan Pengarah DAP Teratai, Jenice Lee Ying Ha telah turut hadir memberi sokongan.

Iskandar juga telah turut menulis kepada Menteri Besar Selangor memohon campur tangan beliau kerana pihak pengendali tempat letak kereta itu nampak kurang berminat untuk berbincang dengan penduduk.

Resident Association Protest Against Parking Charges

PANDAN INDAH, 1 DECEMBER – The resident association of Talam Business Park in Pandan Indah is against the parking charges at their area.

According to them, the gantry system to be employed would discourage people from coming to the park and they would loose many customers.

The rate, RM 1 per hour, is more expensive than the rest of Pandan Indah of only 50 sen per hour. Furthermore there is also a charge after 5 pm and on Sundays which would further deter people.

A press conference was held on 30th November with the head of PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad, and DAP Teratai’s Jenice Lee Ying Ha attending to show their support for the residents.

Iskandar also wrote to the Menteri Besar of Selangor calling for his intervention as the parking operator did not look too keen to negotiate with the residents.

Wednesday, November 28, 2007

PROVOKASI DAN INFILTRASI

Bukan tujuan saya untuk membincangkan dengan panjang lebar tuntutan Hindu Rights Action Force atau Hindraf tetapi sekadar untuk berkongsi pendapat tentang impak perhimpunan 25 November itu.

Tidak seperti perhimpunan Bersih pada 10 November, perhimpunan Hindraf itu kelihatan lebih ganas dengan ramai penyokong Hindraf dan pihak keselamatan mengalami kecederaan.

Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman “YouTube”, suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.

Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu :

1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf.

2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu dan seperti biasa UMNO akan melompat ke dalam gelanggang menyanyikan lagu lama, “Marilah kita bersatu di dalam UMNO”.

Di saat dan ketika saham UMNO jatuh menjunam setelah rakyat berjaya mencabar pantang Pak Lah dengan megadakan perhimpunan lebih 100,000, kehadiran Hindraf seolah-olah satu rahmat kepada mereka. Adakah ia satu kebetulan?

Saya tidak berkata bahawa Hindraf ini didalangi oleh UMNO tetapi infiltrasi dan provokasi sudah sekian lama menjadi taktik mereka.

Siapa yang sebenarnya membaling batu pada 25 November lepas?

Siapa yang melempar kayu?

Siapa yang memecahkan tingkap?

Siapa yang melaungkan slogan-slogan perkauman?

BERWASPADALAH SELALU

Sebagai parti bukan kerajaan PAS walaupun di peringkat Cawangan sekalipun akan terdedah kepada pelbagai tindakan provokasi dan infiltrasi.

Pandangan saya bukanlah angan-angan kosong disebabkan terpengaruh dengan filem-filem James Bond atau novel-novel John Le Carre, tetapi ianya berdasarkan pengalaman kita di Pandan.

Pernah sekali Pemuda kita telah merancang satu demonstrasi dan maklumat hanya dihantar melalui SMS begitu lewat kepada penerima-penerima yang terpilih. Walau bagaimanapun dalam masa beberapa jam sahaja saya mendapat panggilan telefon daripada seorang SB bertanyakan tentang demonstrasi tersebut.

Bagaimana SB itu mengetahui?

Di dalam satu kejadian lain, saya pernah menghantar SMS kepada hanya beberapa orang individu memohon bantuan mengedar risalah.

Tetapi di dalam masa yang singkat saya menerima SMS dari nombor yang tidak saya kenali mengutuk PAS kerana kononnya tidak mempunyai tenaga kerja untuk mengedar risalah. Tujuan SMS itu adalah untuk melemahkan semangat kita.

Saya tidak mengatakan di antara kita terdapat “musang berbulu ayam” kerana SMS malah percakapan telefon kita boleh dipintas dengan begitu mudah tetapi kita seharusnya berhati-hati.

BIJAK MENGENALPASTI ANCAMAN

Tambahan pula dengan pilihanraya yang akan muncul bila-bila masa, pelbagai serangan akan dihalakan kepada kita.

Kita tetap dengan prinsip “bersangka-baik” tetapi kita mestilah bijak di dalam mengenalpasti ancaman kepada jemaah.

Ustaz Sidek Noor pernah memberitahu bahawa ketika beliau ditahan di bawah ISA, beliau mendapat tahu bahawa salah seorang tuan rumah tempat beliau berceramah adalah seorang SB.

Kadang-kala yang membawa beg Ustaz pun SB!

Di saat-saat seperti ini jika ada yang muncul, menjanjikan segala-galanya tetapi janganlah kita terlalu terpesona sehingga kepentingan jemaah diabaikan.

Kita teleh bekerja keras untuk mewujudkan perpaduan di antara kita dan memantapkan jentera kita, janganlah di saat-saat kita akan turun berperang segala-galanya hancur begitu sahaja.

APA FOKUS KITA?

Sebagai sebuah jemaah Islam, tanggungjawab kita merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Sama ada politik, ekonomi, dakwah atau pendidikan, kesemunya patut menjadi sebahagian dari agenda kita.

Ungkapan klasik Ustaz Hassan Shukri bahawa PAS adalah sebuah badan dakwah, parti politik dan gerakan massa tidak akan dilupakan oleh kebanyakan kita.

Tetapi persoalannya adakah kita mempunyai kemampuan untuk melakukan segala-galanya dengan sumber-sumber yang terhad.

Banyak NGO-NGO Islam bertindak mengkhususkan gerakerja mereka kepada beberapa aspek sahaja.

Contohnya JIM mungkin ke hadapan di dalam aspek pendidikan dan perkaderan di kalangan profesional, ABIM dengan hubungan antarabangsa dan dakwah kepada non-Muslim sementara Tabligh pula berusaha mengajak orang ramai ke masjid dan surau.

Secara menyeluruh PAS melakukan semua itu namun di peringkat Kawasan-Kawasan dan Cawangan-Cawangan terdapat pengkhususan tetapi sepatutnya tanpa sebarang pengabaian.

Setiap individu mempunyai minat dan kepakaran masing-masing. Jika minat dan kepakaran ini dihalakan ke arah yang sepatutnya maka natijah yang baik bagi jemaah akan diperolehi.

Tetapi jika kita memaksa seseorang melakukan sesuatu yang tidak disukainya maka natijahnya buruk bagi jemaah.

Kita perlu mencari orang yang sesuai bagi setiap pekerjaan.

MINAT ORANG PANDAN

Di Pandan kita melihat bagaimana Muslimat telah memberi fokus kepada aspek-aspek kebajikan dan kemasyarakatan.

Pada Ramadhan yang lepas, berbelas ribu RM telah dapat dikutip untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

Muslimat juga menempa sejarah apabila berjaya menyelesaikan masalah seorang mangsa Along, satu tugas yang selalunya dilakukan oleh Michael Chong dari Pusat Khidmat MCA walaupun ramai mangsa Along terdiri dari orang-orang Melayu.

Kadang-kala kita memilih-milih siapa hendak dibantu tetapi apabila mereka ini disambar oleh NGO bukan Islam atau lebih parah lagi gerakan “missionary” Kristian, kita hanya pandai berceramah sahaja!

Pemuda kita pula dengan minat dan pengkhususannya tersendiri.

Tahniah kepada pimpinan Pemuda yang telah menjadikannya sebuah entiti perniagaan yang berjaya. Lengkap dengan aset-aset yang berharga dan berupaya memberikan pendapatan kepada ahli-ahlinya.

Kestabilan ekonomi amat penting dan kita masih ingat bagaimana kejayaan Al-Arqam dan Rufaqa’ amat dicemburui.

Sama ada di dalam dakwah atau di dalam politik, kestabilan ekonomi juga penting.

Di dalam dakwah, minyak kereta perlu diisi untuk ke sana dan ke mari!

Di dalam politik, kestabilan ekonomi sedikit sebanyak juga dapat membina keyakinan.

Itu sebabnya MCA tidak menghormati UMNO. Itu sebabnya MCA boleh mengugut UMNO. Itu sebabnya MCA tidak menghiraukan UMNO. Sebab MCA lebih kaya dari UMNO.

20 Zulkaedah 1428 / 30 November 2007

Wednesday, November 21, 2007

PERIHAL FATWA DAN MAJLIS SYURA

Ramai seperti saya yang amat berterima kasih kepada Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin di atas artikel DEMONSTRASI SAH DARI SEGI SYARA’ yang pada mulanya disiarkan di dalam Harakhdaily.

Dengan artikel tersebut ianya dapat mematikan segala hujjah-hujjah yang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya kita. Budaya asing. Budaya ganas. Budaya tidak bertamaddun.

Ustaz Ghani telah menceritakan semula kisah bagaimana umat Islam berdemonstrasi, menunjukkan kekuatan apabila Saidina Umar R.A. memeluk Islam.

Tetapi alangkah baik sekiranya bagi setiap isu yang dihadapi kita sekarang terdapat satu penjelasan yang mempunyai “authority” agar dapat di“pegang” oleh semua ahli.

Di dalam hal demonstrasi baru-baru ini, saya yakin Ustaz Ghani mempunyai “authority” yang cukup kuat berdasarkan kedudukan tinggi beliau di dalam Parti dan hujjah beliau itu akan di“pegang” oleh ahli-ahli.

Tetapi bukan sahaja demonstrasi tetapi banyak lagi perkara-perkara dari yang paling kecil kepada yang paling besar diperlukan penjelasan oleh ahli-ahli.

Sama ada yang besar seperti politik dan ekonomi atau perkara-perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka, perlu ada rumusan-rumusan sama ada halal, haram, sunat, makruh atau harus.

Untuk mencari jawapan pada ulamak-ulamak upahan UMNO-BN sudah tentulah “jauh pangggang dari api” tetapi apabila ustaz-ustaz PAS, ustaz-ustaz pro-PAS, ustaz-ustaz yang mahu kelihatan pro-PAS atau ustaz-ustaz yang tidak mahu kelihatan pro-PAS dicari maka kadang-kala jawapannya berbeza-beza. Memang perbezaan pendapat itu sering berlaku sepanjang zaman tetapi perbezaan pendapat boleh mengakibatkan pergerakan di dalam Parti tidak sekata, tidak senada, tidak seirama.

Bertolak dari titik itu, tidak kurang ramai yang mahukan Majlis Syura Ulamak lebih menonjol lagi.

Sedikit masa dahulu Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz, mantan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak ketika menyampaikan Tarbiyyah Haraki di Pandan pernah mengupas sebuah buku yang merupakan koleksi fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Masyumi atau jawatankuasa yang mungkin serupa dengannya.

Tidak ramai ahli PAS yang tidak tahu bahawa Masyumi adalah sebuah gerakan Islam di Indonesia. Seperti PAS di Malaysia, Masyumi juga memasuki pilihanraya.

Walau bagaimanapun Ustaz Hishamuddin hanya sempat membentangkan satu fatwa yang diputuskan iaitu hukum membaca doa di antara dua khutbah Jumaat. Begitu terperinci Masyumi, sehingga itu pun dibincangkan mereka dan direkodkan.

Ramai pimpinan PAS di peringkat bawahan terputar akal-akal mereka apabila terdapat pendakwah-pendakwah bebas, pendakwah-pendakwah gaya bebas dan pendakwah-pendakwah mesti bebas muncul dengan pelbagai pendapat yang kadang-kala memecahbelahkan ahli-ahli di akar umbi.

Pada Ramadhan lepas saya terdengar satu tazkirah dari “orang PAS” yang tidak begitu suka dengan mereka yang memakai seluar! Nasib baik mereka yang hadir tidak menganggap begitu serius komen beliau, jika tidak maka bertelagah pulalah ahli-ahli.

Urusan pendaftaran pemilih juga selalu menimbulkan kekecohan. Ramai dengan pendapat masing-masing.

“Tak boleh sheikh itu menipu, daftar sahajalah kat mana kita tinggal.”

Bak kata Alias Congo, “Olang macam ini pun ade ke?”

Hendak buat macam mana, orang-orang macam itu memang benar ada. Maka itu sebabnya ramai juga yang berharap Majlis Syura dapat secara resmi mengeluarkan “fatwa-fatwa” dari masa ke semasa menurut keperluan dan yang paling penting dibukukan. Atau sekurang-kurangnya bernombor rujukan ala Warta Kerajaan. Keputusan-keputusan ini pula sepatutnya mengikat ahli-ahli.

Janganlah pula ianya terbatas kepada perkara yang besar-besar seperti “tahalluf siyaasi” dan calon-calon wanita tetapi lebarkanlah kepada perkara-perkara yang melibatkan ahli-ahli secara langsung.

Maka jika ada perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara atau hukum maka rujuk sajalah kepada keputusan-keputusan tersebut.

“Perkara itu dibolehkan, cuba rujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak bilangan 1234”, mungkin akan kita lafazkan jika berlaku perbezaan pendapat di masa akan datang.

Mungkin saya tidak memahami dengan sepenuhnya peranan Majlis Syura Ulamak atau kenapa ia ditubuhkan atau kekangan membukukan keputusan-keputusan yang melibatkan undang-undang atau strategi politik, tetapi langkah besar pertama Parti setelah Dato’ Asri berundur dalam tahun 1982 dan merupakan titik permulaan era kepimpinan ulamak adalah menubuhkan Majlis Syura Ulamak, oleh itu pastikan ia benar-benar berfungsi.

Pada pimpinan di atas, perkara-perkara seperti songkok dan kopiah mungkin dianggap sebagai satu “non-issue” tetapi terdapat ahli-ahli di akar umbi yang akan bertegang urat semata-mata membincangkan persoalan pakai songkok atau pakai kopiah.

Terdapat juga yang berpendapat tidak perlu menyertai pilihanraya kecuali jika kita hampir pasti akan menang, buat sahajalah kerja-kerja dakwah.

Terdapat juga yang berpendapat jika kita memungut derma dari masyarakat untuk memasuki pilihanraya dan kita kalah maka kita dikira seperti berdosa.

Kita berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragamnya, ada yang hanya akan akur kepada Nik Aziz dan Ustaz Hadi, pandangan ustaz-ustaz tempatan tidak cukup “standard” baginya. Ada juga yang hanya akan menerima pandangan sheikh-sheikh di Dubai, Tebing Barat, Konya atau Dhaka, pandangan ulamak-ulamak lokal diangggap tidak global.

Coretan ini bukanlah untuk memandai-mandai tetapi sekadar mengharapkan panduan. Tidak juga ia mahukan Majlis Syura Ulamak menenggelamkan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi.

Jika perkara=perkara yang disebut telah dilakukan, saya menyusun jari sepuluh kerana telah terlepas pandang atau ketinggalan zaman.

13 ZULKAEDAH 1428 / 23 NOV 2007

Tuesday, November 20, 2007

BERSIHKAN BEKAS TAPAK MEDAN SELERA DI JALAN PANDAN ILMU


Masyarakat di Pandan Indah mahu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan pemilik tanah bekas sebuah medan selera dibersihkan dengan segera.

Kawasan itu dipenuhi dengan semak-samun dan bangunan-bangunan yang hampir runtuh serta sampah-sarap.

Ianya ditakuti menjadi sarang bagi binatang-binatang merbahaya seperti ular dan anjing liar selain dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kedudukannya di antara 2 buah sekolah bermakna ia boleh mengancam keselamatan pelajar-pelajar yang melalui kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad, telah membangkitkan perkara ini ketika hari bertemu pelanggan MPAJ pada 25 Mei lepas tetapi sehingga kini belum terdapat sebarang tindakan.

POLIS LAMBAT BERTINDAK KERANA CAMPURTANGAN POLITIK?

Ramai yang berpendapat kelewatan pihak polis menangkap dan mendakwa penyerang yang cuba membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali, berpunca dari campurtangan politik.

Pada 28 September lepas, Suhaimi telah diserang selepas solat Jumaat di luar Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam.
Penyerang yang dikenali masyarakat sebagai “Din Jepun” telah menumbuk Suhaimi sejurus selepas solat dan telah pergi untuk mendapatkan senjata untuk menyerang beliau sekali lagi. Suhaimi telah cedera di kepala, bahu, tangan dan kaki.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang Jaya pada 29 September tetapi Suhaimi atau pihak PAS belum lagi dimaklumkan tentang apa-apa tindakan oleh pihak polis. Ini amat mengejutkan kerana penyerang pernah menumbuk seorang petugas PAS dua tahun lalu dan dikenali oleh polis.

Apa yang paling mengejutkan, penyerang yang juga dikenali ramai sebagai ahli Pemuda UMNO dan “orang kuat Datuk” telah hadir pada solat Jumaat di masjid yang sama pada minggu yang berikutnya. Ketika itu berpuluh-puluh anggota polis kelihatan berkawal sempena lawatan Sultan Selangor tetapi tiada sebarang usaha untuk menangkap beliau.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Abdul Jalil Hasan, berharap pihak polis akan mengambil tindakan segera untuk mengelakkan masyarakat menganggap mereka tidak berupaya untuk membanteras jenayah.

Di dalam keadaan kadar jenayah yang semakin meningkat, rakyat perlu diberi keyakinan bahawa keselamatan mereka adalah terjamin dan pihak polis bebas dari tekanan mana-mana pihak, tambahnya lagi.

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BERJAYA MEMBELI PEJABAT SENDIRI

Pusat khidmat masyarakat PAS di DUN Cempaka telah berjaya membeli pejabatnya sendiri di Taman Angsana Hilir.

Walaupun ditubuhkan kurang dari 2 tahun, hasil dari sokongan masyarakat ia telah berjaya memiliki pejabatnya sendiri. Buat masa ini ia berkongsi bangunan dengan pejabat PAS Kawasan Pandan di Kg. Pandan dan dijangka berpindah ke pejabat baru pada bulan Januari depan.

Menurut penasihat pusat khidmat ini, Iskandar Abdul Samad (kiri), dengan pejabat sendiri pusat ini akan dapat memberi khidmat yang lebih berkesan kepada masyarakat di Pandan, khususnya di DUN Cempaka.

Beliau yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan berkata pusat ini sekarang dibuka setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Selain dari menerima aduan rakyat, ia turut menawarkan khidmat nasihat guaman pada pagi Ahad kedua setiap bulan dan rawatan perubatan secara Islam pada pagi Ahad terakhir setiap bulan, tambah Islandar.

Sementara itu, menurut pengarah pusat khidmat ini yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali, sumbangan masih diperlukan untuk melengkapkannya. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke dalam akaun Bank Islam 140-320-100-3236-4 di atas nama DPP Pandan, katanya.

Sumbangan di dalam bentuk peralatan seperti komputer notebook, kamera digital dan projektor LCD sama ada yang baru atau terpakai adalah dialu-alukan, tambah Suhaimi lagi.

Monday, November 5, 2007

SAYA TIADA PILIHAN

Pada pagi 26 Oktober lepas, setelah menghantar anak-anak ke sekolah di Keramat saya berasa kurang sihat dan mengambil keputusan untuk berehat di rumah ibu saya yang berdekatan.

Ketika itu saya terasa berdebar-debar dan langsung tidak berdaya untuk pergi ke kerja. Saya merasakan terlalu letih walaupun untuk melangkahkan kaki ketika berjalan.

Isteri saya telah beberapa kali menasihatkan saya berjumpa doktor kerana saya telah tidak merasa cergas sejak minggu terakhir bulan Ramadhan.

Pada lebih kurang jam 11.30 pagi, saya telah ke kedai percetakan seorang kawan dari Ampang bagi menguruskan “bookmark” yang ditempah untuk diedarkan ketika ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim malam nanti.

SOLAT JUMAAT

Kemudian saya telah singgah di rumah sekejap untuk meminum air sebelum ke solat Jumaat di Bukit A, Kg. Cheras Baru.

Sejurus selepas solat di dalam keadaan lemah dan tanpa menunggu doa saya telah terus ke kereta. Saya cuba berehat di situ sebentar dan setelah berasa segar sedikit, saya telah ke Pudu untuk mengambil risalah-risalah untuk diedar pada ceramah malam tersebut. Risalah-risalah itu telah siap tiga hari lepas tetapi saya terlalu sibuk untuk mengambilnya.

Dari Pudu saya telah terus balik ke Taman Kencana untuk mengambil isteri dan anak-anak saya sebelum pergi berjumpa doktor.

Sebelum itu saya telah singgah ke rumah Saudara Mustafa untuk menghantar risalah-risalah yang diambil kerana beliau adalah ketua keselamatan malam itu. Tetapi rumah beliau berkunci. Mungkin beliau telah berada di tempat ceramah, markas PAS di Cheras Indah.

Lebih kurang jam 3.30 petang saya telah tiba di klinik di Pandan Indah. Untuk berjalan lebih kurang 10 meter dari kereta ke klinik, saya merasakan bagai memanjat gunung.

Sebenarnya saya bercadang untuk ke Pandan Mewah untuk membeli sebuah khemah kecil bagi ceramah malam itu tetapi merasakan saya perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.

Memang tepat keputusan saya kerana doktor mendapati denyutan jantung saya terlalu tinggi walaupun tekanan darah adalah “normal”. Dia kemudian menulis surat dan menyuruh saya terus ke Hospital Ampang.

Terkejut saya apabila melihat beliau menulis perkataan “heart failure” di surat tersebut.

Pada mulanya saya bercadang untuk pergi makan terlebih dahulu kerana belum lagi makan tengah hari tetapi merasakan amat kurang sihat.

TERUS KE HOSPITAL AMPANG

Di bahagian kecemasan hospital, mereka telah melakukan pemeriksaan awal seperti tekanan darah denyutan jantung dan ECG. Kemudian mereka menghantar saya ke zon merah (kritikal).

Di sana, segala jenis “wire” telah dipasang ke badan saya. Terkejut sekali lagi apabila saya mendapati denyutan jantung saya adalah 185 seminit walhal sepatutnya sekitar 60 hingga 70.

Bukan sahaja saya terkejut, kakitangan-kakitangan hospital juga terkejut. Ada yang memberitahu saya bahawa sepatutnya saya sudah tidak sedarkan diri.

Mereka sibuk menelefon untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan. Ada yang membuka buku untuk mencari apakah ubat yang paling sesuai. Ada yang menekan urat di leher saya tetapi denyutan masih tinggi. Saya juga disuruh menahan nafas tetapi denyutan masih tinggi.

Akhir sekali seorang doktor memberitahu dia akan memberi saya ubat untuk memperlahankan jantung saya. Saya bertanya apakah risiko ubat itu dan dengan serius beliau berkata saya boleh mendapat “cardiac arrest”.

Dengan itu, saya meminta untuk berjumpa dengan isteri saya, mungkin untuk kali terakhir, tetapi saya diberitahu beliau dan anak-anak berada di dalam bilik menunggu untuk keluarga.

Memikirkan kembali, saya sepatutnya merasa takut kerana ubat itu mungkin akan memberhentikan terus jantung saya!

Dengan izin Allah, denyutan jantung saya telah turun ke 95 seminit setelah dimasukkan ubat. Syukur kepada Allah denyutannya menjadi stabil.

Akhirnya saya diberitahu saya terpaksa dimasukan ke dalam wad untuk pemerhatian.

KELEBIHAN DI DALAM JAMAAH

Pada lebih kurang jam 5.15 petang, Saudara Suhaimi, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, telah tiba ketika saya masih berada di bilik kecemasan.

Seorang kakitangan hospital telah mengenali saya. Beliau telah menghantar SMS kepada kawannya yang telah menghantar SMS kepada Saudara Suhaimi yang telah bergegas ke hospital dari pejabatnya di Maju Junction. Begitulah kelebihannya berada di dalam PAS.

Apakah pengajaran dari peristiwa 26 Oktober?

Doktor-doktor tidak dapat memberi sebab kenapa denyutan jantung saya naik dengan mendadak. Saya terpaksa melalui beberapa ujian lagi.

Ada yang mengatakan badan saya kekurangan air atau garam kerana beberapa hari sebelum itu menghidapi diarrhoea. Ada yang mengatakan paru-paru saya berair atau tersilap memakan ubat.

“STRESS”

Sahabat-sahabat berpendapat tekanan atau “stress” merupakan penyebab utama.

Gerakerja kita di Pandan pada bulan Ramadhan lepas adalah lebih hebat dari semasa pilihanraya. Itulah sepatutnya kerana selepas Parlimen dibubarkan, ramai yang telah membuat keputusan untuk mengundi siapa. Ketika itu sudah terlambat.

Saya dinasihatkan supaya “take it easy” dan mengagih-agihkan kerja kepada orang lain.

Tetapi persoalannya kepada siapa?

Kita berada di Pantai Barat di mana prospek PAS untuk menang tidak secerah di Pantai Timur. Kita boleh berceramah hingga ke pagi tentang peranan para jundullah tetapi tidak ramai yang mahu menyahut cabaran.

Berjuang di dalam PAS tidaklah “glamour” seperti di dalam NGO. Semasa menghadiri satu majlis hari raya di Ampang baru-baru ini, saya mendengar seorang pemimpin NGO yang selalu keluar suratkhabar berkokok betapa hebatnya gerakerja beliau. Di dalam PAS tidak ada “glamour” malah anda akan menghadapi ancaman dan ugutan.

PEJUANG ATAU PENUMPANG

Tidak ramai yang mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap PAS. Kita mempunyai pejuang dan juga penumpang.

Inilah realiti. Tetapi sebagai Yang Dipertua, saya langsung tidak terkilan. Bukan semua orang adalah “championship material”. Bukan semua orang adalah Arsenal atau Chelsea, ada juga yang Bolton Wanderers atau Derby County.

Ketika peperangan Badr bukan semua yang ke medan perang. Abdullah Ibnu Maktum, seorang buta, telah ditugaskan menjaga mereka yang ditinggalkan. Tetapi masalahnya sekarang kita mempunyai terlampau ramai Abdullah Ibnu Maktum yang duduk di barisan belakang tetapi kesemuanya celik-celik belaka!

Akhirnya mereka yang bertungkus lumus menggerakkan jemaah menjadi terlalu sibuk. Tidak adil bagi saya untuk membebankan mereka lagi!

PENGORBANAN AHLI-AHLI

Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa seorang pimpinan Kawasan yang paling aktif mempunyai masalah jantung. Begitulah hebatnya ahli-ahli PAS, walaupun mempunyai masalah kesihatan namun kerja-kerja jemaah tetap diteruskan.

Bukan beliau sahaja tetapi ada yang dibelenggu dengan masalah ekonomi atau masalah di tempat kerja tetapi tidak membenarkan semua itu mengganggu kerja-kerja jemaah.

Di Pandan, kita bersyukur kepada Allah kerana terdapat kelompok aktivis teras yang komited. Langkah seterusnya adalah untuk menambah bilangan ini. Langkah seterusnya adalah untuk lebih ramai tampil ke hadapan menawarkan diri.

Bagi diri saya, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab apabila dipilih sebagai Yang Dipertua. Saya perlu memastikan segala tugas dan tanggungjawab ini terlaksana sama ada dibantu atau tidak. Hidup atau mati itu di tangan Allah.

Cabaran yang kita hadapi di peringkat Kawasan adalah terlalu kecil berbandingkan pimpinan kita di peringkat Pusat.

Wednesday, October 24, 2007

BUKAN SEKADAR AIR LIUR SAHAJA

Menurut Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa, perkataan Inggeris “tangible” bermaksud “yang dapat dirasai oleh pancaindera, bukan khayalan” atau “dapat dibuktikan kebenarannya”.

“Rhetorical” pula bermakna “yang menggunakan kata-kata (bahasa) dan gaya yang bertujuan untuk menarik hati atau memujuk”.

Sebagai sebuah parti politik pembangkang mungkin adalah agak payah bagi kita hendak menawarkan sesuatu yang “tangible”.

Kita mungkin akan dicap sebagai “rhetorical” sekiranya kita sekadar berucap atau berceramah sahaja.

UMNO seringkali melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang “rhetorical” tanpa menawarkan sesuatu yang “tangible” kepada rakyat.

Pemimpin-pemimpin PAS dikatakan hanya pandai berceramah sahaja.

Walau bagaimanapun, “track record” kita di Kelantan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar.

Tetapi itu di dalam keadaan kita merupakan kerajaan yang memerintah, bagaimana pula dengan PAS di negeri-negeri lain di mana kita tidak memegang tampuk pemerintahan?

Bagaimana pula “track record” kita ketika memerintah Terengganu?

Adakah kekalahan kita di sana akibat dari kegagalan kita menawarkan perkara-perkara yang “tangible”? Adakah kerana kita hanya terlalu “rhetorical”?

YB Dato’ Seri Presiden pernah berkata, pimpinan PAS tidak boleh menawarkan rakyat kayu balak tetapi aqidah yang benar.

Tetapi adakah setakat itu sahaja kemampuan PAS?

Adakah menawarkan “benda” kepada rakyat satu amalan rasuah yang amat menjijikkan?

Kita berjanji hendak menubuhkan sebuah negara berkebajikan jika memerintah tetapi adakah kita setakat menjaja janji-janji kita kepada masyarakat?

Atau kita perlu terlebih dahulu berupaya memberi sesuatu kepada masyarakat ketika kita masih sebuah parti pembangkang?

Saya berpendapat di semua peringkat Parti kita, malah di peringkat Cawangan sekalipun perlu menawarkan sesuatu yang “tangible” kepada masyarakat.

Kita telah ada PASTI, PAKSI, SERI, pusat khismat dan banyak lagi institusi-insitusi Parti yang merupakan perkara-perkara “yang boleh dirasakan oleh pancaindera”.

Usaha-usaha kita seperti menyampaikan bantuan semasa bulan Ramadhan atau mengedarkan bubur lambuk adalah perkara-perkara yang “tangible”.

Tetapi biarlah ianya sesuatu yang berterusan walaupun sederhana. Jangan ianya hanya satu “publicity stunt” semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat.

Zaman di mana kita hanya bekerja selepas pembubaran Parlimen telah berakhir.

Saya amat tertarik kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, bahawa para pengundi telah membuat keputusan untuk mengundi siapa ketika Parlimen dibubarkan.

Ini bermakna jika kita mula bekerja selepas pembubaran Parlimen, kita hanya boleh dapat mempengaruhi beberapa peratus dari pengundi. Mungkin 2%. Mungkin 5%. Tiada siapa yang tahu dengan tepat.

Saya kerap mendengar ahli-ahli dan penyokong-penyokong berjanji akan “turun padang” selepas Parlimen dibubarkan.

Pada hakikatnya, usaha mereka telah terlambat dan mungkin tidak dapat memberi apa-apa impak.

Mereka hanyalah sebagai penyeri untuk memeriahkan suasana pilihanraya. 90% dari gerakerja kita sepatutnya berlaku sekarang.

Begitulah dengan derma-derma pilihanraya. Selalunya lebih 80% dari sumbangan diterima selepas pembubaran Parlimen.

Ketika itu, 90% dari kerja-kerja pilihanraya telah selesai. Akhirnya sumbangan-sumbangan tersebut hanyalah digunakan untuk menyemarakkan “pesta pilihanraya” dan bukannya untuk usaha-usaha yang serius untuk memenangi hati pengundi.

Memenangi hati para pengundi memerlukan jangkamasa yang panjang. Iannya bukan sekadar menganjurkan ceramah dan menampal poster.

Oleh itu, kalau hendak menyumbang sama ada tenaga atau wang ringgit, sumbanglah sekarang!

14 Syawal 1428 / 26 Oktober 2007

Friday, October 19, 2007

Edaran Bubur Lambuk Ramadhan 2007


Turun Padang Pasar Taman Muda 30 September 2007




GAMBAR-GAMBAR PELANCARAN BERSIH PANDAN PADA 7 OKTOBER 2007




PELANCARAN BERSIH KAWASAN PANDAN, SELANGOR.

Jawatankuasa BERSIH Kawasan Pandan akan dilancarkan pada hari Ahad 7 Oktober 2007, jam 10.00 pagi.

Majlis pelancaran akan diadakan di pasar Taman Muda berdekatan dengan kedai 7-Eleven.

Senarai Jawatankuasa BERSIH Kawasan Pandan adalah seperti berikut:

Penasihat - BERSIH
Pengerusi - NIK MD ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367)
Timbalan Pengerusi - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835)
Timbalan Pengerusi - JENICE LEE YING HA (017-3678488)
Setiausaha - JENNIFER TNEW KON HUANG (013-3665203)
Penolong Setiausaha - HAJI ABDUL HADI JOBAK (013-3303766)
AJK - K. A. RAMU (016-6114891)
AJK - HILMI BIN MALEK (012-9757510)
AJK - RODZI MAN (019-2757564)

Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk mendesak pihak yang bertanggungjawab agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bebas dan adil.

Jawatankuasa BERSIH Pandan akan berusaha untuk menyedarkan rakyat di Pandan akan hak-hak mereka sebagai seorang pengundi.

Kami juga akan memastikan matlamat jangkapendek BERSIH iaitu penggunaan dakwat kekal, pengemaskinian daftar pemilih, akses kepada media yang sama rata dan pemansuhan undi pos dapat dicapai.

Kami akan berusaha agar sebarang penyelewengan di dalam proses pendaftaran pemilih dan pengundian dapat dibanteras.

Buat masa ini kami telah mengesan beberapa perkara yang amat mencurigakan di Pandan iaitu:

Terdapat ramai pengundi yang telah mengundi di dalam pilihanraya umum 2004 tetapi nama-nama mereka telah hilang dari daftar pemilih yang terkini. Mereka akan dinafikan hak mereka untuk mengundi jika sesuatu tidak dilakukan.

Terdapat ramai pengundi yang berumur terlalu tua sehingga melebihi 100 tahun tetapi masih berada di dalam daftar pemilih. Kami bimbang mereka telah meninggal dunia dan orang lain akan mengundi untuk mereka.

Terdapat alamat yang digunakan untuk mendaftarkan ramai pengundi sehingga 21 orang. Kami bimbang alamat ini digunakan untuk mendaftarkan pengundi-pengundi hantu.

Terdapat pengundi yang melapurkan bahawa mereka hanya diberikan kertas undi Parlimen pada pilihanraya umum 2004.

Terdapat laporan bahawa pihak pejabat pos tidak memberi kerjasama apabila pengundi hendak berpindah kawasan.

BERSIH Kawasan Pandan akan menghantar satu memorandum kepada SPR apabila siasatan lengkap kami selesai.

Pihak kami juga akan mengadakan kempen kesedaran rakyat atau “roadshow” dari taman ke taman.

Pengerusi - NIK MD ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367)
Timbalan Pengerusi - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835)
Timbalan Pengerusi - JENICE LEE YING HA (017-3678488)
7 Oktober 2007

THE LAUNCHING OF THE BERSIH COMMITTEE FOR PANDAN

The BERSIH committee for Pandan would be launched on Sunday 7th October 2007 at 10.00 a.m.

The launching ceremony would be held at the Taman Muda market near the 7-Eleven store.

The committee members would be as follows:

Adviser - BERSIH
Chairman - NIK MD. ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367)
Deputy Chairman - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835)
Deputy Chairman - JENICE LEE YING HA (017-3678488)
Secretary - JENNIFER TNEW KON HUANG (013-3665203)
Assistant Secretary - HAJI ABDUL HADI JOBAK (013-3303766)
Member - K. A. RAMU (016-6114891)
Member - HILMI BIN MALEK (012-9757510)
Member - RODZI MAN (019-2757564)

The main intention for the formation of this committee is to pressure the relevant authorities in ensuring that elections in Malaysia would be free and fair.

The BERSIH committee for Pandan would strive to ensure that the people of Pandan are aware of their rights as a voter.

We would also ensure that the immediate goals of BERSIH i.e. the use of indelible ink, the cleaning up of the electoral register, fair access to the media and the abolition of postal votes would be achieved.

We would ensure that any irregularities either in the registration of voters or the voting itself on polling day would not go unpunished.

At the moment, we have discovered several irregularities that require urgent attention:

Many voters who had voted in the 2004 general election but had discovered that their names are missing from the latest electoral register. These voters would be denied of their rights if nothing were being done.

There are many voters in the electoral register who are extremely old with some over 100 years old. We fear that they had passed away and other people would be voting in their name.

There are addresses with a high number of voters registered, some up to 21 people. These addresses may have been used to register phantom voters.

There are reports from voters that they were given only 1 ballot paper during the 2004 general election.

There are also reports that the post office are not very cooperative when dealing with voters who had moved to a new address i.e. to change their voting constituency.

BERSIH for Pandan would be sending a memorandum to the Election Commission once we had fully completed our investigation.

We would also be embarking on a campaign (road show) around Pandan in order to increase public awareness.

Chairman - NIK MD. ZAIN BIN NIK MOHAMAD (012-6970367)
Deputy Chairman - ISKANDAR ABDUL SAMAD (019-2989835)
Deputy Chairman - JENICE LEE YING HA (017-3678488)

Thursday, October 4, 2007

CUBAAN MEMBUNUH SUHAIMI GAGAL

Pada 28 September lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali telah diserang oleh seorang lelaki selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam.

Di dalam kejadian selepas solat Jumaat itu, beliau telah dipukul bertubi-tubi kali dengan sebatang kayu sehingga cedera di kepala, bahu, tangan dan kaki.
Walau bagaimanapun orang ramai yang berada di situ telah menghalang lelaki tersebut dari bertindak lebih ganas tetapi dia telah berjaya melarikan diri.

Beberapa minit sebelum itu, dia telah menyerang Suhaimi dengan menumbuknya beberapa kali lalu terus meninggalkan tempat kejadian. Tetapi penyerang itu telah kembali dengan sebatang kayu.

Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada keesokan hari. (Gambar atas)

“Jelas sekali penyerang bukan sekadar hendak mencederakan saya kerana setelah menumbuk, beliau telah pergi untuk mendapatkan senjata”, Suhaimi memberitahu.

Hormatilah demokrasi

Tindakan lelaki yang dikenali ramai sebagai seorang ahli Pemuda UMNO di Kg. Pandan mungkin berpunca dari rasa tidak puas hati dengan tindakan Suhaimi mengagihkan risalah Tazkirah Ramadhan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar Abdul Samad menyatakan rasa kesal di atas kejadian itu.

“Pihak polis bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera kerana akan berlaku huru-hara jika mereka yang tidak bersetuju dengan pendapat orang lain dibiarkankan bertindak ganas”, kata Iskandar.

“Kita berada di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi di mana setiap rakyat berhak menyatakan pendapat masing-masing sama ada bersuara atau bertulis dan mereka yang tidak bersetuju dengan sistem sedemikian hanya layak tinggal di dalam hutan”, tambah Iskandar.

Risalah agama

Seorang penduduk Kg. Pandan yang dikenali sebagai En. Arshad terkejut dengan serangan tersebut.

Menurutnya risalah yang diagih adalah risalah agama yang mengajak orang ramai kepada kebaikan dan amat sesuai dibaca di dalam bulan Ramadhan.

BERAKHIRNYA TAWARAN ISTIMEWA

Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Pemergiannya sepatutnya diiringi dengan rasa sedih kerana berakhirlah segala tawaran-tawaran istimewa dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Tetapi adakah kita telah berlumba-lumba untuk mengejar tawaran-tawaran itu atau lebih berminat dengan pelbagai “special offer” yang ditawarkan di kompleks-kompleks membeli-belah?

Walau bagaimanapun bagi umat Islam di Malaysia, Ramadhan membawa perubahan yang besar dan luar biasa. Masjid-masjid dan surau-surau yang dulunya lengang menjadi penuh sesak. Solat subuh berjemaah yang dihadiri oleh beberapa kerat di bulan-bulan lain akan dihadiri oleh puluhan ahli kariah. Tazkirah yang dianjurkan mendapat sambutan dari setiap lapisan masyarakat walaupun ianya dimusuhi oleh mereka yang jahil lagi menyesatkan itu.

Bagi kebanyakan ahli-ahli, aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadhan adalah di sekitar surau-surau atau markas-markas sekiranya surau telah rampas oleh gerombolan pengganas yang bertauliah itu

Dari solat subuh berjemaah atau mungkin qiyamulail sebelum itu, kemudian ke tempat kerja.

Balik dari kerja terus ke pasar juadah, berbuka puasa di surau, solat Maghrib berjemaah kemudian solat Isyak dan solat Tarawih.

Selepas Tarawih, ada tazkirah dan akhirnya menikmati juadah moreh. Kemudian bertadarus di surau atau di rumah sebelum tidur.

Sepanjang Ramadhan, begitulah jadual harian kecuali di hari cuti yang akan diselitkan aktiviti ke pasar atau membeli belah untuk Hari Raya.

Alangkah indah sekiranya setiap hari hidup kita boleh begitu, tidak dilalaikan dengan perkara-perkara yang boleh menjauhkan diri dari agama Allah.

Tetapi adakah sekadar itu sahaja?

Segala amalan sunat akan mendapat ganjaran yang sama seperti amalan yang wajib. Sementara amalan wajib akan digandakan.

Tetapi perlukah kita menjuruskan aktiviti-aktiviti kita di bulan Ramadhan kepada amalan-amalan yang disebut itu sahaja?

Bagaimana pula dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain? Terutamanya bagi kita yang merupakan aktivis di dalam sebuah jemaah Islam.

Perlukah segala gerakerja jemaah yang lain diberhentikan di bulan Ramadhan?

Bagaimana dengan ceramah umum, pengedaran risalah, mesyuarat, usrah, program kemasyarakatan, mencula undi, dakwah kepada bukan Islam dan aktiviti-aktiviti lain yang selalu kita lakukan di luar bulan Ramadhan?

Adakah semua aktiviti jemaah ketika di bulan Ramadhan mesti bertumpu di masjid dan surau sahaja?

Cubalah kita mengkaji sejarah, bukankah peperangan Badr berlaku dalam bulan Ramadhan? Bukankah pembukaan kota Makkah atau Fathul Makkah berlaku dalam bulan Ramadhan? Bukankah Israel mengalami kekalahan terbesarnya dalam peperangan bulan Ramadhan tahun 1973?

BOIKOT?

1 Syawal akan kembali lagi menemui kita. Di dalam kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada Muslimin dan Muslimat di mana sahaja mereka berada.

Tahun ini seperti biasa apabila Hari Raya hampir tiba maka hebohlah dengan berita tentang kenaikan harga barang.

Mula-mula harga ayam melambung naik. Minggu lepas saya diberitahu ianya mencecah RM7.20 sekilo.

Kemudian harga kelapa diberitakan telah turut naik dan dengan itu harga santan pun akan naik.
Gesaan supaya rakyat memboikot membeli ayam kedengaran di mana-mana. Tetapi adakah orang Melayu mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk melancarkan sebarang bentuk boikot? Adakah tarbiyyah Ramadhan telah memberi kesan kepada kita?

Di dalam tahun-tahun 80-an apabila masyarakat Cina tidak bersetuju dengan cara pengedaran limau Mandarin, mereka telah memboikotnya. Limau Mandarin tidak laku pada sambutan Tahun Baru Cina tahun tersebut.

Walaupun limau Mandarin amat penting kepada perayaan itu tetapi demi prinsip mereka sanggup berkorban.

Setiap kali Hari Raya umat Islam seolah-olah dipermain-mainkan kerana harga-harga barang dinaikkan dengan sewenang-wenang. Agaknya sampai bila perkara ini akan berlaku?

23 RAMADHAN 1428 / 5 OKTOBER 2007

PERCUBAAN MEMBUNUH NYDP PAS GAGAL

Satu laporan polis akan dibuat tentang cubaan membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Suhaimi Ghazali tengah hari semalam (28 September) di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor.

Selepas solat Jumaat, Suhaimi yang sedang mengedarkan risalah Ramadan khusus untuk ahli-ahli PAS telah dengan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut telah menumbuk beliau beberapa kali. Lelaki itu kemudiannya telah beredar dari tempat itu sambil mengugut Suhaimi supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Lebih kurang 10 minit kemudian, lelaki tersebut telah kembali dengan sebatang kayu dan terus menyerang dan memukul beliau bertubi-tubi kali sebelum ditahan oleh orang ramai.

Akibat serangan itu Suhaimi telah cedera di kepala, tangan dan kaki.

PAS Kawasan Pandan memandang serius akan kejadian ini.

Lebih-lebih lagi penyerang tersebut dikenali sebagai seorang AJK Pemuda Umno Cawangan di

Kg. Pandan. Beliau juga pernah menyerang dan menumbuk seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Pandan beberapa tahun yang lalu.

Oleh itu satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Taman Dagang, Selangor pada hari Sabtu 29 September 2007, jam 11.00 pagi.

PAS Kawasan Pandan mahu penyerang yang tidak bertamaddun ini dan yang tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia ini dihukum.

28 September 2007

Thursday, September 20, 2007

JALALABAD TERUS BERTAHAN

Ketika saya bekerja di UK saya pernah tinggal di Ponders End, utara London yang mempunyai ramai penduduk Islam berketurunan Bangladesh.

Di sana terdapat sebuah kedai bernama Jalalabad Halal Grocers. Pada saya adalah satu keajaiban sebuah kedai runcit yang dikelilingi pasar raya-pasar raya besar seperti Tesco dan Sainsbury dapat bertahan.

Ketika itu kedainya agak buruk dan harga barangannya sudah tentu lebih mahal dari pasar raya tetapi ia tetap mendapat sokongan dari masyarakat di situ.

Begitulah masyarakat Bangladesh yang tetap akan memberi sokongan kepada perniagaan bangsa mereka.

Mereka tidak akan membiarkan Jalalabad gulung tikar. Baru-baru ini saya telah melayari internet dan mendapati ianya masih wujud.

Terdapat banyak lagi kedai seperti Jalalabad di Britain. Kalau hendak diharapkan jualan daging halal atau rempah-ratus, kedai-kedai runcit seperti itu tidak akan dapat bertahan lama. Tetapi masyarakat minoriti di Britain adalah berbeza dari masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka tetap akan setia kepada perniagaan bangsa mereka walaupun terpaksa berbelanja lebih. Mereka tidak akan berlari ke Tesco atau Sainsbury semata-mata kerana 10 atau 20 pence.

Tidaklah diketahui dengan tepat kenapa ini berlaku. Adakah disebabkan pegangan agama mereka yang kuat? Adakah disebabkan semangat perkauman mereka? Atau adakah kerana Tesco diasaskan oleh seorang Yahudi bernama Jack Cohen dalam 1924?

GULUNG TIKAR

Seorang pemilik kedai runcit di AU2 pernah memberitahu saya tentang kebimbangan beliau terhadap kewujudan pasar raya-pasar raya besar di sekitar Hulu Kelang.

Hari ini kedai beliau dan sebuah lagi kedai runcit beberapa pintu darinya telah ditutup.

Apa yang hendak dihairankan, masyarakat Melayu di AU2 bukanlah seperti masyarakat Bangladesh di Ponders End.

Mungkin di satu hari kelak tidak ada lagi kedai-kedai runcit. Pasar raya-pasar raya besar akan menguasai keseluruhan perniagaan.

SIAPA YANG UNTUNG?

Tetapi bukankah rakyat akan juga untung dengan harga barangan yang rendah?

Bukankah pembukaan pasar raya-pasar-raya ini akan memberi peluang pekerjaan?

Tesco memberitahu akan mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan dengan pembukaan pasar raya-pasar raya baru mereka.

Saya tidak boleh menjawab soalan-soalan itu tetapi saya ingin menceritakan pengalaman saya berbual dengan seorang kakitangan sebuah syarikat pemaju.

Beliau begitu marah kerana sekumpulan nelayan di Kelang telah membantah sebuah projek perumahan mewah syarikat beliau.

Menurutnya nelayan-nelayan itu mendakwa ikan-ikan telah mati akibat dari projek syarikatnya.

Sudah tentu saya terus menyokong nelayan-nelayan itu dan bertanya bagaimana mereka akan mencari rezeki jika sudah tidak ada ikan untuk ditangkap.

Tetapi dengan selamba beliau menjawab, nelayan-nelayan itu boleh menjadi pengawal keselamatan apabila projek tersebut siap dibina.

Yang mana satu agaknya yang lebih baik? Menjadi nelayan atau pengawal keselamatan?

Mewujudkan rangkaian pasar raya asing atau memberi sokongan kepada peniaga rakyat tempatan?

TELUR TAK BASUH

Di bulan Ramadhan ini ramai yang berpusu-pusu ke pasar juadah tetapi kadang-kala di dalam kesibukan, kita lupa apa yang dimakan. Makanan yang halal juga boleh menjadi haram jika bercampur dengan najis walaupun sedikit.

Kita bertarawih, mendengar tazkirah, bertadarus dan bertahajud tetapi ramai yang berbuka dengan juadah yang dicemari oleh najis.

Murtabak, roti telur dan roti John adalah di antara makanan yang kerap bercampur najis.

Sekiranya telur-telur yang digunakan tidak dibasuh dan masih melekat tahi ayam maka ia mungkin akan termasuk ke dalam makanan ketika dipecahkan.

Jika tangan yang telah memegang telur bertahi ayam terus menguli roti maka roti yang kita makan bukan lagi roti telur tetapi roti tahi ayam!

Malah menurut kajian sains, kulit telur yang pada zahirnya tidak bernajis masih terdapat kuman.

Jadi kepada pembeli, minta penjual membasuh telur mereka dan kepada penjual, basuhlah telur-telur anda.

Saya pernah melihat seorang penjual kueh teow meletakan tanda “Kami membasuh telur” sebagai strategi menarik pelanggan.

9 RAMADHAN 1428 / 21 SEPTEMBER 2007

Friday, September 14, 2007

SAMPAH BERTABURAN DI PERUMAHAN RAKYAT PANDAN UTAMA - SALAH SIAPA?


Di manakah tong-tong sampah besar untuk menempatkan sampah-sampah penduduk? Sekejap ada. Sekejap tiada.

Jangan salahkan penduduk kerana mereka tiada pilihan selain dari untuk membuang sampah di atas jalan raya.

Tetapi di manakah mereka yang sepatutnya bertanggunhjawab? Di manakan perginya wakil-wakil rakyat? Di manakah perginya ADUN Cempaka, Dato' Mad Aris Mad Yusuf? Janganlah hanya datang melawat semasa pilihanraya atau ketika mesyuarat agung UMNO Cawangan sahaja.

Bayangkan masalah yang dihadapi penduduk. Bau busuk, lalat dan tikus mengancam kesihatan mereka.Saya pernah hadir di satu majlis di rumah yang berdekatan dan amat payah untuk menjamu selera kerana lalat-lalat yang berterbangan.

Oleh itu, turunlah ke padang YB. Mungkin mereka bukan orang yang kaya raya macam YB tapi mereka juga manusia. Mereka sepatutnya dilayan dengan sewajarnya.

Tetapi nampaknya YDP PAS yang lebih dulu turun. PAS akan tetap memperjuangkan nasib rakyat. PAS akan terus prihatin. PAS akan tetap cakna. Inilah janji kami kepada rakyat.

Wednesday, September 5, 2007

KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD

PAS / K.100 / 2.01c ( 37 )

3 September 2007

Kepada,
Tuan Pengerusi & Ahli Suruhanjaya SUHAKAM,
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA,
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel: 603-26125600
Faks: 603-26125620
E-mel: admin@suhakam.org.my ; humanrights@suhakam.org.my

Tuan/Puan,

KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD

Pihak kami mendesak agar satu siasatan bebas dilakukan berikutan kematian Saiful Azmi b. Mohammad, 39 tahun, dari Kg. Dato’ Harun dekat Kg. Pandan Dalam, Selangor.

Kami diberitahu oleh penduduk kampung itu beliau telah ditahan oleh pihak polis di sebuah warung berhampiran dengan tempat tinggalnya pada pagi 31 Ogos lepas.

Walau bagaiamanapun beliau telah dimasukkan ke Hospital Ampang di dalam keadaan koma pada malam hari tersebut.

Saiful telah akhirnya meninggal dunia pada pagi 2 September.

Kami telah difahamkan pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa telah mempersoalkan penjelasan pihak polis.

Menurut mereka kecederaan yang di alami oleh Saiful tidak konsisten dengan penjelasan pihak polis. Pihak polis berkata beliau telah terjatuh ketika ditahan.

Walau apa sekalipun kesalahan beliau, demi keadilan satu siasatan bebas perlu dijalankan.

Kami berharap siasatan ini akan dapat mematikan sebarang khabar-khabar angin yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap pihak polis atau membawa mereka yang bersalah ke muka keadilan.

Oleh itu kami memohon penglibatan SUHAKAM.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
019-298 9835

CALON BN DUN CEMPAKA BAGI PRU XII


Inilah calon yang diura-urakan akan diketengahkan oleh UMNO untuk menggantikan Dato' Mad Aris Mad Yusuf.

DI ANTARA HANG TUAH DAN MEGAT SERI RAMA

Baru-baru ini kita telah menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 50.

Sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan memaparkan seolah-olah kemerdekaan ini 100% diusahakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Malah pimpinan parti-parti komponen Perikatan lain turut diketepikan.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sejarah versi UMNO, nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Pak Sako, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbung telah ditonjolkan.

Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union.

Sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511, orang-orang Melayu tidak berdiam diri tetapi terdapat pelbagai usaha untuk menghalau penjajah dari Nusantara.

Saya tidak ingin menyentuh tentang perkara ini tetapi saya ingin menarik perhatian kita semua kepada seorang tokoh walaupun beliau jarang dikaitkan dengan perjuangan menentang penjajahan.

Pada pendapat saya, beliau adalah satu-satunya orang Melayu yang sanggup menentang arus di dalam keadaan masyarakat ketika itu dibelenggu oleh mentaliti feudal.

Tokoh itu adalah Megat Seri Rama yang kita kenali sebagai Laksamana Bentan yang telah membunuh Sultan Mahmud Shah II dalam tahun 1699.

Menurut Raja Ali Haji di dalam kitab Tuhfatun Nafis, Sultan Mahmud telah ditikam ketika diusung ke masjid untuk bersolat Jumaat.

Sebelum itu, Sultan telah membunuh isteri Laksamana tersebut, Wan Anum, kerana memakan nangka milik baginda.

Bukanlah hasrat saya untuk mengajak kita menjadi ganas tetapi di dalam sejarah Melayu inilah kali pertama berlaku penentangan terhadap Raja dan Raja akhirnya tumpas.

Sebelum itu, Hang Jebat telah memberontak menentang Sultan Melaka tetapi akhirnya telah dibunuh oleh Hang Tuah. Maka terselamatlah Sultan.

Hang Tuah telah membunuh orang yang membelanya dan taatnya tanpa usul periksa namun masyarakat Melayu meletakkan Hang Tuah ditempat yang tinggi.

Mungkin inilah masalah orang Melayu. Mereka masih lagi feudal. Mereka enggan menentang kelompok yang memerintah walaupun mereka itu korup, zalim dan menyeleweng.

Mentaliti Hang Tuah telah meresap ke dalam jiwa mereka.

Kita tidaklah mahu bermandi darah seperti Megat Seri Rama tetapi ketika mengundi sama ada tahun ini atau tahun depan, kenanglah Laksamana Bentan yang telah memerdekakan minda kita.

ABDULLAH GUL

Walaupun ditentang oleh kumpulan sekular dan tidak disenangi oleh tentera tetapi Abdullah Gul telah berjaya menjadi Presiden Turki.

Saya tertarik kepada sebuah artikel di dalam NST (25 Ogos 2007) yang bertajuk, “Can Islamist Gul be president of all Turks?” (Bolehkah pro-Islam Gul menjadi presiden kepada seluruh rakyat Turki?).

Soalan ini telah separuh terjawab kerana sokongan kepada AK Parti beliau bukan hanya terdiri dari mereka yang dikenali sebagai “practicing Muslim”.

Terdapat rakan-rakan kita yang terkejut apabila melihat wanita-wanita yang tidak bertudung memegang poster AK Parti.

Walau bagaimanapun persoalan yang lebih besar adalah adakah PAS boleh menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia?

Mungkin bagi negeri Kelantan dan Terengganu tidak menjadi masalah kerana umat Islam melebihi 90%.

Tetapi bagaimana di negeri-negeri seperti Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Bukan sahaja AJK Pusat perlu diajukan soalan ini tetapi Ketua-Ketua Cawangan juga perlu menjawab soalan ini.
Adakah anda ketua bagi seluruh taman, kampung, blok atau lorong anda? Atau anda hanya duduk di dalam kelompok anda sahaja?

S & P AGREEMENT

Alhamdulillah kita telah menandatangani perjanjian jual beli (S & P Agreement) untuk premis pusat khidmat masyarakat kita di Taman Angsana Hilir.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang sila berhubung dengan Tuan Haji Kamaruddin Ahmad di 012 226 7000.

24 SYAABAN 1428 / 7 SEPT 2007

Wednesday, August 22, 2007

PERSOALAN TARBIYYAH

Baru-baru ini terdapat satu cadangan agar setiap ahli PAS dibekalkan dengan satu buku rekod usrah.

Buku itu akan tercatit kitab-kitab dan topik-topik yang telah dilalui oleh mereka ketika usrah dan program-program tarbiyyah yang lain.

Cadangan ini telah dibuat agar ahli-ahli dapat mengukur tahap pentarbiyyahan yang telah diperolehi.

Kadang-kala terdapat ahli yang terpaksa melalui kitab atau topik berulang-ulang kali kerana menyertai usrah yang baru apabila berpindah Kawasan atau Cawangan atau kumpulan usrah mereka telah mati.

Dari sudut ini, cadangan tersebut adalah baik kerana setiap ahli mempunyai rekod akan sukatan-sukatan tarbiyyah yang telah dilalui.

Walau bagaimanapun saya tidak bersetuju sekiranya kemampuan atau komitmen ahli-ahli dinilai semata-mata melalui buku ini.

Program-program tarbiyyah seperti usrah, tamrin, qiyamulail dan mukhaiyyam penting di dalam pembentukan ahli. Tetapi kita tidak boleh menilai kualiti seorang ahli semata-mata melalui program-program tarbiyyah yang telah mereka sertai.

Sukatan tarbiyyah itu tidak seharusnya disempitkan dengan program-program tradisional sahaja.

Walaupun sebagai umat Islam menuntut ilmu adalah wajib tetapi kita tidak mahu ahli-ahli yang sarat dengan ilmu tetapi malas membantu gerakerja jemaah.

Secara peribadi saya tidak akan menilai sama ada seorang ahli itu bertanggungjawab atau boleh diharapkan melalui berapa ratus atau ribu usrah, qiyamulail dan tamrin yang telah mereka sertai.

Salahuddin Al-Ayyubi akan memilih tentera-tentera yang mengerjakan qiyamulail untuk diletakkan di barisan hadapan. Tetapi apa akan terjadi sekiranya tentera-tentera Salahuddin menganggap qiyamulail sebagai matlamat akhir, bangun berqiyamulail tetapi tidak pergi berperang di siang hari?

Ini adalah masalah yang dihadapi oleh kita. Ahli-ahli yang menganggap program-program tarbiyyah sebagai gerakerja terakhir dan tidak ada gerakerja selepas itu.

Ada kejadian di mana ahli-ahli tidak turun berdemonstrasi walaupun diarah kerana memilih untuk menghadiri usrah.

Terdapat Cawangan-Cawangan yang telah berusrah bertahun-tahun dan telah menadah bermacam-macam kitab tetapi gagal untuk menjayakan program-program Kawasan.

Terdapat ahli-ahli yang ke hulu hilir mendengar kuliah tetapi tidak boleh menghadiri mesyuarat atau program Cawangan mereka.

Jika cadangan buku rekod ini dipraktikkan maka ahli-ahli sedemikian mungkin akan mempunyai laporan-laporan yang begitu hebat tetapi pada hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Tanpa menafikan program-program tarbiyyah tradisional, penilaian sama ada pentarbiyyahan seorang ahli itu mencukupi atau tidak perlu juga diukur melalui komitmen beliau.

Adakah beliau menyumbang kepada program-program jemaah? Adakah beliau kerap gagal untuk menghadiri mesyuarat? Adakah beliau meletakkan kepentingan jemaah lebih dari kepentingan diri?

Pendidikan pernah ditafsirkan sebagai perkara yang terus dilakukan walaupun perkara-perkara yang dihafal telah dilupakan.

Contohnya di sekolah kita mungkin disuruh menghafal peraturan sekolah supaya tidak membuang sampah merata-rata. Tetapi sehingga ke hari ini kita tetap mematuhi peraturan itu walaupun tidak lagi menghafalnya.

Pendidikan yang diterima terus melekat di dalam diri kita.

Mungkin begitu juga tarbiyyah.

Seorang ahli pada peringkat awal akan menghafal ayat-ayat tentang meyakini bahawa Allah akan membantu mereka yang membantu agama Allah. Tetapi hasil tarbiyyah, walaupun jika ayat-ayat itu tidak dihafal lagi namun mereka tetap tidak akan gentar dengan sebarang ugutan.

Berlainan pula dengan mereka yang terus menghafal ayat-ayat itu tetapi tidak mahu menganjurkan sebarang program kerana takut kepada Ketua UMNO Cawangan.

Atau mereka yang menghafal ayat-ayat tentang betapa Yahudi akan kekal memusuhi kita tetapi tetap menyokong perniagaan bangsa yang dilaknati Allah SWT itu.

BANGUNAN SENDIRI

Alhamdulillah PAS Kawasan Pandan akan menandatangani pejanjian jual beli untuk sebuah premis di Taman Angsana Hilir bagi pusat khidmat kita di dalam beberapa hari lagi.

InsyaAllah kita akan membeli secara tunai dan sesiapa yang ingin menyumbang, sila berhubung dengan Tuan Haji Kamaruddin Ahmad di 012 226 7000.

11 SYAABAN 1428 / 24 OGOS 2007

Tuesday, August 14, 2007

PEPERANGAN SUDAH BERMULA

Pada 29 Julai lepas satu pertemuan telah diadakan di antara pimpinan tertinggi PAS Pusat dan pimpinan tertinggi PAS Negeri Selangor.

Pertemuan tersebut merupakan siri pertemuan yang diadakan pada hari itu di antara pimpinan PAS Pusat yang diketuai oleh Dato’ Seri Presiden dan pimpinan negeri-negeri.

Ketika saya tiba, pimpinan Pahang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat dan pimpinan Perak pula baru sahaja masuk.

Pada lebih kurang jam 5.30 petang kami telah dipanggil masuk setelah pimpinan Perak keluar.

Agenda pertemuan tersebut hanyalah satu, persiapan pilihanraya.

Sepanjang saya menjadi ahli PAS, jarang saya mendengar Dato’ Seri Presiden menyentuh perkara-perkara teknikal tentang pilihanraya.

Tetapi pada hari itu beliau telah hanya memberi penekanan kepada tiga perkara iaitu daftar pemilih, penculaan dan penipuan pilihanraya.

Kami telah digesa agar menumpukan seluruh perhatian dan tenaga kepada gerakerja pilihanraya dengan memberi keutamaan kepada pendaftaran pengundi baru, semakan daftar pemilih dan gerakerja mencula.

Kami juga telah diarahkan supaya lebih bijak mengesan taktik-taktik penipuan yang digunakan oleh Barisan Nasional.

Penegasan Dato’ Seri Presiden pada hari itu merupakan satu isyarat kepada setiap ahli PAS bahawa peperangan sudah bermula.

Pimpinan lain seperti Naib Presiden, Tuan Haji Mohammad Sabu yang selalunya membuat kita ketawa terbahak-bahak di ceramah-ceramah beliau begitu serius pada hari itu.

Kami adalah bagaikan pelajar-pelajar sekolah yang dipanggil mengadap oleh seorang guru besar.

Satu demi satu soalan telah diajukan kepada kami dengan nada yang serius.

Begitulah suasananya sekarang. Pimpinan tertinggi kita begitu mengambil berat akan persiapan pilihanraya. Mereka mahu kita bersungguh-sungguh.

Kita sudah begitu hampir kepada pilihanraya dan seluruh tenaga dan sumber-sumber yang ada perlu disalurkan kepadanya agar kejayaan dapat diperolehi.

Setiap Dewan, Cawangan, ahli dan institusi-institusi PAS yang lain perlu memainkan peranan masing-masing.

Sama ada Dewan atau Cawangan, perlu membantu memacu gerakerja kita ke arah kemenangan.


Sama ada Ketua Cawangan ataupun guru PASTI, semuanya mempunyai tugas masing-masing di dalam peperangan yang telah bermula ini.

Ketua-Ketua Cawangan mestilah mempunyai keberanian kerana mereka adalah bagaikan panglima perang yang akan memastikan kemenangan PAS di dalam pertempuran yang akan berlaku.

Guru-guru PASTI pula janganlah hanya menganggap PASTI sebagai tempat untuk “makan gaji” kerana pada hakikatnya PASTI adalah PAS. Contohilah guru-guru KEMAS yang berhempas pulas untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Sekarang adalah masanya di mana pertembungan di antara hak dan bathil akan menjadi bertambah nyata. Inilah realiti. Inilah kenyataan. Inilah “the real world”.

Segala pentarbiyyahan yang diperolehi semasa kuliah, tarbiyyah haraki, usrah dan tamrin patut dimanfaatkan. Ianya bukanlah sekadar teori-teori sahaja.

Apa gunanya ilmu yang diperolehi jika kita hanya berpeluk tubuh dan enggan bersama di dalam gerakerja-gerakerja jemaah?

Janganlah kita menjadi seperti ulamak UMNO yang mempunyai ilmu tetapi berdiam diri apabila Islam diserang.


26 REJAB 1428 / 10 OGOS 2007

Sunday, July 22, 2007

UMNO MEMBUAT ORANG MELAYU DIPANDANG HINA

Seorang jurutera sebuah syarikat kontraktor pernah dengan tiba-tiba memberi saya sebuah bungkusan.

Saya terkejut apabila membukanya kerana mendapati wang berjumlah RM25,000.

Setelah mendapatkan nasihat dari peguam Zulkifli Nordin saya telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada BPR.

Rasuah di dalam industri pembinaan adalah satu perkara biasa. Siling runtuh, tiang retak, bumbung bocor dan pelbagai lagi kerosakan yang berlaku kemungkinan besar akibat dari amalan rasuah.

Tidak salah jika saya mengatakan yang memberi selalunya Cina dan yang menerima selalunya Melayu.

Apabila sesuatu kelulusan tidak diberi maka andaiannya adalah sogokan perlu diberikan.

Di dalam kes saya kelulusan untuk beberapa kerja yang tidak menurut piawaian telah saya tahan. Maka pihak kontraktor menyangka bahawa saya seperti orang Melayu lain yang mahukan sogokkan jika inginkan kelulusan.

Begitulah hinanya orang Melayu di kaca mata orang Cina. Pada mereka orang Melayu adalah satu bangsa yang sentiasa mahukan sogokkan.

Jangan kita salahkan orang Cina. Selama 50 tahun mereka diajar oleh UMNO bahawa segala-galanya memerlukan sogokan.

Daripada sebesar-besar projek kepada sekecil-kecil kontrak perlu ada “minyak” untuk melicinkan kerja. Dari PDA kepada kapal layar, dari 50 sen kepada RM500 juta, seperti kata Perwira Mat Gila, “Ada duit semua boleh jadi”.

Saya tahu sebuah projek lambat dengan baki kerja RM25 juta tetapi telah diberikan kepada kontraktor yang baru dengan nilai RM100 juta!

Akhirnya rakyat yang tepaksa menanggung kos tambahan itu. Duit yang boleh digunakan untuk menggantikan helikopter Nuri atau membina klinik-klinik desa telah ditelan oleh para kroni.

Berbalik kepada kes rasuah RM25,000, tidak penting jika tidak terdapat sebarang pendakwaan kerana yang paling penting adalah mesej bahawa bukan semua orang Melayu boleh disogok.

FAHAMILAH APA YANG KITA JANJIKAN

Semasa kempen pilihanraya umum 1997 di Britain parti pembangkang Liberal Demokrat telah berjanji untuk menyuntik sebanyak £2 billion ke dalam sistem persekolahan di negara itu jika ia menang.

Menurut parti itu perbelanjaan ini akan dibiayai melalui peningkatan cukai pendapatan sebanyak 1p atau lebih kurang 4 sen kita ketika itu.

Apa yang menarik adalah bagaimana parti-parti politik di sana begitu terperinci di dalam janji-janji mereka.

Liberal Demokrat mahu memperbaiki sistem persekolahan dan mereka membuat kajian akan jumlah wang yang diperlukan. Malah bukan sahaja jumlahnya mereka tahu tetapi mereka dapat memberitahu rakyat dari mana wang ini akan datang.

Di negara Barat parti-parti yang bertanding di dalam pilihanraya lazimnya mempunyai manifesto yang terperinci. Tidak memadai hanya mencadangkan sesuatu tetapi perlu menyatakan kosnya dan bagaimana kos ini akan dibiayai.

Mungkin sudah sampai masanya PAS juga mengambil pendekatan yang lebih profesional seperti ini.

Tidak memadai hanya menjanjikan sesuatu seperti negara berkebajikan tetapi rakyat perlu diberitahu bagaimana dan dengan apa ianya akan dilaksanakan.

Pada Muktamar yang lepas usul kita untuk menggantikan PTPTN dengan biasiswa telah dipilih untuk dibahaskan.

Kita telah dengan bertungkus lumus menyiapkan teksnya tetapi alangkah lebih baik sekiranya terdapat lebih banyak statistik di dalamnya.

Contohnya berapa jutakah nilai pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPN? Jika ianya akan dijadikan biasiswa dari manakah dana ini akan datang? Adakah melalui cukai yang baru atau penjimatan perbelanjaan pada sektor yang kurang kritikal?

INGIN MEMBANTU PAS?

Mengedar risalah adalah cara yang paling mudah untuk membantu PAS.

Fotokopi artikel yang sesuai dari Harakah. Mungkin hanya 10 keping dan edarkan kepada 10 buah rumah.

Edarkan kepada rumah yang sama setiap kali dan secara berterusan seperti dua minggu sekali.

Jika terdapat 1,000 orang ahli yang melakukannya maka 10,000 risalah akan diedar setiap kali!

12 REJAB 1428 / 27 JULAI 2007