Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PERUMAHAN NEGERI SELANGOR 31 MAC 2011.

PEMBERIAN AIR PERCUMA SECARA TERUS KEPADA PENDUDUK PEMBANGUNAN KOS RENDAH BERSTRATA.   Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekelian yang telah menyentuh tentang pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk di pembangunan-pembangunan kos rendah.   Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat terhadap nasib begitu ramai penduduk rumah kos rendah itu yang tidak mendapat air percuma kerana tidak mempunyai meter individu.   Tindakan awal Kerajaan Negeri adalah untuk menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu.   Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dapat dipercepatkan dan dipermudahkan.   Kerajaan Negeri mahu Syabas melonggarkan syarat-syarat migrasi dan telah berlaku sedikit kelonggaran.   Walau bagaimanapun, proses migrasi ini masih tidak cukup pantas. Masih ramai yang tidak mendapat air percuma.   Oleh itu, tindakan seterusnya Kerajaan Negeri adala

NO PEACE FOR NIRWANA RESIDENTS

Commercial square development goes on in face of objections THURSDAY, MARCH 29, 2012 - 21:29 by Hamzah Nazari FLASHBACK: The residents during their protest last October AMPANG:  The development of high density City Garden Commercial Square, formerly known as Ken City, continues despite continued objections from Taman Nirwana residents here. According to spokespersons for developer Sri Seltra Sdn Bhd and the Ampang Jaya Municipal Council, all procedures had been followed. The council's public relations officer, Norhayati Ahmad, said the public must submit official letters when requesting for copies of documents like approval letters and reports. "They (Sri Seltra) have approval and have complied with the council's requests regarding the development of the supporting infrastructure," she said. A representative from a nearby residents association claimed that the increased population density that would result from the development would lead to social problems, drainage i

Kenyataan YB Iskandar A. Samad :
Ketua Polis Daerah Ampang mesti bertindak adil

Sekiranya Ketua Polis Daerah Ampang benar-benar adil, Majlis Makan Malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kg. Pandan pada 29 Mac ini mesti diarah untuk dibatalkan. Polis Daerah Ampang pada 25 Mac lepas telah menganggu ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini. Kedua-dua majlis di Kg. Pandan dan di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak itu adalah satu perhimpunan maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah serupa. Kalau satu majlis telah dihalang maka majlis yang satu lagi juga patut dihalang. Rakyat sedang menjadi hakim. Sekiranya pihak Polis sendiri mengamalkan sikap 'double-standard' maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka. Akhirnya akan timbul huru-hara di dalam masyarakat kerana mereka yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang gagal mendapat keyakinan rakyat. Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / ADUN Ch

Sidang DUN Selangor Penggal Keempat bermula hari ini 28 Mac 2011.

Hebatnya pentadbiran Kerajaan BN!

Hari adalah pembukaan sidang DUN Selangor oleh Tuanku Sultan Selangor. Pada sidang DUN yang lepas, Menteri Besar telah mengumumkan bahawa hutang-hutang Talam kepada Kerajaan Negeri telah dapat dipungut melalui pengambilan alih aset-aset Talam oleh Kerajaan Negeri. Hutang yang mencecah RM395 juta itu sebelum ini 'tersembunyi' di dalam perjanjian-perjanjian di antara Kerajaan BN dan Talam. Ia telah dikenalpasti melalui satu pasukan khas. Tidaklah saya mahu membincangkan di sini sama ada hutang-hutang itu disedari oleh Kerajaan BN atau mereka sengaja buat-buat tidak sedar. Tetapi yang nyata, Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya memungut hutang-hutang itu untuk dimanfaatkan untuk rakayat. Buat permulaan RM50 juta akan digunakan untuk skim mikrokredit iaitu pinjaman untuk peniaga-peniaga kecil. Jadi siapa yang lebih cekap? Siapa pula yang lemah? Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan? 28 Mac 2011

Kenyataan Media YB Iskandar A. Samad : Jangan jadikan isu rumah panjang PJS1 isu perkauman

Tindakan sesetengah pihak menjadikan isu perpindahan 29 keluarga rumah panjang PJS1, Petaling Jaya isu perkauman mesti dikutuk oleh seluruh rakyat Selangor. Ada yang mempertikaikan kenapa hanya keluarga rumah panjang India mendapat bantuan sewa dan perpindahan walhal keluarga rumah panjang Melayu di kawasan-kawasan lain di Selangor tidak mendapat bantuan seperti itu. Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan sewa RM14,285 setiap keluarga bukan di atas dasar bangsa. Bantuan diluluskan di atas dasar kemanusian. Keluarga tersebut telah tinggal di situ kerana pembinaan rumah kos rendah mereka telah terhenti akibat satu tindakan mahkamah dalam tahun 2004. Bantuan itu diluluskan untuk membantu mereka mencari rumah sewa sehingga rumah kekal mereka siap. Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk didiami. Bantuan diluluskan di atas dasar itu dan bukan kerana mereka berbangsa India sepertimana yang mungkin didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi terdapat juga mereka yang menyemarakkan api

Kenyataan Media Pejabat YB Iskandar A. Samad :
PROJEK BUKIT BOTAK BERJALAN LANCAR.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Perumahan PAS Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad telah melakukan satu lawatan tapak ke projek perumahan Taman Selayang Mutiara untuk bekas peneroka bandar Kg. Bukit Botak pada 25 Mac 2011. Turut bersama adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang - Dato' Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar ( Teknikal ) PKNS - Ir. Haji Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras DUN Taman Templer - Haji Mohammad Abdul Rahman. Projek tersebut sedang berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus. Berdasarkan kemajuan di tapak, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012. Projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat. Sebarang masalah yang dihadapi adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi. Sebanyak 1,422 unit rumah berkembar akan disiapkan untuk bekas pene

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD :
PENJELASAN ISU RUMAH PANJANG PJS1, PETALING JAYA.

Nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya telah mendapat perhatian media akhir-akhir ini. Rumah panjang tersebut merupakan penempatan transit bagi 29 keluarga peneroka bandar sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan. Rumah kos rendah mereka telah mula dibina dalam tahun 2004 pada satu tapak berdekatan tetapi telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang telah mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut. Walau bagaimanapun pada tahun 2009, Kerajaaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah ini di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut. Sebagai sebahagian dari penyelesaian bagi penduduk rumah panjang itu, setiap keluarga telah pada 4 Mac 2010 ditawarkan RM 10,000 untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit yang lain sehingga rumah kekal mereka siap. Bantuan sewa dan perpindahan ini akan ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pet

Ceramah dan penyampaian bantuan di Kg Tudan, Miri, Sarawak 22 Mac 2011.

Mereka marah sebab rahsia mereka terdedah.

UMNO dan BN memang marah apabila penyelewengan-penyelewengan mereka didedahkan kepada umum. Mungkin itu sebabnya ada yang marah dengan artikel saya '22 tahun, rugi RM100 bilion' yang diedarkan di Pandan melalui akhbar Harakah sebagai Coretan 48. Ada yang kata ia hanya 'layak dibaca oleh bini dan anak- anak' saya. Saya faham maksud beliau. Beliau tentu hanya mahu artikel itu dibaca oleh 'bini dan anak-anak' saya kerana tidak mahu rahsia penyelewengan-penyelewengan UMNO dan BN terdedah. RM100 bilion telah ditelan oleh kroni-kroni UMNO dan BN sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir. Mereka kaya raya walhal rakyat merempat dan melarat. Padanlah mereka tidak mahu rakyat tahu apa yang mereka telah lakukan!

Mesyuarat agung PAS Cawangan Kg. Perwira Jaya 20 Mac 2011

Mesyuarat agung PAS Cawangan Taman Melor di Dataran Hj. Idris 19 Mac 2011.

Perasmian papan tanda PAS Cawangan Kg. Perwira Jaya 20 Mac 2011.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Taman Maju Jaya Fasa 3 - 19 Mac 2011.

22 TAHUN, RUGI RM100 BILION

Bekas penulis Asian Wall Street Journal, Barry Wain, di dalam bukunya "Malaysian Maverick" telah melaporkan Kerajaan Malaysia kerugian RM100 bilion sepanjang Tun Dr. Maharhir Mohamed menjadi Perdana Menteri.   Pembaziran ini berlaku akibat dari amalan rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan beliau.   Projek-projek atau kontrak-kontrak menjadi mahal sekiranya ia tidak diberi kepada pihak yang benar-benar melaksanakannya tetapi kepada pihak yang hanya akan mengambil komisyen. Yang buat kerja orang lain. Ianya cara mudah untuk membuat duit tetapi rakyat akan rugi.   Bayangkan jika RM100 billion ini dapat diselamatkan. Kita boleh mempunyai rangkaian lebuhraya yang lebih canggih dari sekarang tanpa perlu membayar tol untuk menggunakannya. Kita mungkin telah ada sistem LRT dan MRT yang lebih canggih dari negara-negara maju. Kita mungkin telahpun menjadi negara maju.   Malah bukan sahaja di bawah pemerintahan beliau tetapi rakyat turut rugi selepas pemerint

Polis ganggu ceramah Pas Ganti Umno di Taman Cahaya 16 Mac 2011

Pihak Polis telah mengganggu ceramah tersebut ketika Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria berceramah. Mereka mahu ia diberhentikan walaupun suasana ceramah itu adalah aman dan teratur. Setelah gagal menghalang ceramah itu, mereka telah membawa lari kain rentang ceramah yang digantung di simpang jalan masuk. Mereka juga telah merampas MyKad petugas yang cuba menghalang mereka. Walaupun telah berlaku provokasi namun para pendengar tetap terus setia mendengar ceramah yang disampaikan. Yang menghairankan pihak Polis tidak pula mengganggu ceramah anjuran UMNO, Selamatkan Selangor, di Pandan Jaya dan Kg. Cheras Baru baru-baru ini. Jelas sekali pihak Polis mengamalkan 'double standard'.

Ceramah Umum PAS Ganti Umno 16 Mac 2011 di Flat Taman Cahaya.

YB Ustaz Mohd. Zakaria, ahli Parlimen Padang Terap telah berceramah bersama YB Iskandar A. Samad (YDP PAS Kawasan Pandan) dan Sdra. Abdul Jalil Hasan (TYDP PAS Kawasan Pandan).

Ceramah PAS Ganti Umno Siri 2

Tarikh - 16 Mac 2011 Masa - 9.30 malam Tempat - Flat Taman Cahaya (Dekat Surau Hamidin) Penceramah : Sdra. Roslan Dato' Shahir (Ketua Penerangan PAS Selangor) Ustaz Musa Baharuddin (Ketua Ulama' PAS Kawasan Hulu Langat) YB Iskandar A. Samad (Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan) SEMUA DIJEMPUT HADIR

Siapa yang sebenarnya yang bersifat perkauman?

Dalam BFM 98.9 pagi tadi, MB Selangor dituduh tidak melantik Low Siew Moi sebagai GM PKNS kerana beliau berbangsa Cina dan seorang wanita. PAS ketika itu menolak Low kerana beliau adalah sebahagian dari pentadbiran lama di bawah GM lama, Dato' Harun Salim. Bukan kerana beliau berbangsa Cina atau seorang wanita. PAS konsisten kerana apabila GM PKNS sekarang Othman Omar dikaitkan dengan pelbagai tuduhan penyelewengan, PAS turut lantang mahu tindakan diambil ke atas Othman. Jika PAS bersifat perkauman sudah tentu PAS akan mempertahankan Othman sebagaimana mereka yang mempertahankan Low. PAS tidak kira Melayu, Cina atau India, yang salah tetap salah. PAS tidak menyerang atau mempertahankan seseorang semata-mata kerana bangsa. Low yang Cina kena, Osman yang Melayu pun kena. Semua kena kalau salah. Yang bersifat perkauman adalah mereka yang mempertahankan Low walaupun apa sekali hujjah mereka yang menentang perlantikan tersebut. Mereka hanya melihat pada bangsa dan menutup mata kepada hu

PROJEK PENEMPATAN SEMULA MESTI MENGIKUT JADUAL

GOMBAK, 12 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berharap agensi-agensi kerajaan yang terbabit melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti.   Ini, katanya kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk.   Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Town House di Kampung Kemensah, hari ini yang telah mendapat kerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.   Turut hadir Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Ahmad Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB), Datuk Samad Maharuddin.   Iskandar berkata, PNSB adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberikan tanggungjawa

Majlis serah kunci 72 rumah bandar (townhouse) 12 Mac 2011.

Majlis telah dilangsung pada pagi 12 Mac 2011. Penerima-penerima kunci adalah bekas peneroka bandar Kg. Kemensah Hilir. Mereka telah menunggu 4 tahun untuk rumah mereka.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Pusat Bandar Pandan Jaya pada 10 Mac 2011.