Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Perangai-perangai Umno yang wajib dijauhi oleh ahli-ahli PAS

1. Kalau tak buat kat hotel tak datang program. 2. Kalau tak disediakan bas air cond tak datang program. 3. Kalau tak dibayar atau tak dapat T-shirt tak datang program. 4. Kalau mesyuarat takde cerita lain tapi cerita projek. 5. Kalau tak dapat peruntukan, tak gerakkan Cawangan. 6. Kalau tak dapat projek, tak gerakkan Cawangan. 7. Kalau tak dapat projek, nak letak jawatan. 8. Kalau dapat kontrak dengan kerajaan, caj gila-gila. 9. Kalau minta bagi derma akan kata, "Takde idea lain ke?". 10. Kalau jumpa pemaju atau kontraktor atau sape saja yang boleh dikelentong, tawar diri jadi broker. ( Bersambung )

Pergi mesyuarat sampai jam 5 pagi......

Pagi tadi sampai rumah jam 2.37 pagi dari Sg. Besar. Kalau difikirkan hebat betul orang Sg. Besar yang boleh datang mesyuarat dan program-program lain di Shah Alam hingga jauh malam. Begitu juga orang Tg. Karang. Begitu juga orang Sabak Bernam yang lebih jauh. Sudah tentu jam 2 atau 3 pagi sampai rumah. Atau jam 5 kalau terlalu penat dan terpaksa tidur tengah jalan. Bandingkan dengan kita yang markas tak sampai 15 minit dari rumah tapi bila dipanggil datang mesyuarat atau hadir program, banyak alasan dibaginya. Itulah bezanya di antara yang bersungguh-sungguh berjuang dan yang hanya sekadar bercakap sahaja. Teringat masa zaman dulu-dulu. Masa baru kahwin. Masa belum ada jalan 4 lorong ke Sabak Bernam. Pernah beri kursus PACA di markas lama di Sg. Besar. Bertolak dari Keramat bersama isteri jam 5.00 petang dan tiba di markas itu ketika orang azan Isyak. Jauhnya ketika itu! Kemudian dalam perjalanan balik, terlalu mengantuk. Terpaksa tidur dalam kereta bersama isteri di tol Batu Tiga. Te

Lawatan ke Sg Besar 29 Jun 2010

Menunggu makan malam di Restoran Madinah, Kg. Peket Seratus, Sg. Panjang bersama-sama AJK dan ahli-ahli PAS Sg. Besar.

Umno curi api dan air.....

Saya amat terkejut apabila seorang pembaca meter datang ke pusat khidmat saya dengan bil-bil yang tidak dibayar . Bukan sikit tetapi beratus-ratus. Bil-bil itu pula bukan untuk rumah saya atau pusat khidmat saya tetapi untuk dewan-dewan yang dulunya dikenali sebagai dewan Umno. Nampak sungguh jahat UMNO. Sudahlah dewan-dewan orang ramai dijadikan dewan Umno, bil-bil air dan api pun tidak dibayar.

SU Politik baru MB Selangor mengangkat sumpah kerahsian.

Sebentar tadi. 2.15 petang 29 Jun 2010 di Shah Alam.

Ahli PAS pun ada tuntutan

Memorandum dan tuntutan adalah satu perkara biasa di dalam politik dan pentadbiran kerajaan. Sebagai wakil PAS di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, saya kerap menerima memorandum dan tuntutan dari para ahli dan penyokong. Kebanyakan tuntutan tersebut adalah berkaitan dengan Islam atau masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Di antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah yang melibatkan kawalan penjualan dan penggunaan arak oleh umat Islam. Kewujudan kedai-kedai judi di kawasan umat Islam dan juga yang dilanggani oleh umat Islam turut dibangkitkan. Masalah keruntuhan moral di kalangan remaja Islam juga membimbangkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong. Perjuangan PAS adalah perjuangan yang bertunjangkan aqidah dan ianya bukan bersifat materialistik maka tuntutan-tuntutan seperti itu adalah sesuatu yang semulajadi bagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong. Dasar PAS tidak pernah berubah dari tahun 1951. Hanya pendekatan yang berbeza-beza. PAS adalah sebahagian dari rangkaian gerakan Islam

Jom tiru macam Karpal Singh

Hari ini Karpal Singh kata Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam atau "Islamic State". Katanya lagi Malaysia tetap akan menjadi negara sekular. Kita tidak bersetuju dengan pendirian beliau tetapi kita patut kagum dengan ketegasan Karpal mempertahankan prinsip beliau dan parti beliau. Kita juga berharap agar pimpinan dan ahli PAS tegas dan tidak berselindung apabila menyatakan pendirian PAS. Sama ada ia boleh dilaksanakan cerita lain, yang penting rakyat terutamanya rakan-rakan Pakatan Rakyat kita jelas akan pendirian PAS. Kadang kala hendak memberi penjelasan tentang arak dan judi pun berselindung-selindung. Itu pun belum lagi hendak bercerita tentang hudud dan qisas.

Hari Kesihatan MPAJ Zon 19 pada 27 Jun 2010 di Pandan Indah

Program telah dianjurkan oleh Ahli Majlis Abdul Jalil Haji Hasan dan dirasmikan oleh ADUN Chempaka.

Khir Toyo cuba lancar "psy war"

1. Ketua Pembangkang Selangor Khir Toyo berkata, susah hendak menukar MB Selangor sekarang kerana beliau di sokong kuat oleh DAP. 2. Kata bekas MB Selangor itu, bukan PKR yang menjadi kuasa penentu di Selangor tetapi DAP. 3. Jadi Khir Toyo telah mula melancarkan "psy war" beliau. 4. Dalam keadaan Umno Selangor yang kucar kacir, dituduh lembab dan Setiausaha Perhubungannya Satim Diman dikatakan mahu meletakkan jawatan maka sudah tentu Khir Toyo dan Umno akan mencuba sesuatu. 5. Tetapi kenyataan beliau bukanlah untuk memberi komen tentang perkembangan terkini tetapi hanya untuk menakut-nakutkan orang Melayu. 6. Ini tidak menghairankan kerana orang Melayu, terutamanya di luar bandar, adalah sasaran Umno. 7. Orang Melayu bandar dan orang Cina telah lama menolak mereka. 8. Tetapi buat pertama kali sejak media mula mengada-adakan cerita, kewujudan parti selain dari PKR disebut walaupun dengan berniat jahat. 9. Selangor diperintah bersama. 10. Media yang mencipta dongeng ini terlupa

Kenapa orang PAS tak bergaduh rebut projek.

Sebab PAS parti Islam, kalau ada yang nak projek sekalipun taklah sampai bergaduh sesama sendiri atau mengamuk kat pimpinan. Adab kena jaga. Nama baik jemaah Islam kena jaga. PAS tu penerusan kerja-kerja para Rasul. Ahli yang baru masuk pun tahu. Jadi tindakan mereka tentu tidak sesuka hati. Ada rasa segan. Ada rasa malu nak buat tak senonoh. Mereka tahu yang akan malu bukan PAS aje tapi Islam itu sendiri. Mereka tahu amanah yang dibawa. Tanggung jawab yang dipikul. Kedua mungkin PAS tu parti lama. Terdapat ahli PAS yang masih hidup yang dah berjuang sejak tahun 50-an. Kalau setakat dari tahun 70-an dan 80-an pun berlambak. Mereka ni pula takde kepentingan. Ikhlas. Bukan kaki projek. Jadi susah nak cari ahli-ahli yang kata kami dah berjuang lama dan kami patut dapat projek. Ada rasa malu alah kepada orang-orang lama. Kalau yang rasa tak malu, yang muka tebal tapi lambat laun pun akan rasa malu. Sebab ahli PAS cukup terasa, cukup sakit hati kalau ada yang kata, "Rupanya selama ni n

Apa muslihat siar filem Melayu masa solat Jumaat?

1. Apa muslihat RTM2 siarkan filem-filem Melayu yang pernah 'top' masa waktu solat Jumaat? 2. Ia disiarkan setiap hari Jumaat bermula dari jam 12.30 tengah hari. 3. Minggu ini 'Ghazal Untuk Rabiah' yang dibintangi oleh Jamal Abdillah. 4. Adakah ia satu usaha untuk menarik orang Melayu supaya menonton TV dan tidak menunaikan solat. 5. Supaya mereka asyik menonton hingga tertinggal Jumaat. 6. Adakah ia juga satu perancangan APCO?

Mempertahankan Kg. Baru bukan isu perkauman

Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkata pada satu ceramah PAS Kawasan Pandan di Taman Dagang bahawa mempertahankan penempatan orang Melayu di Kg Baru bukan satu isu perkauman. Dalam ceramah pada 24 Jun itu, beliau berkata sedemikian kerana tidak ada orang Cina yang menuntut untuk membangunkan kampung yang berusia lebih 100 tahun itu. "Hanya UMNO yang bersungguh-sungguh mahu melenyapkan ciri-ciri Kg. Baru yang asal", tambah Mahfuz. Katanya lagi, UMNO seolah-olah mahu menghalau orang Melayu keluar dari bandar. Ia hanya akan mengganggu keseimbangan kaum di ibukota.

Tanggung jawab ahli di dalam perkongsian kuasa

Sebuah parti Islam seperti PAS hanya patut bekerjasama dengan parti-parti lain sama ada di dalam atau di luar kerajaan sekiranya ia dapat memberi manfaat kepada Islam. Ataupun sekiranya ia dapat menghalang sebarang kemudharatan yang lebih besar kepada Islam. Tetapi jika kerjasama itu boleh mendatangkan kemudharatan maka tidak wajar berlaku sebarang kerjasama. Kepentingan Islam adalah lebih utama dari sebarang jawatan atau kedudukan. Walau bagaimanapun menjadi tugas pimpinan malah ahli-ahli untuk memastikan terdapat manfaat kepada Islam hasil dari sebarang kerjasama. Lebih-lebih lagi jika kerjasama itu berjaya menubuhkan sebuah kerajaan maka setiap peluang mesti digunakan untuk memperkasakan Islam. Anugerah sebuah kerajaan tidak sepatutnya disia-siakan. Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah masuk tahun ketiga. Kehadiran PAS di dalam kerajaan tersebut telah dapat memberi ruang yang lebih luas bagi Islam untuk berperanan. Walaupun tidak 100 peratus yang diperjuangkan oleh PAS sej

Ahli Parlimen Sabak Bernam tipu Parlimen dalam isu pasir

1. Ahli Parlimen Sabak Bernam telah memberitahu sidang Parlimen bahawa pendapatan kerajaan negeri Selangor di zaman BN dari hasil pasir adalah RM40 juta setahun. 2.) Tapi sebenarnya untuk 3 tahun sebelum PR mengambil alih, pendapatannya adalah RM7 juta bagi 2005, RM8 juta bagi 2006 dan RM9 juta bagi 2007. 3.) Pendapatan di bawah PR adalah RM12 juta bagi 2008, RM12 juta bagi 2009 dan RM6 juta sehingga Mei untuk 2010. 4.) Pendapatan di bawah PR pula tidak termasuk pendapatan Kumpulan Semesta. 5.) Penipu betul Umno!

PTPN tidak peduli pelajar-pelajar KUIS hidup atau mati

1.) Dalam satu emel, PTPN telah memaksa KUIS mengambil tindakan ke atas seorang pelajarnya yang kononnya telah ditangkap berkempen pada pilihanraya kecil Hulu Selangor. 2.) PTPN mahu KUIS memberi penjelasan kenapa tiada lagi tindakan ke atas pelajar itu. 3.) MENURUT PTPTN, SEHINGGA PENJELASAN DIBERI, TIDAK ADA PELAJAR-PELAJAR BARU KUIS AKAN MENDAPAT PINJAMAN PTPTN. 4.) Perkara ini telah dibawa kepada perhatian MB dan Exco-Exco oleh YB Dr. Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor. 5.) UMNO kata mereka pejuang orang Melayu tapi nampaknya Kerajaan Umno-BN tidak peduli sama ada anak-anak Melayu boleh belajar atau tidak setelah tidak mendapat pinjaman.

MB Selangor lantik Setiausaha Politik baru!

Di makan malam bersama media malam ini di Hotel Concorde, MB Selangor telah melantik SU Politik baru Faekah Hj Husin menggantikan YB Nik Nazmi.

Majlis makan malam YAB Dato' Menteri Selangor bersama media di Hotel Concorde 22 Jun 2010

Tinjauan kerja-kerja baik pulih lif di Desa Mentari, Petaling Jaya 22 Jun 2010.

Kerja-kerja berjalan lancar. Ada lif-lif yang telah siap untuk digunakan. Kemajuan kerja adalah seperti berikut, Pakej 1 - Blok 1 - 8 ( 19 unit ) : 70 peratus siap Pakej 2 - Blok 9 - 10 ( 8 unit ) : 40 peratus siap Dijangka siap sepenuhnya 30 Jun 2010

Kursus Kemahiran Di Inpens, Kuala Selangor.

Terdapat 10 kekosongan di Inpens, Kuala Selangor untuk belia-belia dari kawasan Parlimen Pandan bagi kursus-kursus untuk Sijil Kemahiran Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah, 1.) Juruteknik Kenderaan Motor ( Automotif ) 2.) Juruteknik Elektrik 3.) Juruteknik Elektronik 4.) Juruteknik Sistem Komputer 5.) Pelukis Pelan Mekanikal, 6.) Penyejukbeku Dan Penyaman Udara 7.) Pembuat Pakaian Wanita 8.) Jurukecantikan Dan Juruestetik 9.) Pendandan Rambut. -Jangkamasa kursus 6 bulan. -Berasrama penuh, percuma dan wang saku RM100 sebulan diberikan. -Pernah menduduki SPM dan berumur 17 tahun ke atas. -Terbuka kepada warganegara Malaysia dan semua kaum. -Peluang melanjutkan pengajian selepas tamat. -Sila hubungi saya di 019 298 9835 atau pusat khidmat saya di 03 9283 3835 jika berminat sebelum 30 Jun 2010.

Umno sanggup burukkan Islam untuk menghadapi PAS

1. Umno sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat mereka. 2. Untuk mengekang sokongan rakyat terhadap PAS, Umno sanggup memburukkan Islam. 3. Dikaitkan Islam dengan keganasan agar rakyat takut kepada PAS yang dituduh macam-macam. 4. Dikatakan rakyat tidak selamat kerana ada ancaman besar yang sedang menunggu. 5. Inilah Umno yang sanggup memburukkan agama sendiri untuk mencapai matlamat mereka.

Piala Dunia : Di antara strategi dan kekuatan fizikal

Nampaknya walaupun Piala Dunia kali ini di Afrika tetapi pasukan-pasukan Afrika akan pulang awal. Cameroon dan Nigeria telah kalah dua kali dan gagal ke pusingan kedua. Afrika Selatan walaupun tuan rumah mempunyai peluang begitu tipis untuk mara. Ivory Coast pula setelah kalah sekali dan seri sekali juga tidak selamat. Hanya Ghana mempunyai peluang cerah tetapi akan tersingkir jika kalah kepada Jerman dan Serbia mengalahkan Australia. Dari segi kekuatan fizikal, pemain-pemain Afrika mengatasi pemain-pemain Eropah dan Amerika Selatan. Saiz tubuh mereka juga lebih besar. Tetapi kenapa pasukan-pasukan Afrika gagal menyaingi pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan? Pada saya pasukan-pasukan-pasukan Afrika gagal kerana dari segi strategi dan taktik mereka gagal menyaingi pasukan-pasukan tersebut. Ghana berhadapan dengan Australia yang hanya tinggal 10 pemain tetapi gagal memanfaatkan kelebihan dan tidak dapat menjaringkan gol. Cameroon pula mengasak Denmark bertubi-tubi kali tetapi gaga

Orang Cina pun tahu duit judi haram!

Ada seorang kawan bercerita kepada saya yang kawannya yang berbangsa Cina memberitahu beliau bahawa dia baru menang berjudi. Tidak pula diberitahu judi apa, mungkin tikam ekor. Secara berjenaka beliau meminta kawan Cina itu membelanja beliau makan. Tetapi kawan Cina itu berkata, "You orang baik, orang sembahyang tak boleh makan ini duit, lain kali saya belanja dengan lain punya duit". Umno sahaja buat-buat tidak tahu duit judi itu haram.

Sekolah dah mula semula!

Pagi ni sekolah dah mula balik. Jadi jalan dah sesak semula. Tapi pagi ni kena pengerusikan pendengaran awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor. Begitu tenang dan dingin di Kuala Kubu Baru. Sungguh berbeza dari masa pilihan raya kecil. Sesuai untuk orang-orang pencen.

JANGAN JADIKAN RAMADHAN BAHAN DAGANGAN

Saya ingin mengingatkan Menteri Pelancongan Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen bahawa bulan Ramadhan bukanlah satu bahan dagangan seperti kain batik yang boleh dijual beli. Pada 10 Jun lepas, beliau telah mengumumkan bahawa satu Pesta Ramadhan akan diadakan di I-City, Seksyen 7, Shah Alam bertujuan untuk menarik pelancong Arab. Pesta yang akan dianjurkan pada bulan Ogos ini menurut blog beliau akan dipenuhi dengan "food, shopping and fun filled activities" atau "makanan, membeli-belah dan kegiatan bersuka-ria". Katanya, "Tents will be erected where tourists can do their late night shopping while enjoying buffet spreads including Middle Eastern cuisine and cultural performances ala Samara festivals" atau "Khemah-khemah akan didirikan di mana para pelancong boleh membeli belah sehingga larut malam di samping menikmati makanan termasuk makanan Timur Tengah dan pertunjukan kebudayaan ala pesta Samara". Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan i

Tarikh Pilihanraya Umum : Perlukah Kerajaan Negeri Ikut Kerajaan Pusat?

Heboh baru-baru ini bahawa pilihan raya akan diadakan lebih awal. Ini berikutan kenyataan PM Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa tarikh pilihan raya akan datang akan mengejutkan semua orang. Ramai yang mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan lebih awal. Ini bukan kali pertama rakyat mendengar tentang Barisan Nasional akan mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 lebih awal. Pilihanraya umum tidak perlu diadakan sehingga Mac 2013. Saya tidak tahu apa sebabnya jika benar-benar BN hendak mengadakan pilihanraya umum lebih awal. Mungkin PM hendak mendapatkan mandat baru. Wakil-wakil rakyat lepas dipilih semasa zaman Pak Lah. Mungkin PM hendak menggantikan mereka dengan orang-orang beliau dan membersihkan kerajaan dari saki baki orang-orang Pak Lah. Atau PM dan penasihat-penasihat beliau merasakan jika diadakan pilihanraya awal, BN boleh memperolehi keputusan yang lebih baik dari 2008. Tetapi perlukan Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri apabila PM membubarkan Parlimen? Seb

Dakwaan ugutan bunuh di Klang : Kita tunggu sahaja siasatan pihak polis

Pagi tadi saya sempat membaca berita di dalam sebuah akhbar bahawa seorang indiviidu yang dilaporkan mengetuai demonstrasi terhadap kerajaan negeri di Taman Permai Indah, Klang telah mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh. Katanya satu laporan polis telah dibuat di sebuah balai polis di Klang. Saya tidak tahu sama ada ugutan itu benar atau untuk menagih simpati atau kerana beliau kepanasan kerana rasa bersalah. Adalah lebih baik sekiranya siasatan pihak polis yang menentukannya. Saya juga tidak tahu siapa yang begitu marah kepada penduduk tersebut sehingga mahu membunuhnya. Tetapi Taman Permai Indah adalah di antara 3 kawasan rumah kos rendah yang menerima bantuan membaik pulih lif dari kerajaan negeri. Saya telah menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain untuk bantuan tersebut. Taman Permai Indah amat bernasib baik. Kerajaan BN sebelum ini tidak menghulurkan bantuan sedemikian kepada penduduk. Menyelenggara dan membaik pulih lif adalah tanggung jawab penduduk bukan kerajaa

Ke pub dulu sebelum ke surau?

Baru ni pergi ke satu majlis di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur. Masa hendak solat telah pergi ke tingkat 2 di mana suraunya terletak. Terkejut bila hendak ke tandas kerana tidak ada tandas lain di tingkat itu kecuali di dalam sebuah pub. Jadi terpaksalah masuk pub dulu sebelum solat. Tidak ada tandas di surau itu. Tandas pub itu pun lebih luas dari surau yang disediakan. Begitulah kedudukan Islam di negara kita.

Di antara masyarakat majmuk dan masyarakat satu kaum

Masa mula-mula kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah dikecam hebat kerana mencadangkan UiTM mengambil pelajar-pelajar bukan Melayu. Maka beraraklah pelajar-pelajar lengkap dengan baju hitam dari kampus mereka ke Bangunan SUK sebagai tanda protes. Saya tahu cadangan Tan Sri Khalid itu akan mendedahkan pelajar-pelajar Bumiputera kepada persaingan yang lebih kompetitif. Mungkin juga pelajar-pelajar itu akan didedahkan kepada nilai-nilai pembelajaran atau nilai-nilai lain yang baik yang ada pada pelajar-pelajar bukan Melayu. Pelajar-pelajar juga bila bekerja kelak akan berurusan dengan rakan kerja dan masyarakat dari pelbagai kaum maka eloklah mereka dibiasakan dengan suasana tersebut terlebih awal. Tetapi benarkah dalam suasana yang berbilang kaum persaingan akan menjadi lebih kompetitif? Mungkin benar kerana seseorang senang terasa tercabar atau rasa tidak selamat dan akan berusaha dengan lebih keras. Bukan sahaja di dalam suasana berbila

Parlimen pindah ke Putrajaya, kembalikan Kuala Lumpur balik kepada Selangor!

Kerajaan Persekutuan BN nak bina Parlimen baru di Putrajaya. Mahal pulak tu, RM800 juta. Jadi Parlimen nak pindah. Kementerian-kementerian pun banyak dah pindah. Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan pun banyak dah pindah. Jadi bila nak pulangkan balik Kuala Lumpur kepada Selangor? Dulu Kuala Lumpur diserahkan kerana ia merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Sekarang pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah di Putrajaya. Jadi apa tunggu lagi?

Di antara pengganas dan buang bayi : Mana yang lebih mengancam?

Betul ke ada JI di institut pengajian tinggi? Heboh satu dunia baru-baru ni kononnya unsur-unsur pengganas telah masuk ke dalam negara kita. Menteri-menteri heboh, Ketua Polis Negara pun heboh. Tapi bila ada pelajar institut pengajian tinggi dipenjara 12 bulan kerana membuang bayi takde pulak yang heboh. Takde pula yang nak tubuh jawatankuasa khas nak kaji berapa ramai lagi yang dah buang bayi. Pelajar-pelajar yang murtad pula bagaimana? Takde pula yang heboh-heboh. Mungkin kalau heboh pun tak guna. Tak dapat pujian Obama. Tak dapat pujian Australia. Lainlah kalau tangkap pengganas, dapat minum teh di White House, di sanjung di Canberra. Ingat tak satu masa dulu, kita serahkan seorang pelajar UIA kepada Amerika kononnya dia adalah seorang pengganas? Al-Quran ajar kita jangan percaya orang fasiq tapi musuh Islam kita percaya bulat-bulat. Bukan itu saja, kita pun pernah dengar cerita kita benarkan ejen-ejen Thai menangkap pejuang Islam Patani di dalam negara kita dan bawa balik ke Thaila

Bantahan halang MPAJ keluarkan kelulusan

Bantahan penduduk di Pandan telah menghalang MPAJ mengeluarkan kelulusan merancang bagi sebuah projek pembangunan di Taman Nirwana, Ampang oleh pemaju Seri Seltra Sdn. Bhd. Penduduk telah mengadakan demonstrasi pada 9 Jun lepas di Menara MPAJ, Pandan Indah ketika mesyuarat yang membincangkan pembangunan tersebut sedang berjalan. Akibat dari bantahan penduduk, MPAJ telah menangguhkan kelulusan untuk pembangunan itu. Pemaju pula telah diarah mengadakan dialog dengan penduduk. Menurut penduduk, mereka tidak membantah pembangunan tetapi projek yang melibatkan sebuah menara 24 tingkat itu dibantah keras oleh mereka. Penduduk bimbang ia akan menyebabkan kesesakan trafik seperti di Taman Chempaka yang bersebelahan akibat dari pembinaan projek Menara Axis dan Axis Atrium. Difahamkan penduduk mahu pembangunan yang berdensiti rendah. Mereka juga telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor tentang bantahan mereka. Tandatangan juga telah dipungut di masjid yang berdekatan.

Exco Selangor dihalang di Sukma

Exco Selangor YB Elizabeth Wong menceritakan petang tadi bagaimana seorang pegawai di Sukma yang sedang berlangsung di Melaka begitu marah apabila beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara renang. Elizabeth berkata pegawai tersebut mempersoalkan kenapa beliau dibenarkan menyampaikan pingat-pingat itu. Akibat dari bantahan pegawai tersebut, Elizabeth berkata beliau telah hanya dijemput untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara sahaja walaupun pada mulanya beliau dijemput untuk dua acara. Bagi acara yang kedua, seorang Exco (Menteri) Sabah telah menggantikan beliau. Tahun lepas saya telah ke Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta Sukma negeri Selangor. Sempat menyaksikan perlawanan hoki. Tapi tahun ini setelah apa yang berlaku kepada Elizabeth, rasanya mungkin tidak ke Melaka. Nampaknya di Melaka, dalam sukan pun pilih-pilih parti.

SAYA TIDAK PERNAH MENUDUH BARISAN NASIONAL (BN) SABOTAJ KERJA-KERJA BAIK PULIH LIF DI TAMAN PERMAI INDAH, KLANG

Saya ingin menafikan bahawa saya telah menuduh Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab di atas kecurian yang telah melambatkan kerja-kerja membaik pulih lif-lif di Taman Permai Indah, Klang. Saya hanya mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menyiasat sama ada kecurian pada 11 Mei lepas merupakan usaha untuk menggagalkan kerja-kerja membaik pulih itu. Selain dari kecurian, sebahagian dari alat-alat ganti telah juga rosak kerana dimasuki air. Sehubungan itu, saya akan mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya mempengerusikan satu jawatankuasa penyiasat. Oleh itu, saya tidak faham kenapa pemimpin BN perlu marah dengan kenyataan saya bahawa siasatan itu untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan itu satu sabotaj. Mungkin juga mereka bimbang rakyat akan menuding jari kepada mereka kerana mereka telah mempolitikkan kerja-kerja membaik pulih itu sejurus setelah berlakunya kecurian dan kerosakan tersebut. Menurut perancangan baru, kesemua lif-lif itu akan siap untuk diuji pada 30

Ustaz Hasan dalam kenangan

Pada jam 2.00 petang hari Isnin 14 Jun 2010 Ustaz Hasan Shukri telah meninggalkan kita. Ada yang mengingati beliau sebagai bekas Timbalan Presiden PAS. Ada yang mengingati beliau sebagai Naib Presiden PAS, Setiausaha Agung PAS, Ketua Pemuda PAS atau Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Tetapi tentu ramai yang tidak akan melupakan dengan kisah-kisah tahun 60-an dan 70-an yang selalu diceritakan beliau. Jika dibandingkan cerita orang-orang lama seperti Ustaz Hasan, kita akan terasa begitu kerdil. Satu cerita yang beliau selalu ulangi adalah bagaimana beliau pergi berceramah di Hulu Perak. Ketika itu di kampung-kampung tidak ada bekalan elektrik. Maka terpaksalah mereka membawa bersama pembesar suara dan bateri-baterinya sekali. Saya tidak tahu berapa besar atau berapa banyak bateri yang dibawa tetapi sudah tentu besar dan banyak jika mahu berceramah hingga satu kampung dapat mendengar. Tentunya sebesar bateri lori dan bukan satu atau dua. Jika kereta tidak dapat masuk ke kampung maka terpaks

Selangor dan Kedah mungkin tumbang

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman memberi amaran di Muktamar bahawa Selangor dan Kedah mungkin tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang. Beliau berkata ahli-ahli PAS di negeri-negeri itu tidak sepatutnya merasa selesa. Katanya pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, PR telah kehilangan 6 peratus undi orang Melayu dan 10 peratus undi orang India. Dato' Halim mahu ahli-ahli bekerja keras mendaftarkan pengundi-pengundi baru. Katanya terdapat 4 juta rakyat Malaysia yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi. "Rugi jika tidak didaftarkan kerana 70 peratus pengundi muda tidak menyokong BN", tambah beliau.

LIF-LIF DI TAMAN PERMAI INDAH, KLANG SIAP DIBAIK PULIH MULAI 18 JUN INI

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan kerja-kerja membaik pulih lif-lif di Taman Permai Indah, Pelabuhan Klang pada 26 Mac 2010. Menurut perancangan awal, kerja-kerja ini dijangka siap pada 25 Mei 2010. Walau bagaimanapun, pada 3 Mei 2010 sebahagian dari alat-alat ganti telah mengalami kerosakan apabila tempat menyimpannya di tapak telah dimasuki air. Selain dari itu, pada 11 Mei 2010 terdapat alat-alat ganti yang diperbuat dari aluminium telah didapati dicuri. Kontraktor yang dilantik oleh PKNS telah turut membuat aduan bahawa mereka telah menerima ugutan ketika menjalankan kerja-kerja mereka. Walaupun berhadapan pelbagai halangan, kerja-kerja membaik pulih terus berjalan dan tidak terhenti. Menurut jadual baru, satu lif bagi setiap blok (Blok A, B, C dan D) akan siap untuk diuji pada 18 Jun 2010. Lif-lif itu pula dijangka akan mendapat sijil-sijil kebenaran untuk digunakan dari pihak berkuasa selewat-lewatnya dua minggu selepas ianya diuji. Sementara lif kedua ba

Lagi Cerita Bini Lama, Bini Baru.

Kalau dapat bini baru jangan tinggalkan bini lama. Begitulah kiasan yang digunakan oleh wakil Kelantan apabila membahaskan ucapan dasar Presiden. Beliau menekankan bahawa dalam kita menjaga pengundi-pengundi baru jangan kita lupa kepada pengundi-pengundi lama. Pengundi-pengundi lama yang merupakan pengundi-pengundi teras merujuk kepada orang-orang Melayu. Saranan itu telah disokong oleh wakil-wakil negeri lain. Terengganu dan Selangor di antara yang menyokong. Walau bagaimanapun pada hari kedua ketika membahaskan usul pilihanraya, wakil Shah Alam berbeza pendapat. Kata beliau sebelum adanya PR, PAS tidak mendapat sokongan. Dari apa yang saya faham maksud beliau masa depan PAS adalah bersama PR dan tidak perlu memikir yang lepas-lepas. Memang kita tetap bersama PR tetapi yang mana satu betul? Mungkin kedua-duanya betul. Kelantan pun betul. Shah Alam juga betul. Kelantan telah 20 tahun merasai kemenangan. Dari zaman Angkatan Perpaduan Ummah. Sudah tentu mereka mahu menjaga pengundi-pengu

Dewan Himpunan perlu bimbingan

Dr. Mujahid Yusuf Rawa memberitahu Muktamar bahawa Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu dibimbing. Beliau berkata dewan himpunan itu perlu berdiri dengan sendiri dan berkemampuan menganjurkan program-programnya sendiri. Tambah beliau yang merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, ahli-ahli dewan himpunan itu telah berikrar akan menjaga nama baik PAS dan mempertahankan prinsip-prinsipnya. Sebelum itu seorang perwakilan telah mencadangkan agar dewan himpunan mempunyai program 'tarbiyyah' mereka tersendiri. Untuk meraikan ahli-ahli himpunan, dicadangkan di Muktamar agar PAS tidak lagi menghidangkan daging lembu pada majlis-majlis yang dihadiri oleh mereka.

Selangor mohon panduan tentang pelaksanaan Islam

Wakil Selangor yang berucap di Muktamar mahu PAS Pusat mengeluarkan garispanduan tentang pelaksanaan Islam. Ketua Dewan Ulama' selepas Muktamar Dewan Ulama' telah menggesa pelaksanaan Islam di negeri-negeri PR disegerakan. Kata wakil Selangor panduan ini perlu kerana apabila pimpinan PAS Selangor menggesa kawalan ke atas arak dan judi, orang-orang PAS juga yang membantah.

Pengundi teras yang setia

Wakil Selangor turut menyokong pandangan wakil Kelantan bahawa kita perlu menjaga pengundi teras kita. Beliau menceritakan di Muktamar bagaimana imej PAS telah cuba dicalarkan oleh UMNO dengan tragedi Memali dan Ops Lalang. Malah UMNO turut melabel PAS sebagai ajaran sesat. Tetapi usaha-usaha ini gagal merentap dari PAS sokongan pengundi terasnya.

PAS melukut di tepi gantang?

Wakil Selangor yang juga Setiausaha Perhubungan, Mohd Khairuddin Osman, telah mengucapkan terima kasih kepada Unit Amal yang bertugas di Muktamar tahun ini. Beliau telah juga menyatakan penghargaan kepada Unit Amal yang telah turun bertugas setiap kali ada demonstrasi atau pilihanraya kecil. Beliau berkata Unit Amal dan jentera PAS sentiasa mendapat pujian dari rakan-rakan PR yang lain di atas komitmen mereka. Menurut Khairuddin tenaga mereka dikerah tidak kira parti mana yang bertanding. Tetapi beliau berharap biarlah selepas menang PAS juga dicari. Janganlah selepas pilihanraya, suara PAS tidak dipedulikan. Bagai melukut di tepi gantang. Betulkah perkara ini? Saya pun ada dengar Jawatankuasa PAS yang menunggu 6 bulan untuk berjumpa seorang MB tetapi masih gagal.

Tandas di masjid-masjid di Kelantan turut di sentuh di Muktamar

Tandas di masjid-masjid dan surau-surau di Kelantan telah turut di sentuh di Muktamar. Ada yang menyarankan agar penceramah-penceramah menekankan isu kebersihan di kuliah-kuliah. Cadangan ini timbul kerana tahap kebersihan tandas masjid yang digunakan oleh para perwakilan sungguh tidak memuaskan.

Satu Cawangan Satu Peti Undi

Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS pagi ini memberitahu Muktamar bahawa kalau mana-mana Kawasan hendak bertanding pilihanraya maka kena ada sekurang-kurangnya satu Cawangan untuk setiap Peti Undi.

PAS juga membantu umat Islam di Patani dan Mindanao.

Di dalam penggulungan Muktamar pagi ini, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hubungan Luar memberitahu bahawa PAS turut membantu umat Islam Patani dan Mindanao. Tetapi untuk menjaga sensitiviti sesama negara-negara Asean, usaha-usaha ini tidak diberikan publisiti yang meluas. Selain dari itu, pimpinan PAS turut berulang alik ke Eropah untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam di Aceh.

Makan tengah hari di Kota Bharu.

Tandas terbersih di Kelantan.

Kelantan bukanlah terkenal dengan tandas-tandas yang bersih tetapi tandas ini Mydin depan HUSM cukup hebat.

Kita bukan Arab Badwi .....

Perwakilan Dewan Ulama' berkata keterbukaan pimpinan adalah untuk disantuni bukan untuk dikhianati. Katanya kita selalu menceritakan kisah bagaimana Saidina Umar RA apabila dilantik menjadi khalifah meminta ditegur jika melakukan kesalahan. Kemudian bangkit seorang Arab Badwi yang berkata akan menegur Umar dengan pedang jika Umar melakukan kesalahan. Menurut perwakilan Dewan Ulama' itu yang perlu dicontohi adalah keterbukaan Umar dan bukan cara Arab Badwi itu menegur.

PAS dan Palestin

Muktamar hari ini diberitahu bahawa orang Islam di Tanah Melayu telah memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Bekas Yang Dipertua PAS atau Presiden PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah dipenjarakan di Palestin dalam tahun 1936 kerana memperjuangkan nasib umat Islam di sana. Apabila beliau pulang ke Singapura, beliau telah turut dipenjarakan kerana menentang Perjanjian Balfour yang merampas bumi Palestin dari umat Islam. Ini dilakukan melalui penulisan-penulisan beliau di dalam majalah Taman Bahagia. Oleh itu penglibatan umat Islam di Malaysia di dalam perjuangan umat Islam Palestin bukanlah satu perkara yang baru. Nasib bumi Palestin telah dibangkitkan di Muktamar-Muktamar PAS sejak tahun 60-an lagi.

Kalau ada bini baru jangan lupa bini lama .....

Perwakilan Kelantan YB Mohd Amar Abdullah berkata kalau kita ada bini baru, jangan lupa dengan bini lama. Maksud beliau sekarang PAS mempunyai ramai pengundi-pengundi baru seperti dari masyarakat bukan Islam tetapi PAS tidak seharusnya lupa kepada pengundi-pengundi lama. Mereka adalah pengundi-pengundi teras, orang Melayu, yang tidak sepatutnya diabaikan di dalam kita mengejar sokongan pengundi-pengundi baru. Mereka telah tetap setia bersama PAS selama ini.

Umno tidak akan gerun ....

"Umno tidak akan gerun jika kita bertarung dengan hartabenda dan material tetapi Umno akan gerun jika kita bertarung dengan hujjah dengan ilmu, dengan Al-Quran, dengan dalil" Ucapan wakil Dewan Ulama' di Muktamar 2010.

Laksanakan Islam : Sediakan KPI!

Dato Harun Taib dalam sidang akhbar selepas Muktamar Dewan Ulama' baru-baru ini mahu negeri-negeri di bawah PR melaksanakan Islam. Saya yakin semua ahli bersetuju dengan kenyataan ini tetapi lebih baik PAS Pusat yang menetapkan KPI utk PAS di negeri-negeri tersebut perjuangkan. KPI ini sudah tentu akan berbeza bagi setiap negeri. KPI bagi Selangor tentu berbeza dari Kelantan. KPI penting supaya jelas kepada rakyat, ahli-ahli dan rakan-rakan PR akan pendirian PAS dan agenda PAS di dalam kerajaan. Oleh itu, kita berharap tidak ada lagi tuduhan bahawa pimpinan telah gagal atau telah mengkhianati perjuangan sebab ahli-ahli tidak faham yang mana perlu disegerakan dan yang mana perlu dikemudiankan. DAP pun ada KPI seperti pilihanraya kerajaan tempatan yang mereka perjuangkan di negeri-negeri PR.

MUKTAMAR 2010 : Perbelanjaan Muktamar di Selangor dan Perak.

Seorang perwakilan Negeri Kedah telah bertanya mengapa perbelanjaan Muktamar di Selangor tahun lepas jauh lebih tinggi dari Muktamar di Perak pada tahun sebelumnya. Di Selangor RM119,789.08 dan di Perak RM38,716.95. Perwakilan itu turut bertanya adakah Selangor tidak menyumbang kepada perbelanjaan Muktamar tersebut? Saya ingin menambah kepada penjelasan yang telah diberikan oleh Bendahari PAS Pusat. Sebenarnya jumlah yang dicatit di dalam buku laporan Muktamar adalah jumlah yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos Muktamar di Selangor ada lebih tinggi dari RM119,789.08 yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos sebenar ada melebihi RM700,000. Jawatankuasa Pelaksana Muktamar 2010 yang tulang belakangnya PAS Selangor bertanggung jawab untuk mencari pembiayaan untuk jumlah ini.

Muktamar PAS di Kota Bharu 2010

Suasana di dalam dewan di PUTIK.

Hati-hati gerak saraf ini!

Hati-hati akan kes-kes seperti ini, 1. Dihebohkan oleh orang-orang tertentu kononnya ADUN nak datang program tapi ADUN tak pernah janji pun. Maka menunggulah orang ramai dan bila ADUN tak sampai, penganjur pun belasah ADUN cukup-cukup. Bukan setakat itu aje, cerita ADUN tak datang ini dijaja satu taman atau satu kampung. Kononnya masa BN tak jadi macam ni. 2. Maka datanglah orang-orang tertentu berjumpa ADUN atau pegawai-pegawai ADUN meminta yang bukan-bukan. Contoh meminta beribu-ribu ringgit kononnya nak mulakan perniagaan, nak bayar Along, kereta nak kena tarik atau rumah nak kena lelong. Tetapi bila ADUN tak dapat bagi wang tunai maka ada orang-orang yang menjaja cerita serata taman atau kampung yang ADUN kedekut. Yang kononnya ADUN BN lagi baik. Hebat sungguh perancangan mereka. Mana tidaknya, dapat bantuan APCO kan! ( Maaf, memang betul Pekan Dong. Rumah Tengku Puji seberang sungai di Kg Durian Sebatang )

Singgah sebentar di Hulu Dong

Dalam perjalanan ke Muktamar di Kota Bharu singgah sebentar di Hulu Dong. Pernah berkempen di sini masa pilihanraya kecil Batu Talam tahun 1993, pilihanraya Mona Fendi. Masa tu baru dilantik jadi Setiausaha PAS Kawasan.

Muktamar : Jangan termakan umpan musuh, ada perkara yang lebih penting.

Tidak sampai 4 hari lagi Muktamar Agung PAS akan bermula di Kota Bharu. Sejak akhir-akhir ini Muktamar dilangsungkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Tahun ini di Kelantan, tahun lepas di Selangor dan tahun sebelumnya di Perak ketika Pakatan masih menguasai negeri tersebut. Tahun ini nampaknya media telah mula membuat spekulasi tentang rentak perbahasan Muktamar tahun ini. Kononnya akan ada pertembungan di antara kumpulan yang pro Pakatan dan kumpulan yang pro UMNO atau Unity Government. Media seolah-olah cuba mempengaruhi para perwakilan bagaimana hendak berbahas. Adakah para perwakilan akan termakan dengan umpan ini? Saya berharap para perwakilan akan dapat memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan Parti. Isu Unity Government telah lama berkubur. Kenapa kita mesti melayan provokasi media yang mempunyai agenda mereka tersendiri? Tetapi apakah yang paling penting untuk dibahaskan? Pada saya ada dua perkara iaitu, (1) Sejauh manakah agenda-agenda PAS atau per

UMNO : Actor of the year!

Sakit hati bila mendengar penjelasan wakil tentera Israel yang disiarkan sepenuhnya oleh Astro saluran 512. Kononnya kapal yang diserang dikendalikan oleh kumpulan pengganas yang lengkap bersenjata. Katanya komando-komando Yahudi itu telah diserang. Saya tidak fikir Jamuliddin Elias yang berada di atas kapal itu ada membawa machine gun. Begitulah cerita Yahudi, berdolak dalik, pandai berpura-pura dan mencari alasan. Begitulah juga perangai pemimpin UMNO. Kononnya marah kepada Yahudi. Bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Tapi cerita sebenar adalah sebaliknya. Dalam diam-diam UMNO dan BN menggunakan khidmat sebuah syarikat Yahudi, APCO, untuk menaikkan imej kerajaan Malaysia. Di antara ahli lembaga pengarahnya adalah bekas pegawai agensi perisikan negara haram Israel. Rupa-rupa kita bukan bertarung dengan UMNO dan BN sahaja tetapi kita juga berhadapan dengan kepakaran Yahudi yang dulu, kini dan selamanya memusuhi umat Islam. Adakah taktik agensi perisikan Israel di Tebing Barat

MIC UNTUNG 3 KALI, UMNO PULANG TANGAN KOSONG!

Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada UMNO di Selangor. Tetapi betulkah begitu? UMNO sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar. Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen. Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator. Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri. Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat? Pemim