Selangor dan Kedah mungkin tumbang

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman memberi amaran di Muktamar bahawa Selangor dan Kedah mungkin tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Beliau berkata ahli-ahli PAS di negeri-negeri itu tidak sepatutnya merasa selesa. Katanya pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, PR telah kehilangan 6 peratus undi orang Melayu dan 10 peratus undi orang India.

Dato' Halim mahu ahli-ahli bekerja keras mendaftarkan pengundi-pengundi baru. Katanya terdapat 4 juta rakyat Malaysia yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

"Rugi jika tidak didaftarkan kerana 70 peratus pengundi muda tidak menyokong BN", tambah beliau.