Seorang perwakilan Negeri Kedah telah bertanya mengapa perbelanjaan Muktamar di Selangor tahun lepas jauh lebih tinggi dari Muktamar di Perak pada tahun sebelumnya.
Di Selangor RM119,789.08 dan di Perak RM38,716.95.
Perwakilan itu turut bertanya adakah Selangor tidak menyumbang kepada perbelanjaan Muktamar tersebut?
Saya ingin menambah kepada penjelasan yang telah diberikan oleh Bendahari PAS Pusat.
Sebenarnya jumlah yang dicatit di dalam buku laporan Muktamar adalah jumlah yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos Muktamar di Selangor ada lebih tinggi dari RM119,789.08 yang dibelanjakan oleh PAS Pusat. Kos sebenar ada melebihi RM700,000. Jawatankuasa Pelaksana Muktamar 2010 yang tulang belakangnya PAS Selangor bertanggung jawab untuk mencari pembiayaan untuk jumlah ini.