Skip to main content

Ahli PAS pun ada tuntutan

Memorandum dan tuntutan adalah satu perkara biasa di dalam politik dan pentadbiran kerajaan.

Sebagai wakil PAS di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, saya kerap menerima memorandum dan tuntutan dari para ahli dan penyokong.

Kebanyakan tuntutan tersebut adalah berkaitan dengan Islam atau masalah yang dihadapi oleh umat Islam.

Di antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah yang melibatkan kawalan penjualan dan penggunaan arak oleh umat Islam. Kewujudan kedai-kedai judi di kawasan umat Islam dan juga yang dilanggani oleh umat Islam turut dibangkitkan. Masalah keruntuhan moral di kalangan remaja Islam juga membimbangkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong.

Perjuangan PAS adalah perjuangan yang bertunjangkan aqidah dan ianya bukan bersifat materialistik maka tuntutan-tuntutan seperti itu adalah sesuatu yang semulajadi bagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong. Dasar PAS tidak pernah berubah dari tahun 1951. Hanya pendekatan yang berbeza-beza. PAS adalah sebahagian dari rangkaian gerakan Islam sedunia. PAS adalah harapan umat Islam di negara kita.

Tuntutan pula bukan sekadar tuntutan semata-mata tetapi ada yang menuntut Exco-Exco PAS meletakkan jawatan jika gagal memenuhi tuntutan mereka. Malah ada pula yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi pembangkang jika perkara-perkara yang PAS perjuangkan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Adalah menjadi tanggung jawab seorang pemimpin untuk menilai sebarang tuntutan dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran. Sebagai ahli-ahli PAS, tempat rujukan kita adalah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias. PAS adalah penerusan kepada usaha-usaha para Nabi dan Rasul. Kerja-kerja yang dilakukan oleh PAS pernah dilakukan sepanjang zaman oleh para pejuang-pejuang Islam. Kita mempunyai sumber rujukan yang begitu luas untuk menyelesaikan sebarang masalah. PAS mungkin tidak ada pengalaman atau mempunyai pengalaman yang terhad berkongsi kuasa mentadbir sebuah negeri berbilang kaum seperti Selangor tetapi khazanah ilmu Islam sungguh kaya dan luas untuk menjadi pembimbing.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...