Skip to main content

Di antara masyarakat majmuk dan masyarakat satu kaum

Masa mula-mula kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah dikecam hebat kerana mencadangkan UiTM mengambil pelajar-pelajar bukan Melayu. Maka beraraklah pelajar-pelajar lengkap dengan baju hitam dari kampus mereka ke Bangunan SUK sebagai tanda protes.

Saya tahu cadangan Tan Sri Khalid itu akan mendedahkan pelajar-pelajar Bumiputera kepada persaingan yang lebih kompetitif. Mungkin juga pelajar-pelajar itu akan didedahkan kepada nilai-nilai pembelajaran atau nilai-nilai lain yang baik yang ada pada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Pelajar-pelajar juga bila bekerja kelak akan berurusan dengan rakan kerja dan masyarakat dari pelbagai kaum maka eloklah mereka dibiasakan dengan suasana tersebut terlebih awal.

Tetapi benarkah dalam suasana yang berbilang kaum persaingan akan menjadi lebih kompetitif? Mungkin benar kerana seseorang senang terasa tercabar atau rasa tidak selamat dan akan berusaha dengan lebih keras. Bukan sahaja di dalam suasana berbilang kaum tetapi dalam suasana berbilang jantina, persaingan akan menjadi lebih sengit. Yang lelaki mahu mengatasi yang perempuan dan sebaliknya.

Di Pandan ada kawasan-kawasan Melayu dan ada kawasan-kawasan pelbagai kaum. Cawangan-Cawangan PAS lebih senang ditubuhkan di kawasan berbilang kaum dari di kawasan-kawasan Melayu.

Cawangan-Cawangan di kawasan berbilang kaum juga adalah lebih aktif dengan lebih banyak program dianjurkan. Walaupun mengikut logiknya lebih senang dianjurkan di kawasan-kawasan yang ramai orang Melayu.

Cawangan-Cawangan PAS dari kawasan berbilang kaum pula lebih banyak menghasilkan pimpinan dan aktivis walaupun di kawasan-kawasan Melayu, peratusan orang Melayu melebihi 90 peratus.

Mengapa ini berlaku? Mungkin disebabkan di dalam kawasan Melayu, orang Melayu akan merasa selesa dan tidak tercabar. Sebab orang PAS juga orang Melayu maka gerak kerja mereka juga akan menjadi layu dan perlahan.

Saya selalu pergi ke pasar Cina Taman Muda selepas solat subuh. Pada jam 6.30 pagi pasar itu telah sibuk seperti jam 10.00 pagi di pasar biasa. Pasar tersebut telah mula sibuk sebelum jam 6.00 pagi. Saya selalu memberitahu anak-anak saya yang ikut sama, "Orang Cina dah buka kedai, orang Melayu masih tidur lagi".

Mungkin nilai seperti ini yang Tan Sri Khalid mahu pelajar-pelajar UiTM didedahkan.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...