Hari ini Karpal Singh kata Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam atau "Islamic State". Katanya lagi Malaysia tetap akan menjadi negara sekular.
Kita tidak bersetuju dengan pendirian beliau tetapi kita patut kagum dengan ketegasan Karpal mempertahankan prinsip beliau dan parti beliau.
Kita juga berharap agar pimpinan dan ahli PAS tegas dan tidak berselindung apabila menyatakan pendirian PAS. Sama ada ia boleh dilaksanakan cerita lain, yang penting rakyat terutamanya rakan-rakan Pakatan Rakyat kita jelas akan pendirian PAS.
Kadang kala hendak memberi penjelasan tentang arak dan judi pun berselindung-selindung. Itu pun belum lagi hendak bercerita tentang hudud dan qisas.