Skip to main content

Muktamar : Jangan termakan umpan musuh, ada perkara yang lebih penting.

Tidak sampai 4 hari lagi Muktamar Agung PAS akan bermula di Kota Bharu. Sejak akhir-akhir ini Muktamar dilangsungkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Tahun ini di Kelantan, tahun lepas di Selangor dan tahun sebelumnya di Perak ketika Pakatan masih menguasai negeri tersebut.

Tahun ini nampaknya media telah mula membuat spekulasi tentang rentak perbahasan Muktamar tahun ini. Kononnya akan ada pertembungan di antara kumpulan yang pro Pakatan dan kumpulan yang pro UMNO atau Unity Government. Media seolah-olah cuba mempengaruhi para perwakilan bagaimana hendak berbahas. Adakah para perwakilan akan termakan dengan umpan ini?

Saya berharap para perwakilan akan dapat memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan Parti. Isu Unity Government telah lama berkubur. Kenapa kita mesti melayan provokasi media yang mempunyai agenda mereka tersendiri?

Tetapi apakah yang paling penting untuk dibahaskan?

Pada saya ada dua perkara iaitu,

(1) Sejauh manakah agenda-agenda PAS atau perkara-perkara yang diperjuangkan oleh PAS telah dilaksanakan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat?

(2) Sejauh manakah kedudukan PAS sebagai kerajaan atau rakan kongsi kerajaan telah dapat memperkukuhkan kedudukan PAS di negeri-negeri tersebut atau memperkukuhkan kedudukan PAS di seluruh negara?

Pada saya perkara-perkara ini lebih penting dari membincangkan perkara-perkara lain yang boleh memecahbelahkan Parti.

Saya yakin para perwakilan ingin tahu adakah perkara-perkara yang telah diperjuangkan oleh PAS selama ini telah menjadi realiti di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS atau di negeri-negeri yang sama-sama ditadbir bersama PAS.

Adakah wakil-wakil PAS di dalam kerajaan telah cukup efektif di dalam merealisasikan agenda-agenda PAS? Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka? Apakah penyelesaiannya?

Sebelum kita menjadi kerajaan kita kerap berbahas bagaimana kita akan mendapatkan kuasa dan agenda kita jika kita mendapat kuasa. Sekarang kita telah mendapat kuasa, walaupun sedikit tetapi perlu dibahaskan apa yang telah kita lakukan dengan kuasa tersebut. Ini lebih penting dari kita membahaskan andaian itu dan andaian ini.

Satu perkara yang perlu diakui adalah kejayaan dari kacamata PKR dan DAP mungkin berbeza dari kacamata PAS. Ini tidak dapat dielakkan kerana walaupun terdapat titik pertemuan dan persefahaman tetapi prinsip dan dasar perjuangan berbeza.

Walau bagaimanapun DAP tegas di dalam usaha agar agenda parti mereka dilaksanakan atau menjadi polisi negeri. Contohnya pilihanraya kerajaan tempatan. Setiap Exco, ADUN dan MP dari DAP akan bercakap tentang pilihanraya tempatan. Akhirnya walaupun ia tidak pernah ada di dalam manifesto PAS, ia telah diluluskan oleh sidang DUN Selangor. Kerajaan Pulau Pinang telah juga mendesak SPR mengadakan pilihanraya tersebut. Selain itu pengurangan kuota perumahan Bumiputera juga melihat pimpinan DAP dengan satu nada.

PAS pula bagaimana? Apakah agenda PAS yang disuarakan dengan satu nada di negeri-negeri Pakatan? Yang mana satu pula yang telah dilaksanakan atau telah menjadi polisi negeri? Adakah kita terlalu berhati-hati atau terlalu menjaga hati? Ini perlu dibahaskan oleh perwakilan.

Perkara yang juga penting untuk dibahaskan adalah sama ada kuasa yang telah diperolehi telah dapat memperkukuhkan kedudukan PAS. Adakah ahli-ahli PAS telah bertambah? Adakah Cawangan-Cawangan PAS telah bertambah? Jika tidak, kenapa?

Sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya Negeri saya mempunyai jawapan dan pandangan-pandangan tersendiri tentang perkara-perkara tersebut. Tetapi saya amat memerlukan pandangan para perwakilan dan mendengar pengalaman dari negeri-negeri lain. Ini amat penting kerana kita telah lebih 2 tahun sejak PRU12 dan ada kurang dari 2 tahun sebelum PRU13. Sebelum kita bermimpi untuk ke Putrajaya eloklah kita menilai pencapaian-pencapaian kita supaya jika kita benar-benar sampai ke Putrajaya biarlah ianya menguntungkan Islam dan gerakan Islam.

Iskandar A. Samad
7 Jun 2010

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...