Laksanakan Islam : Sediakan KPI!

Dato Harun Taib dalam sidang akhbar selepas Muktamar Dewan Ulama' baru-baru ini mahu negeri-negeri di bawah PR melaksanakan Islam. Saya yakin semua ahli bersetuju dengan kenyataan ini tetapi lebih baik PAS Pusat yang menetapkan KPI utk PAS di negeri-negeri tersebut perjuangkan.

KPI ini sudah tentu akan berbeza bagi setiap negeri. KPI bagi Selangor tentu berbeza dari Kelantan.

KPI penting supaya jelas kepada rakyat, ahli-ahli dan rakan-rakan PR akan pendirian PAS dan agenda PAS di dalam kerajaan.

Oleh itu, kita berharap tidak ada lagi tuduhan bahawa pimpinan telah gagal atau telah mengkhianati perjuangan sebab ahli-ahli tidak faham yang mana perlu disegerakan dan yang mana perlu dikemudiankan.

DAP pun ada KPI seperti pilihanraya kerajaan tempatan yang mereka perjuangkan di negeri-negeri PR.