Penduduk telah mengadakan demonstrasi pada 9 Jun lepas di Menara MPAJ, Pandan Indah ketika mesyuarat yang membincangkan pembangunan tersebut sedang berjalan. Akibat dari bantahan penduduk, MPAJ telah menangguhkan kelulusan untuk pembangunan itu. Pemaju pula telah diarah mengadakan dialog dengan penduduk.
Menurut penduduk, mereka tidak membantah pembangunan tetapi projek yang melibatkan sebuah menara 24 tingkat itu dibantah keras oleh mereka. Penduduk bimbang ia akan menyebabkan kesesakan trafik seperti di Taman Chempaka yang bersebelahan akibat dari pembinaan projek Menara Axis dan Axis Atrium.
Difahamkan penduduk mahu pembangunan yang berdensiti rendah. Mereka juga telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor tentang bantahan mereka. Tandatangan juga telah dipungut di masjid yang berdekatan.