Kalau difikirkan hebat betul orang Sg. Besar yang boleh datang mesyuarat dan program-program lain di Shah Alam hingga jauh malam. Begitu juga orang Tg. Karang. Begitu juga orang Sabak Bernam yang lebih jauh. Sudah tentu jam 2 atau 3 pagi sampai rumah. Atau jam 5 kalau terlalu penat dan terpaksa tidur tengah jalan.
Bandingkan dengan kita yang markas tak sampai 15 minit dari rumah tapi bila dipanggil datang mesyuarat atau hadir program, banyak alasan dibaginya. Itulah bezanya di antara yang bersungguh-sungguh berjuang dan yang hanya sekadar bercakap sahaja.
Teringat masa zaman dulu-dulu. Masa baru kahwin. Masa belum ada jalan 4 lorong ke Sabak Bernam. Pernah beri kursus PACA di markas lama di Sg. Besar. Bertolak dari Keramat bersama isteri jam 5.00 petang dan tiba di markas itu ketika orang azan Isyak. Jauhnya ketika itu!
Kemudian dalam perjalanan balik, terlalu mengantuk. Terpaksa tidur dalam kereta bersama isteri di tol Batu Tiga. Terjaga sebelum Subuh dan dapat solat Subuh di rumah. Walau pun perit tetapi nikmatnya perjuangan bila ianya susah.