Muktamar hari ini diberitahu bahawa orang Islam di Tanah Melayu telah memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Bekas Yang Dipertua PAS atau Presiden PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah dipenjarakan di Palestin dalam tahun 1936 kerana memperjuangkan nasib umat Islam di sana. Apabila beliau pulang ke Singapura, beliau telah turut dipenjarakan kerana menentang Perjanjian Balfour yang merampas bumi Palestin dari umat Islam. Ini dilakukan melalui penulisan-penulisan beliau di dalam majalah Taman Bahagia. Oleh itu penglibatan umat Islam di Malaysia di dalam perjuangan umat Islam Palestin bukanlah satu perkara yang baru. Nasib bumi Palestin telah dibangkitkan di Muktamar-Muktamar PAS sejak tahun 60-an lagi.
Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...