Wakil Selangor yang juga Setiausaha Perhubungan, Mohd Khairuddin Osman, telah mengucapkan terima kasih kepada Unit Amal yang bertugas di Muktamar tahun ini. Beliau telah juga menyatakan penghargaan kepada Unit Amal yang telah turun bertugas setiap kali ada demonstrasi atau pilihanraya kecil. Beliau berkata Unit Amal dan jentera PAS sentiasa mendapat pujian dari rakan-rakan PR yang lain di atas komitmen mereka. Menurut Khairuddin tenaga mereka dikerah tidak kira parti mana yang bertanding. Tetapi beliau berharap biarlah selepas menang PAS juga dicari. Janganlah selepas pilihanraya, suara PAS tidak dipedulikan. Bagai melukut di tepi gantang. Betulkah perkara ini? Saya pun ada dengar Jawatankuasa PAS yang menunggu 6 bulan untuk berjumpa seorang MB tetapi masih gagal.
Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...