Skip to main content

Tanggung jawab ahli di dalam perkongsian kuasa

Sebuah parti Islam seperti PAS hanya patut bekerjasama dengan parti-parti lain sama ada di dalam atau di luar kerajaan sekiranya ia dapat memberi manfaat kepada Islam. Ataupun sekiranya ia dapat menghalang sebarang kemudharatan yang lebih besar kepada Islam.

Tetapi jika kerjasama itu boleh mendatangkan kemudharatan maka tidak wajar berlaku sebarang kerjasama. Kepentingan Islam adalah lebih utama dari sebarang jawatan atau kedudukan.

Walau bagaimanapun menjadi tugas pimpinan malah ahli-ahli untuk memastikan terdapat manfaat kepada Islam hasil dari sebarang kerjasama. Lebih-lebih lagi jika kerjasama itu berjaya menubuhkan sebuah kerajaan maka setiap peluang mesti digunakan untuk memperkasakan Islam. Anugerah sebuah kerajaan tidak sepatutnya disia-siakan.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah masuk tahun ketiga. Kehadiran PAS di dalam kerajaan tersebut telah dapat memberi ruang yang lebih luas bagi Islam untuk berperanan.

Walaupun tidak 100 peratus yang diperjuangkan oleh PAS sejak penubuhannya dapat dilaksanakan namun ruang untuk berdakwah sekarang terbuka seluas-luasnya. Masjid-masjid yang di bawah Barisan Nasional disekat peranannya sekarang ini menjadi pusat-pusat ilmu. Ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali Islam yang sebenarnya dan akhir menerimanya sebagai satu cara hidup yang lengkap.

Oleh yang demikian pimpinan dan ahli PAS di Selangor mesti menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk memperkukuhkan Islam. Mereka juga tidak seharusnya menyamakan Selangor dengan Kelantan.

Walau bagaimanapun, kita mestilah memberi penjelasan yang sebenarnya tentang Islam terutamanya kepada masyarakat bukan Islam. Janganlah disebabkan kepentingan politik atau takut kehilangan undi kita menyembunyikan Islam dari masyarakat.

Dunia Barat telah meletakkan Islam di dalam kandang orang salah dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Jangan pula kita turut meletakkan Islam di kandang orang salah kerana takut untuk mempromosikan Islam yang sebenarnya.

Kita hendaklah yakin bahawa Islam itu mempunyai kekuatannya tersendiri dan relevan sepanjang zaman maka menjadi tugas kita untuk menyebarkan risalahnya.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...