Skip to main content

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PERUMAHAN NEGERI SELANGOR 31 MAC 2011.

PEMBERIAN AIR PERCUMA SECARA TERUS KEPADA PENDUDUK PEMBANGUNAN KOS RENDAH BERSTRATA.
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekelian yang telah menyentuh tentang pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk di pembangunan-pembangunan kos rendah.
 
Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat terhadap nasib begitu ramai penduduk rumah kos rendah itu yang tidak mendapat air percuma kerana tidak mempunyai meter individu.
 
Tindakan awal Kerajaan Negeri adalah untuk menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu.
 
Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dapat dipercepatkan dan dipermudahkan.
 
Kerajaan Negeri mahu Syabas melonggarkan syarat-syarat migrasi dan telah berlaku sedikit kelonggaran.
 
Walau bagaimanapun, proses migrasi ini masih tidak cukup pantas. Masih ramai yang tidak mendapat air percuma.
 
Oleh itu, tindakan seterusnya Kerajaan Negeri adalah untuk memperkenalkan sistem kupon.
 
Penduduk rumah kos rendah telah diberi kupon melalui pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB)  dan ejen pengurusan bagi mereka mendapatkan untuk air percuma.
 
Walau bagaimanapun, proses ini juga merumitkan.
 
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memberi potongan terus kepada bil-bil di meter pukal.
 
Potongan ini adalah berdasarkan jumlah unit yang didiami di pembangunan tersebut.
 
Pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB)  dan ejen pengurusan apabila mengeluarkan bil-bil kepada penduduk akan memotong jumlah potongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri.
 
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menyiapkan satu senarai yang menyatakan jumlah unit yang didiami bagi setiap pembangunan kos rendah di Selangor.
 
Selain itu, satu kempen penerangan besar-besaran akan dilancarkan bagi memaklumkan penduduk pembangunan kos rendah tentang potongan kepada bil-bil mereka atau pemberian air percuma secara terus kepada mereka ini.
 
Ini untuk mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan tidak memberi potongan kepada bil-bil penduduk.
 
Kerajaan Negeri akan melaksanakan pemberian air percuma ini sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah itu. Ini bermakna pemberian air percuma di bawah skim ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
 
Walau bagaimanapun terdapat satu masalah yang akan timbul di dalam perlaksanaan skim ini.
 
Terdapat pembangunan yang tidak mempunyai pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB)  dan ejen pengurusan. Di dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.
 
Buat permulaan Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM5 juta untuk melaksanakan skim ini. Ianya akan ditambah menurut keperluan iaitu apabila lebih banyak pembangunan dapat dikenalpasti untuk dimasukkan ke dalam skim ini.
 
Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin kepada kebajikan rakyat dan akan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat di negeri ini.
 
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
31 Mac 2011

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...