Pihak Polis telah mengganggu ceramah tersebut ketika Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria berceramah. Mereka mahu ia diberhentikan walaupun suasana ceramah itu adalah aman dan teratur.
Setelah gagal menghalang ceramah itu, mereka telah membawa lari kain rentang ceramah yang digantung di simpang jalan masuk.
Mereka juga telah merampas MyKad petugas yang cuba menghalang mereka.
Walaupun telah berlaku provokasi namun para pendengar tetap terus setia mendengar ceramah yang disampaikan.
Yang menghairankan pihak Polis tidak pula mengganggu ceramah anjuran UMNO, Selamatkan Selangor, di Pandan Jaya dan Kg. Cheras Baru baru-baru ini. Jelas sekali pihak Polis mengamalkan 'double standard'.